Monday, October 20, 2008

Pemuda RB hadir rumah terbuka Datuk Mukhriz Tun Mahathir



pemuda RB bersama rombongan pemuda Ayer Molek hadir bersama ke rumah terbuka Datuk Mukhriz Tun Mahathir di The Mines Resort atas jemputan Sdr Anas Fahmy Mustafa, Pegawai Khas Datuk Mukhriz. Pemuda RB sempat bertemu Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Sdr Rosli Hasan dari pemuda UMNO Bukit Katil, Melaka. Kami juga tidak melepaskan peluang bertemu bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar ini merupakan kenangan peribadi pemuda RB bersama Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Hidup Datuk Mukhriz !! Berani Berubah !!
Unit IT pemuda RB

Jailani mendapat mandat dari perwakilan pemuda bahagian Bukit Katil


Sdr Jailani Khamis telah menang bertanding dalam rebutan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil bagi seisi 2008 / 2011. Sdr Jailani mendapat undi sebanyak 132 undi manakala Sdr Rosli Hasan mendapat 83 undi. Ketua Pemuda RB juga bertanding dalam jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil buat kali pertama, hanya mendapat 100 undi daripada 67 cawangan. Ini keputusan penuh bagi senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil seisi 2008 - 2011.

Pengerusi Tetap
Ali Kasmin

Tim Pengerusi Tetap
Azman Ramli

Ketua Pemuda
Karim Yaakob

Naib Ketua
Jailani Khamis

Ajk
Azizi Abdullah
Mutalib Kharis
Razman Karim
Zamri Fakir
Hairul Yusof
Rohaizam Bakar
Noorazman Ali
Rozan
Azman Abu Chik
Norazman Senin
Ahmad Jaamat
Azmir Md Nor
Zakaria Mohamad
Nizam Yusof

Friday, October 10, 2008

Keputusan Terkini Percalonan Exco Pemuda UMNO Malaysia Seisi 2009 - 2011

Sehingga 9 November 2008, 5 bahagian tangguhkan persidangan: Tenom, Larut, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Seremban.

CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

1. Percalonan Datuk Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir ( Kedah ) = 74
2. Percalonan Sdr Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar ( N9 ) = 52
3. Percalonan Datuk Seri Dr Khir Bin Toyo ( Selangor ) = 62


CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

1. Percalonan Datuk Razali Bin Ibrahim ( Johor ) = 99
2. Percalonan Datuk Reezal Merican Naina Merican ( P.Pinang ) = 81

Wednesday, October 8, 2008

Terkini :Pak Lah tidak pertahan jawatan Presiden UMNO


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden Jumaat ini.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan pada Jumaat ini sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac ini.
Beliau berkata, langkah itu adalah susulan daripada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini untuk tidak mempertahankan jawatan presiden parti.
Beliau berkata, tindakan Abdullah adalah satu pengorbanan dan menghormati kehendak parti. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Terkini dari Unit IT pemuda RB

PERUTUSAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL, MELAKA 2008


Bismilahi Rahmani Rahim,

Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, sesungguhnya dengan izin, limpah dan kurnia Nya, kita dapat terus mengecapi nikmat keamanan dan kemakmuran berkat kesatuan dan semangat perpaduan di kalangan kita.

Saya amat bersyukur kerana sepanjang diberikan amanah besar menerajui Pergerakan Pemuda, Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk, hidayah, keberanian dan kekuatan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan di dalam melalui pasang surut, pahit getir dan cabaran perjuangan. Walaupun ada ketikanya kita diuji hingga ke satu sudut, diejek, dimaki, diperlekehkan dan diminta membuat pilihan, namun dengan petunjuk dan hidayah Allah SWT, kita kembali pada landasan perjuangan sebenar dan berpegang teguh dengannya, tanpa meletakkan kepentingan-kepentingan lain.

Hanya demi masa depan anak bangsa; demi kemakmuran negara; dan demi kesucian syiar agama. Alhamdulillah Pergerakan Pemuda terus kukuh dan kuat berkat kesepakatan dan sokongan di akar umbi.

Kita berjaya menempuhi cabaran dan tidak mudah dirapuhkan oleh sebarang kegoyahan atau leka.

Terima kasih, atas segala sokongan padu, kematangan dan kerjasama setiap peringkat Pemuda, dari akar umbi hingga kepimpinan bahagian dan negeri, banyak agenda bangsa dapat diperjuangkan, banyak sejarah telah dicipta oleh Pemuda sama ada di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan.

Kini Pemuda sudah berada pada tahap yang cukup mantap. Justeru saya telah umumkan, bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan ini.

Saya berharap kepimpinan baru dengan kepimpinan yang lebih muda akan lebih memahami golongan muda dan terus membuat perubahan. Sesungguhnya usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO begitu penting.

Semangat setia kawan, Pemuda berani dan sifat berani berubah akan menjadi elemen dan pemangkin dalam gerakan memperkukuh Pemuda pada masa hadapan.

Insya Allah selagi kita berpegang kepada asas dan prinsip perjuangan; memahami realiti di akar umbi; meletakkan kepentingan Parti lebih utama dari segala-galanya; maka saya akan berbangga untuk melihat Pemuda akan lebih kuat dari zaman saya.

Pemuda yang bakal menjadi pemacu kepada kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang, insya Allah.

