Saturday, April 18, 2009

Cadangan untuk memantapkan komuniti bloggers UMNO

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani."

"Peranan yang dimainkan oleh para blogger dalam zaman serba It ini amat penting dan amat besar nilainya. Tidak boleh dinafikan lagi komitmen yang diberikan oleh bloggers dalam usaha menyampaikan wadah perjuangan UMNO dan membetulkan persepsi rakyat serta masyarakat terutama di kalangan pengguna internet yang mana rata-ratanya datang dari golongan muda.

Pembangkang yakni Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa saluran alternatif ini telah berjaya menarik pengaruh pengundi dan menjadi satu kaedah berkempen yang amat berkesan dan terus kepada rakyat. UMNO melalui barisan kepimpinan Pemuda yang baru dilantik harus sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh para bloggers ini. Bloggers juga boleh dianggap sebagai agen penerangan dalam usaha UMNO menyampaikan dan menerangkan dasar serta perancangan yang akan dijalankan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, bermula dengan Pemuda dan belia, beberapa langkah penting perlu dirancang dan diambil tindakan bagi membentuk barisan bloggers pro kerajaan yang lebih mantap dan berilmu. Pertama, di bawah pemantauan kepimpinan Pemuda UMNO, perlu diwujudkan sebuah komuniti bloggers yang pro UMNO dari kalangan Pemuda menjadi lebih sistematik dan tersusun. Mungkin perlu ada jawatankuasa khusus dari kepimpinan Pemuda yang menjaga barisan bloggers ini.

YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO boleh dilantik menjadi penaung bagi komuniti bloggers ini. Tidak semua para blogger menjawat sebarang jawatan dalam Pemuda samada peringkat cawangan atau bahagian. Segelintirnya hanyalah ahli biasa yang tidak berpeluang untuk dipilih untuk apa-apa jawatan namun mempunyai semangat untuk menyampaikan wadah perjuangan melalui penulisan blog. Sekurang-kurangnya dengan wujudnya komuniti ini maka golongan bloggers ini akan rasa dihargai dan berpeluang untuk lebih rapat dengan barisan kepimpinan tertinggi.

Kedua, barisan kepimpinan Pemuda UMNO mungkin perlu menganjurkan atau mengadakan aktiviti permukiman, kem bina semangat dan jati diri atau sekurang-kurangnya seminar kepada barisan bloggers ini. Ia bertujuan untuk membina semula dan memupuk rasa sayang dan cinta kepada UMNO, parti pusaka orang Melayu. Aktiviti ini boleh diadakan bersama-sama kepimpinan Pemuda peringkat negeri dan peringkat tertinggi.

Ini akan memberi ruang kepada bloggers untuk mengenali pemimpin mereka dan sekurang-kurangnya ia akan dapat merapatkan tali silaturrahim di kalangan kepimpinan Pemuda dan bloggers. Ketiga, kepimpinan tertinggi Pemuda juga perlu sentiasa mengadakan aktiviti perjumpaan di antara kepimpinan dan bloggers. Melalui perjumpaan ini maka ia boleh dijadikan tempat untuk bertukar pendapat, berbincang berkaitan perkembangan parti, isu-isu terkini dan banyak lagi perkara berfaedah yang boleh diperolehi.

Ini dapat menyumbang idea kepada para bloggers untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik dan berkualiti serta terkini. Diharap pihak kepimpinan tertinggi dapat menilai dan mengkaji baik buruk cadangan yang dikemukakan ini. Aku menyokong penuh sekiranya ada usaha-usaha dari kepimpinan tertinggi Pemuda untuk merealisasikan cadangan ini.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari jalan bagi menguatkan parti UMNO sebagi parti keramat orang Melayu dan mewujudkan semangat bersatu-padu di kalangan Pemuda."

Terima Kasih.

che_wan
Brigade Commander
Kelab Maya UMNO Pulau Pinang

3 comments:

Anonymous said...

Saudara pemudaUMNOrb
Saudara telah terlewat yang amat sangat,kami pelanggan tetap bloggers telah lama mengikuti pekembangan ini.Saya juga seorang ahli umno tapi kini saya kurang yakin oleh kerana kebanyakan program akan diberi kepada RAKAN RAKAN YANG TERDEKAT SAJA dan keroni. sebagai ahli kami hanya dengar saja tak pernah dipelawa langsung.Bagaimana kami nak teruskan bersama sama umno. Kini ruang terbuka luas untuk kami duduk diatas pagar lAGI BAIK.

33 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,聊天室,情色,a片,AV女優

文章 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色