Thursday, November 20, 2008

Jemputan Perkampungan Belia Di Pulau Penyengat, Indonesia.

Majelis Belia Provinsi Kepulauan Riau ( MBPKR ) menjemput belia-belia bagi menghadiri Acara Perkampungan Belia dan Tapak Tilas Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Indonesia Sempena Memperingati 200 tahun Perjuangan Raja Ali Haji pada 26hhb - 30 November 2008 ini.

Dengan usaha ini, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) akan menghantar peserta ke program tersebut. Antara peserta turut hadir dari belia-belia Singapura, Brunei dan Thailand. Peserta belia dari Melaka ini akan ditanggung sepenuhnya oleh MGBM.

Sehubungan dengan ini, kepada belia/pemuda RB yang berminat menyertai program ini hendaklah mengisi borang peserta dan menghantar ke Urusetia MGBM sebelum 23hb November 2008. Segala urusan borang peserta boleh hubungi Sdr Aidil dan Sdr Hailmey.

Sekian. Terima Kasih

Unit IT pemudaRB

Tuesday, November 18, 2008

Al-Fatihah buat arwah nenek Ketua Pemuda RB

Al-fatihah buat arwah nenek (Hjh Mariam Bte Hj Kadir) Ketua Pemuda RB yang telah menghembus nafas terakhir pada 17hb Nov 2008 jam 12.05 malam di Hospital Besar Melaka. Arwah telah selesai dikebumikan di tanah perkuburan Paya Dalam, Ayer Molek pada sebelah paginya. Antara hadir dalam majlis pengkebumian YB Datuk Yunus Husin (Ayer Molek), Datuk Prof Dr Ruddin Ab Ghani, YB Ameruddin Yusof (Ayer Limau), Datuk Hazizah Sultan, Bakar Abdul, Noridah dan Rahman Mariman. Unit IT mengucapkan takziah dan menjadi wakil kepada keluarga Sdr Aidil menjemput hadir kenduri arwah selama 7 hari berturut-turut bermula pada 17hb Nov 2008 selepas solat maghrib di kampung Batu Putih, Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka.

Sekian.

Unit IT pemudaRB

Friday, November 14, 2008

Terkini : Berani Berubah !!!!

Untuk makluman kepada pemuda/belia RB berumur 18-30 tahun, dengan syarat minimum memiliki SPM. Rebutlah peluang untuk saudara memiliki Sijil dan Diploma dalam bidang kemahiran.

Saudara dijemput hadir ke Temuduga Terbuka kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) pada 25hb Nov 2008.

Antara faedah yang diberikan oleh KBS adalah elaun bulanan sehingga RM300 sebulan, Makan-minum ditanggung sepanjang pembelajaran dan tiada yuran asrama dikenakan.

Antara kursus yang ditawarkan adalah :-
1. Penyenggaraan Kereta
2. Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan
3. Penyeggaran Jentera Berat
4. Penyemburan Cat
5. Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal PW2 dan 3 Fasa PW4
6. Penjaga Jentera Elektrik A1 (E)
7. Pemesin AM ( Larik & Kisar )
8. Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik
9. Elektronik Audio dan Video
10.Kimpalan
11. Pembuat Acuan dan Perkakasan
12. Pembuat Perabot
13. Landskap Pembinaan
14. Penyenggaraan Industri

BERMINAT !!! sila hubungi Sdr Aidil (KP), Sdr Hailmey (s/u) @ Sdr Amziry ( Pengerusi Biro Pendidikan ) untuk mendapatkan borang temuduga.

Sekian. Terima Kasih.

"BERANI BERUBAH"


Unit IT pemudaRB

Thursday, November 13, 2008

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih!

Pihak pengurusan pemuda UMNO RB berasa syukur Alhamdulillah ke atas sokongan dan pencalonan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka yang telah layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Diharap rakan-rakan seperjuangan pemuda UMNO RB mendoakan kejayaan YAB pada bulan Mac nanti. "Kejayaan YAB Datuk Ali Rustam, Kejayaan UMNO Melaka". Jutaan terima kasih juga dari kami kepada semua terutama AJK, Wanita, Pemuda, Puteri Bahagian Bukit Katil yang terlibat semasa hari percalonan UMNO Bahagian tempoh hari.

Hidup Datuk Ali Rustam !!

Saturday, November 8, 2008

Program Hari Keluarga Pemuda-Belia RB 2008

Mesyuarat pemuda bil 01/08 telah memutuskan akan mengadakan program Hari Keluarga Pemuda-Belia RB 2008. Sdr Ahmad Zaki Bin Raziff telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Program tersebut. Dijangka pada 14hb Nov ini mesyuarat khas yang akan di Pengerusi oleh Sdr Ahmad Zaki Raziff bagi membentangkan cadangan tempat,masa dan budget program tersebut. Antara perkara-perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai program Bumi Hijau, aktiviti futsal mingguan dan senamrobik. Mesyuarat turut memutuskan memberi sehelai T-Shirt bagi semua j/kuasa pemuda dan belia 4b bagi menyeragam kehadiran mesyuarat akan datang. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.35 malam.

Sekian.

Unit IT pemudaRB

Friday, November 7, 2008

Mesyuarat JawatanKuasa Pemuda RB Bil 01/08

Dimaklumkan mesyuarat pemuda umno cawangan Bil 01/08 akan dijalankan pada hari Jumaat, 7hb November 2008 jam 10 malam di Balairaya RB. Agenda mesyuarat antaranya ialah ucapan ketua pemuda, memperkenalkan j/kuasa dan biro seisi 08/11, perkara yang perlu diberi tumpuan, program hala tuju pemuda akan datang dan hal-hal lain. Sehubungan dengan ini, j/kuasa di jemput hadir.

Sekian. Terima kasih.

Unit IT pemudaRB

Wednesday, November 5, 2008

Program Senamrobik & Aerodance

Dimaklumkan Persatuan Juralatih Junior Aerobik Negeri Melaka ( MAJIA ) dengan kerjasama UMNO Cawangan Tmn Rumpun Bahagia akan mengadakan program riadah Senamrobik dan Aerodance bagi penduduk Tmn RB khasnya. Aktiviti pertama akan dijalankan pada 5hb November 2008 di Balairaya Tmn RB jam 9.30 malam. Yuran pendaftaran ahli sebanyak RM20 dan RM15 bagi yuran bulanan termasuk menerima sehelai T-Shirt persatuan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Setiausaha MAJIA, Pn Ani Husin ( 012-6104444 ).

Sekian. Terima Kasih.

Unit IT pemudaRB.

Saturday, November 1, 2008

Seminar Peluang Perniagaan Tani Belia

Dimaklumkan pada 2hb November 2008 diadakan Seminar Peluang Perniagaan Tani Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di Hotel Seri Malaysia jam 8 pagi. Setakat ini, Unit IT telah dimaklumkan seramai 8 peserta dari pemuda RB telah berdaftar bagi mengikuti program tersebut dan Unit IT juga ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berminat dan masih boleh berdaftar bolehlah hubungi Setiausaha pemuda RB Sdr. Mohd Hailmey Mustafa untuk pendaftaran peserta seminar tersebut.
Sekian. Terima Kasih.


"Belia Sihat Tanpa Dadah"

Unit IT pemuda RB