Sunday, March 29, 2009

Info Terkini : Kursus Kepimpinan Belia Berorganisasi

Dimaklumkan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka akan mengadakan kursus tersebut peringkat Daerah Melaka Tengah pada 3-5hb April 2009 di Kak Long Chalet, Padang Temu, Melaka.

Justeru itu, berharap AJK Gerakan Belia 4B Cawangan dapat hadir bersama-sama untuk kursus tersebut. Segala pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi Sdr Hailmey Mustafa.

Sekian. Terima Kasih.

Unit IT pemudaRB.

Saturday, March 28, 2009

Mesej Untuk YB Datuk Mukhriz Mahathir




Wahai rakan-rakan seperjuangan marilah kita sama-sama memberi sepenuh sokongan kepada MM untuk membawa sunami "BERANI BERUBAH" demi parti keramat UMNO ini, insyallah kita ada cara kita untuk menguatkan UMNO.

Tahniah dan terima kasih kepada 232 perwakilan yang dibukakan hati untuk membawa semangat "BERANI BERUBAH".

Tun Dr Mahathir akan kembali bersama UMNO



pemuda RB menjunjung tinggi kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad bersama UMNO. pemuda RB yakin dan percaya dengan ada Tun, UMNO akan kembali kuat dan terus diyakini. Terima Kasih Tun Dr Mahathir Mohamad

Friday, March 27, 2009

Tahniah KJ Atas Pilihan 304 para PERWAKILAN !!!

Tahniah !!!

Kepada Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan juga Ketua Wanita yang baru serta bakal Ketua Parti UMNO @ Presiden yang sudah sah jawatannya.

Perubahan yang melanda dan disahkan melalui undian perwakilan adalah satu tanda transformasi UMNO sendiri yang sedar di mana perlu diubah dan di mana perlu dibaiki.

Jika tidak, seperti kata DS Najib - Kita perlu berubah atau kita akan rebah !

Tuesday, March 17, 2009

Datuk Ali Rustam dikorbankan!!!

Inilah politik. Mengimbas kembali Pemilihan Raya Umum yang lepas, negeri Melaka di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menang bergaya dan negeri pertama diumumkan untuk tubuhkan kerajaan. Semua hasil kerja kuat bekerja YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam bersama barisan kepimpinannya. 5 negeri termasuk Kuala Lumpur telah tumbang kepada pembangkang.

Hari ini 17 March 2009 tercatit sejarah Datuk Ali Rustam dikorbankan demi politik seseorang. Kes nya sama tapi hukumannya berbeza.

Semoga Datuk Ali Rustam tabah menghadapi tekanan dan terus bersama UMNO dalam perjuangannya.


Salam Perjuangan


sumber

Ir Gullit
www.mayaumno.blogspot.com

Monday, March 16, 2009

Calon No 2 Timbalan Presiden UMNO Malaysia



Kami pemudaRB mendoakan Ketua UMNO Bahagian kami ( Bukit Katil ) yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka mendapat kejayaan dalam pemilihan UMNO dalam jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kami sedar dan yakin dengan kepimpinan YAB Datuk Seri amat diperlukan untuk rakyat jelata. Segala komen dan pandangan sinis terhadap YAB Datuk Seri anggap sebagai satu nasihat serta teguran membina. Pemuda RB tahu dan kenal Ketua Menteri kami mempunyai Profile Kepimpinan yang terbaik. Semoga kejayaan menyebelahi YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Insya Allah.


Barisan Kepimpinan pemuda RB

Calon No 8 Naib Presiden UMNO Malaysia

Datuk Mukhriz Mahathir Pilihan Pemuda Akar Umbi Dan Rakyat

Jelas dan terang, ramai pemuda dan belia akar umbi menyokong Calon Ketua Pemuda No 1 UMNO Malaysia bagi memikul tanggungjawap mengantikan YAB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Survey yang dilakukan oleh Merdeka Center dengan kerjasama UIA jelas menunjukkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mendapat sokongan padu dari segenap generasi pemuda dan belia di negara ini.

Jika kita melihat dari pencalonan dalam mesyuarat pemuda dari 191 bahagian. Jelas menunjukkan Datuk Mukhriz Mahathir mendapat percalonan hasil kemenangan dan sokongan pemuda akar umbi. Ini menunjukkan bahawa ahli Pemuda UMNO mahu perubahan besar bagi mengerakkan hala tuju pemuda. Sudah sampai masa, pemuda menjadi kumpulan pendesak dan menjadi suara rakyat serta bukan menjadi tunggangan pemimpin atasan. Yang ini kita mahu.