Akhirnya, saya dan seluruh Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh warga Pemuda. Semoga perjalanan mesyuarat saudara berjalan dengan lancar dan Parti kita akan terus kuat dan relevan.

Salam Perjuangan dan Selamat Bersidang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahilham.


BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT



DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN


*Note Unit IT pemuda RB.

Untuk makluman Mesyuarat Agung Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka akan berlangsung pada 17hb Oktober 2008 di MITC, Melaka jam 9.00 malam. Perwakilan pemuda RB akan dihadiri oleh Setiausaha pemuda Sdr Hailmey Bin Mustafa, Pengerusi Biro Belia dan Sukan Sdr Azlan Shah Bin Ismail dan Penyandang Ketua Pemuda RB Sdr Mohd Aidhil Bin Hj Md Sani yang juga akan bertanding jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil buat kali pertama bagi seisi 2009-2011. Sdr Mohd Aidhil Bin Hj Md Sani menjadi Calon No 1 dalam senarai 28 wakil pemuda yang akan bertanding dalam jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil kali ini. Sdr Karim Bin Yaakob kekal selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil manakala jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Sdr Jailani Khamis dengan Sdr Rosli Hasan. Bagi merebut 2 wakil perwakilan pemuda ke mesyuarat Agung Pemuda Malaysia menyaksikan 6 calon telah melepasi kouta percalonan iaitu Sdr Shamsul Izani, Sdr Razak ( kenit ) , Sdr Rosli Hasan, Sdr Esrul Efendi, Sdr Razak Abu Hasan dan Sdr Latif Dorani. Diharap para perwakilan pemuda RB memilih calon pemimpin yang mempunyai moral diri yang baik, bersih serta boleh membantu Ketua Pemuda UMNO Bahagian dalam merealisasikan agenda pemuda UMNO serta menjadi role model kepada generasi pemuda akan datang.

Unit IT pemuda RB

Beraya di rumah Pengerusi Biro IT pemuda RB


Selepas sehari beraya rumah ahli pemuda RB Sdr Hj Rahmat Hj Ramli, pemuda RB telah berkunjung pula ke rumah Pengerusi Biro IT merangkap AJK Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB Sdr Shahrizan Bin Hj Johal di Jasin, Melaka. Dengan ini berharap kehadiran pemuda RB dapat mengerat silaturahim antara pemuda cawangan. Sdr Shahrizan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan berharap konvoi beraya di rumah ahli pemuda RB dapat diteruskan.

Monday, October 6, 2008

Pemuda RB Kunjungi Rumah Terbuka KJ


Pada hari Ahad bersamaan 5 hb Oktober 2008, pemuda RB telah berkunjung ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar. Pada majlis tersebut pemuda RB sempat bertemu beberapa Exco Pemuda UMNO Malaysia seperti YB Datuk Ir Idris Bin Haron dan Sdr. Anis Hisham Bin Abd Aziz. Pemuda RB berharap dengan kunjungan Rumah Terbuka ini dapat memberi kesan perhubungan peringkat pemuda akar umbi dan selain itu dapat mengenali barisan kepimpinan pemuda bahagian pusat dari jarak dekat. Pada 18hb ini, pemuda RB telah dijemput oleh Sdr Anas Fahmy Bin Hj Mustafa selaku Pegawai Khas Datuk Mukhriz dan kami merancang ke Rumah Terbuka Exco Pemuda UMNO Malaysia YB Datuk Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir di kediaman beliau. Untuk makluman, pemuda RB akan berkunjung ke rumah-rumah ahli pemuda cawangan Tmn RB bermula pada hari Isnin, 6hb Oktober ini. Untuk permulaan, pemuda RB akan berkunjung ke rumah Sdr. Hj Rahmat Bin Hj Ramli.



Unit IT Pemuda RB

Saturday, October 4, 2008

Salam Lebaran AidilFitri

Asalammu’alaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli keluarga UMNO.

Saya dan seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tmn Rumpun Bahagia turut mengambil kesempatan sempena Ramadhan al-Mubarak dan Syawal yang Mulia ini untuk memohon ampun dan maaf.

Kami berdoa semoga kita semua mendapat maghfirah, berkat dan kemenangan besar dengan amalan baik sepanjang hayat, khususnya pada Ramadhan dan Syawal ini.

Sesungguhnya ibadah dan khidmat kita semua adalah untuk kebaikan seisi alam. Biar di peringkat mana atau kawasan mana kita berjuang, amalan kita pastinya memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelbagai pihak.

Namun demi melaksanakan amanah yang diperjuangkan nenek moyang kita, khususnya yang telah menjadi resolusi Pemuda UMNO selama ini.

Kita akan meneruskan resolusi kita itu dengan memfokuskan kepada isu-isu belia, soal kebajikan dan isu keganasan yang berlaku sejak beberapa kebelakangan ini, telah menjadi hal kritikal kepada kepentingan kita.

Akhir sekali, sempena Syawal yang mulia ini, perkukuhkanlah silaturahim sesama kita, sebagaimana kita mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, demikianlah silaturahim kita eratkan demi kebaikan bersama di dalam parti, sesama warga yang menikmati keamanan dan kemakmuran Malaysia.

Salam Hari Raya Aidlfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Salam Perjuangan daripada,

Ketua Pemuda UMNO dan Ajk Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB.