Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430M

Jadikan jalinan antara kita terbina " Umpama Untaian Tasbih" walau pada awalnya tetapi tiada penghujungnya.

Dibentuk untuk mengingatiNya. Dicantum kerana cinta kepadaNya. Diratib semata-mata kerana redha akan takdirNya. Menitis airmata ketika merasai kemanisanNya.

Semoga jalinan ini tetap kekal dan dirahmati Allah SWT senantiasa.

Insya Allah.


Salam MaalHijrah 1430M



Ikhlas,
Barisan Kepimpinan PemudaRB

Saturday, December 27, 2008

BLOG HINA ISLAM

Inilah blog yang mempertikai dan membuat kenyataan yang menghina Islam dan umatnya. Kepada umat Islam, jangan kita beremosi dengan kenyataan pemilik blog ini yang sebenarnya terdiri dalam golongan mereka yang jahil.Usah kita berbalah dengan orang jahil. Tetapi berilah orang-orang jahil ini, ilmu tentang Islam.

Terangkan Islam dengan penuh tenang dan bukannya bertindak mengikut emosi dan kemarahan. Rujuklah balik pada kaedah dakwah yang digunakan oleh Rasulullah saw dan juga para sahabat apabila berdepan dengan masyarakat Musyrikin kaum penyembah berhala di Mekah.Sekiranya seseorang yang menghina agama kita itu jahil dan tidak tahu tentang Islam, maka tidak layak kita menyerang dan memaki hamunnya, sebaliknya menerangkan hujah-hujah dan kebenaran tentang Islam.

Tetapi... sekiranya kita sudah menyampaikan kepada orang jahil ini apa yang Nabi saw sampaikan kepada kaum Musyrikin penyembah berhala di Mekah dulu, namun di atetap tidak mahu menerima kebenaran itu, dan terus mahu mengutuk dan menyinggung perasaan umat Islam, maka layanan dan bentuk dakwah kepada mereka akan menggunakan cara yang berlainan...Satu persoalan, apakah yang kekal di dunia ini?

Manusia, nyawa, harta benda, anak isteri, kereta, pangkat, tumbuh-tumbuhan, gunung ganang... apa saja yang ada di dunia ini akan musnah dan hancur..hakikat ini diakui oleh setiap individu yang berfikiran waras dan modern di dalam dunia.Tetapi, ada tempat yang kekal tidak hancur dan musnah sama sekali...kat mana tempat tu?

Kalau nak tahu, kena baca Al Quran.

sumber Warisan Pusaka Muhammad

p/s : Bila umat Islam lemah, bertelagah sesama sendiri, hasad dengki, khianat tak taat perintah Allah dan Rasul, inilah jadinya...


Unit IT pemudaRB

Wednesday, December 24, 2008

Kelas Tuisyen Tahun 5 dan 6 akan bermula awal 2009

Dimaklumkan kepada pemuda belia RB yang mempunyai anak/adik bolehlah mendaftar sebagai pelajar tuisyen tahun 5 dan 6 secara percuma yang dijangka berjalan ikut jadual pada awal tahun 2009. Tenaga pengajar yang sedia berkhidmat adalah di kalangan guru yang terlatih yang juga dari tmn rb. Tempat belajar di balairaya RB dan jadual masih dalam perancangan. Kepada sesiapa berminat, boleh daftar nama kepada Sdr Amziry Hj Roslan ( Biro Pendidikan ) dan Sdr Fakurol Bin Mustafa ( Setiausaha UMNO Cawangan Tmn RB ).

Sekian. Terima Kasih.

Unit IT pemudaRB

Sunday, December 21, 2008

Aktiviti Mingguan Futsal RB terus mendapat sambutan





aktiviti mingguan futsal RB terus mendapat sambutan pemuda belia rb. Ini terbukti dengan kehadiran pemuda belia dalam penglibatan aktiviti mingguan ini semakin bertambah. kami yakin dengan ada aktiviti mingguan futsal ini dapat mengeratkan silaturahim antara pemuda belia rb. Selain itu, dapat mengindari daripada aktiviti yang tidak baik. Turut dalam perancangan mengadakan aktiviti badminton di masa akan datang. Insya Allah.