Kini terpulang kepada Perwakilan Pemuda yang akan mesyuarat pada 25hb March ini membawa mandat dari 191 bahagian. Undi ditangan anda. Undi lah pemimpin yang mahu perubahan agar UMNO terus releven pada masa akan datang.


Barisan Kepimpinan Pemuda RB

Thursday, March 12, 2009

Pengumuman PRU 12 Parlimen Jerlun Untuk Renungan Bersama



Berharap para perwakilan pemuda umno pusat akan memberi mandat seperti mana yang diberikan oleh pengundi di Parlimen Jerlun.

Hanya Datuk Mukhriz sahaja dapat mengembalikan keyakinan pemuda untuk UMNO terus releven.

Berani Berubah !!!

Malique - Layu




Lagu tentang bangsa melayu. Tun Dr. Mahathir sebagai pembaca puisi dan berlatarbelakangkan lagu Warisan.

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidul Rasul....



Pemuda Belia 4B RB ingin menyeru kepada semua umat Islam memberi penghormatan kepada junjungan Nabi kita, Rasullullah saw bersempena dengan tarikh kelahiran Nabi kita.

Sambutlah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan.Kepimpinan Rasullullah dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat pemimpin-pemimpin pada masa kini. Baginda amat bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam seterusnya memperkasakan Agama tanpa batasan.

Baginda juga sentiasa memastikan agar setiap umatnya pada ketika itu hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.Sama-sama kita berarak sambil berselawat ke atasnya tanda rasa cinta padanya.

Salam Maulidul Rasul buat umat Islam dan semua ahli pemuda belia 4B RB.


Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO bersama Gerakan Belia 4B
Caw Tmn Rumpun Bahagia, Melaka.

Sunday, March 8, 2009

Persoalan PPSMI di Jawab - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang-bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan dan lain-lain. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals yang terdapat dalam bahan-bahan rujukan ini sekaligus dapat menguasai bidang tersebut.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, ianya menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas dalam bidang yang dirujuk. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang mana akan membawa kegagalan dalam menguasai konsep dan asas bidang-bidang tersebut. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu tersebut.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Oleh kerana kita adalah pengguna, kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi.Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Ini kerana kita jauh lebih kehadapan dalam teknologi. Malah kita akan dihormati. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya.

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi lagi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan didalam transistor yang membawa kpd penghasilan transistor radio (walkman).

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya telah mempunyai banyak kekangan. Maka kini wujudlah teori-teori baru seperti CNT (carbon nano-tube) based transistor untuk menggantikan silicon. Malah kajian juga telah dibuat terhadap RNA dan DNA based semiconductor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru.Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil sekiranya sejak dari darjah satu didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikut keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia.

InsyaAllah.

WAHAI PEJUANG BAHASA DAN PAS – DIMANAKAH DEMOKRASI?

Kami amat jelik dan jijik mendengar manusia yang mengggelar diri mereka pejuang bahasa. Apatah lagi jika sudah bergelar Sasterawan Negara dan Pemimpin. Tanpa niat untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa, GMP PPSMI dilihat sebagai satu senjata politik pembangkang. Buktinya, banyak lagi lapangan perjuangan yang diabaikan oleh golongan yang sayangkan Bahasa Melayu. Antaranya;

1) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu dibenarkan penggunaan didalam Dewan Tertinggi Negara dan Negeri – Dalam kes ini ramai pemimpin yang tidak menggunakan Bahasa Melayu malah ada yang tidak tahu berbahasa Melayu langsung sebagai contoh MP PR Goh Sworn Burn.

2) Memperjuangkan semua urusan rasmi Kerajaan Pusat dan Negeri WAJIB berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan hanya menggunakan Bahasa Melayu terutama Laporan Polis, SPRM, KWSP, JPN, PBT, LHDN, KASTAM, Imigresen dan lain-lain. Urusan tidak menggunakan Bahasa Melayu adalah tidak sah – Dalam kes ini penulis pernah terserempak dengan kaum India warganegara Malaysia tidak memahami Bahasa Melayu di IPD K.Selangor. Pihak polis terpaksa menggunakan Pengantara Bahasa.

3) Memperjuangkan semua urusan melibatkan undang-undang termasuk Perbicaraan Mahkamah dan Surat Perjanjian Pembelian Rumah(SNP) menggunakan 100% Bahasa Melayu – Dalam kes ini semua 100% Surat Perjanjian Pembelian Rumah(SNP) dalam Bahasa Inggeris yang sukar difahami kerana menggunakan terma Bahasa Undang-undang. Manakala Mahkamah pula menggunakan Bahasa Manglish atau Bahasa Melayu rojak.