Unit IT pemudaRB

Thursday, December 18, 2008

Tahniah YB KJ

YB Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar dengan pasangan beliau Nori Bte Datuk Seri Abdullah telah mendapat cahaya mata baru yang ke dua Timor Abdullah Bin Khairy Jamaluddin pada 16 Disember 2008 di Pantai Medical Centre (PMC) jam 4.15pm.
Kami pemuda umno Tmn RB mengucapkan tahniah kepada keluarga KJ dan berharap dengan kehadiran cahaya mata ini akan membawa limpahan rezeki buat keluarga beliau. Semoga Timor Abdullah menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Insya Allah. Kami juga telah menyampaikan ucapan tahniah pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai khas KJ, Sdr Ghaffar Atan.


"Demi Setiakawan"

Unit IT pemudaRB

Tuesday, December 9, 2008

Program 'Jom Tunaikan Korban' disambut baik penduduk taman RB





Program "Jom Tunaikan Korban" anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Tmn RB dengan kerjasama wanita, pemuda, puteri dan UMNO cawangan Tmn RB dan Gerakan Belia 4B Tmn RB di sambut baik baik oleh penduduk taman. Ini terbukti lebih 100 orang penduduk Islam taman rb keluar beramai-ramai hadir menunaikan program tersebut termasuk juga warganegara Bangladesh dan India yang beragama Islam turut serta membantu ibadah ini. Pengerusi Program, Uztaz Mupit Ahmad berkata sambutan tahun ini adalah paling meriah dengan 4 ekor lembu dikorbankan berbanding tahun-tahun yang lepas. Menurut katanya lagi " Yang penting semangat silaturahim antara penduduk taman adalah dituntut oleh agama Islam dengan mengajak penduduk taman bersedia berjuang demi bangsa, agama dan negara". Kami diperingkat pemuda/belia senantiasa bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Tmn RB dalam segala program yang dirancang.

"Pemuda Wardah Perjuangan"

"Belia RB Benci Dadah"


Ikhlas Unit IT pemudaRB

Thursday, December 4, 2008

Jemputan Majlis Bacaan Yaasin Dan Doa Selamat

Dimaklumkan menjemput bagi menghadiri majlis bacaan yaasin dan doa selamat yang akan diadakan pada 4hb Disember 2008 ( Khamis ) di Surau Tmn RB selepas solat Maghrib. Kehadiran sekalian akan memeriahkan majlis tersebut.

Sekian. Dimaklumkan

Unit pemudaRB

Thursday, November 20, 2008

Jemputan Perkampungan Belia Di Pulau Penyengat, Indonesia.

Majelis Belia Provinsi Kepulauan Riau ( MBPKR ) menjemput belia-belia bagi menghadiri Acara Perkampungan Belia dan Tapak Tilas Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Indonesia Sempena Memperingati 200 tahun Perjuangan Raja Ali Haji pada 26hhb - 30 November 2008 ini.

Dengan usaha ini, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) akan menghantar peserta ke program tersebut. Antara peserta turut hadir dari belia-belia Singapura, Brunei dan Thailand. Peserta belia dari Melaka ini akan ditanggung sepenuhnya oleh MGBM.

Sehubungan dengan ini, kepada belia/pemuda RB yang berminat menyertai program ini hendaklah mengisi borang peserta dan menghantar ke Urusetia MGBM sebelum 23hb November 2008. Segala urusan borang peserta boleh hubungi Sdr Aidil dan Sdr Hailmey.

Sekian. Terima Kasih

Unit IT pemudaRB

Tuesday, November 18, 2008

Al-Fatihah buat arwah nenek Ketua Pemuda RB

Al-fatihah buat arwah nenek (Hjh Mariam Bte Hj Kadir) Ketua Pemuda RB yang telah menghembus nafas terakhir pada 17hb Nov 2008 jam 12.05 malam di Hospital Besar Melaka. Arwah telah selesai dikebumikan di tanah perkuburan Paya Dalam, Ayer Molek pada sebelah paginya. Antara hadir dalam majlis pengkebumian YB Datuk Yunus Husin (Ayer Molek), Datuk Prof Dr Ruddin Ab Ghani, YB Ameruddin Yusof (Ayer Limau), Datuk Hazizah Sultan, Bakar Abdul, Noridah dan Rahman Mariman. Unit IT mengucapkan takziah dan menjadi wakil kepada keluarga Sdr Aidil menjemput hadir kenduri arwah selama 7 hari berturut-turut bermula pada 17hb Nov 2008 selepas solat maghrib di kampung Batu Putih, Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka.