4) Memperjuangkan semua jenis mesyuarat GLC dan urusan yang melibatkan GLC mestilah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya – Dalam kes ini tidak perlu diulas, lihatlah sendiri GLC banyak menggunakan Bahasa apa?????

5) Memperjuangkan Berita Perdana Media Elektronik menggunakan Bahasa Melayu Asli atau Baku – Dalam kes ini tontonlah Berita apa yang anda dengar dan pujian harus diberikan pada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana pernah mewajibkan semua Stesyen Televisyen menggunakan Bahasa Baku.

6) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Antarabangsa iaitu Inggeris digunakan sepenuhnya disemua Lapangan Terbang dalam bentuk Lisan dan bertulis – Ini amat penting kerana ia adalah pintu utama Malaysia dan imej Malaysia. Di banyak Negara dalam dunia hanya Bahasa Ibunda dan Bahasa Antarabangsa digunakan di Lapangan Terbang mereka.

7) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu digunakan dalam urusan Bank – Dalam kes ini Bahasa Inggeris senantiasa dan banyak mendapat tempat.

8) Memperjuangkan Bahasa Pembelajaran semua Subjek di IPTA/IPTS/Profesional Cert wajib diajar dan dipelajari dalam Bahasa Melayu dan Wajib semua peperiksaan dan ujian IPTA/IPTS/ Profesional Cert dalam Bahasa Melayu- Dalam kes ini terlalu banyak subjek IPTA/IPTS dalam Bahasa Inggeris. Profesional Cert tak usah cerita.

9) Memperjuangkan supaya semua buku yang diberi kebenaran dijual dan diedarkan di Malaysia WAJIB datang dengan dua Versi; 1) Versi Bahasa Asal; 2) Versi Bahasa Melayu – Dalam kes ini 99% buku Bahasa Asal tidak dialih Bahasa ke Bahasa Melayu terutama buku Ilmiah

Demonstrasi PPSMI pastilah digelakkan oleh dunia. Sudah pasti, Abang di Indonesia akan berkata, bodohnya orang Melayu, PPSMI diperjuangkan, yang lain-lain diabaikan (seperti 9 diatas) malah tidak diperjuangkan. Lebih-lebih lagi Gerakan PPSMI oleh golongan yang menggelar diri Pejuang Bahasa dan PAS telah menghina demokrasi. Mereka menolak demokrasi, menafikan hak orang lain (2599200 Rakyat Malaysia, kerana hanya 8000 yang hadir). Gerakan ini amat mirip kepada cara komunis memperjuangkan sesuatu.

Sehubungan itu, kami meminta Kerajaan meneruskan dasar ini dan jika ketentuanNYA memihak kepada PSSMI dikaji semula, kami minta sebarang tindakan memansuhkan PPSMI perlulah mendapat suara majority.

Ya!!Majoriti kerana bukan anak GMP PPSMI sahaja yang terlibat dan bersusah payah mempelajari PPSMI, malah anak kami pendukung PPSMI juga. Oleh itu, jika Kerajaan bertindak bodoh tunduk pada GMP PPSMI, kami golongan menyokong PPSMI tidak pandai berdemonstrasi, tetapi, tolonglah buat UNDIAN secara demokrasi keatas semua rakyat Malaysia samada PPSMI diteruskan atau tidak.

Biarlah ia ditentukan oleh majoriti rakyat Malaysia dan bukan hanya 8000 manusia hilang akal dan PAS sahaja.

Thursday, March 5, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Politik Perak Dah Jadi Filem Tamil

Aku tergelak sorang-sorang bila dengaq berita Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijalankan bawah pokok. Nie dah betoi-betoi cerita tamil. Maklumlah Pengarah dia hero tamil sejati.

Produser pun spesis tamil jugak. Si produser tu dulu buat cerita pasai "Mataku Lebam" dapat sambutan hangat. Lepas tu buat cerita pasai "Sakit Belakangku", pun dapat sambutan hangat sampai menitis ayaq mata puak-puak yang dok sanjung dia.

Cubaan dia nak buat cerita pasai "16 September", tak berapa dapat sambutan walaupun pada peringkat pembikinan mendapat liputan yang meluas. Tapi cerita "DUN Ku Bersidang Bawah Pokok" yang paling aku minat. Mesti Box Office.Tapi aku betoi-betoi heran la dengan penyokong pembangkang. Apa la punya bodo boleh pi percaya puak-puak nie yang pandai belakon nie.

Ingat aku cerita Laksamana DoReMi. Kerajaan bawah pokok. Nie baru patut di panggil Celaka.
sumber
Ir Gullit