Sekian.

Unit IT pemudaRB

Friday, November 14, 2008

Terkini : Berani Berubah !!!!

Untuk makluman kepada pemuda/belia RB berumur 18-30 tahun, dengan syarat minimum memiliki SPM. Rebutlah peluang untuk saudara memiliki Sijil dan Diploma dalam bidang kemahiran.

Saudara dijemput hadir ke Temuduga Terbuka kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) pada 25hb Nov 2008.

Antara faedah yang diberikan oleh KBS adalah elaun bulanan sehingga RM300 sebulan, Makan-minum ditanggung sepanjang pembelajaran dan tiada yuran asrama dikenakan.

Antara kursus yang ditawarkan adalah :-
1. Penyenggaraan Kereta
2. Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan
3. Penyeggaran Jentera Berat
4. Penyemburan Cat
5. Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal PW2 dan 3 Fasa PW4
6. Penjaga Jentera Elektrik A1 (E)
7. Pemesin AM ( Larik & Kisar )
8. Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik
9. Elektronik Audio dan Video
10.Kimpalan
11. Pembuat Acuan dan Perkakasan
12. Pembuat Perabot
13. Landskap Pembinaan
14. Penyenggaraan Industri

BERMINAT !!! sila hubungi Sdr Aidil (KP), Sdr Hailmey (s/u) @ Sdr Amziry ( Pengerusi Biro Pendidikan ) untuk mendapatkan borang temuduga.

Sekian. Terima Kasih.

"BERANI BERUBAH"


Unit IT pemudaRB

Thursday, November 13, 2008

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih!

Pihak pengurusan pemuda UMNO RB berasa syukur Alhamdulillah ke atas sokongan dan pencalonan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka yang telah layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Diharap rakan-rakan seperjuangan pemuda UMNO RB mendoakan kejayaan YAB pada bulan Mac nanti. "Kejayaan YAB Datuk Ali Rustam, Kejayaan UMNO Melaka". Jutaan terima kasih juga dari kami kepada semua terutama AJK, Wanita, Pemuda, Puteri Bahagian Bukit Katil yang terlibat semasa hari percalonan UMNO Bahagian tempoh hari.

Hidup Datuk Ali Rustam !!

Saturday, November 8, 2008

Program Hari Keluarga Pemuda-Belia RB 2008

Mesyuarat pemuda bil 01/08 telah memutuskan akan mengadakan program Hari Keluarga Pemuda-Belia RB 2008. Sdr Ahmad Zaki Bin Raziff telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Program tersebut. Dijangka pada 14hb Nov ini mesyuarat khas yang akan di Pengerusi oleh Sdr Ahmad Zaki Raziff bagi membentangkan cadangan tempat,masa dan budget program tersebut. Antara perkara-perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai program Bumi Hijau, aktiviti futsal mingguan dan senamrobik. Mesyuarat turut memutuskan memberi sehelai T-Shirt bagi semua j/kuasa pemuda dan belia 4b bagi menyeragam kehadiran mesyuarat akan datang. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.35 malam.

Sekian.

Unit IT pemudaRB

Friday, November 7, 2008

Mesyuarat JawatanKuasa Pemuda RB Bil 01/08

Dimaklumkan mesyuarat pemuda umno cawangan Bil 01/08 akan dijalankan pada hari Jumaat, 7hb November 2008 jam 10 malam di Balairaya RB. Agenda mesyuarat antaranya ialah ucapan ketua pemuda, memperkenalkan j/kuasa dan biro seisi 08/11, perkara yang perlu diberi tumpuan, program hala tuju pemuda akan datang dan hal-hal lain. Sehubungan dengan ini, j/kuasa di jemput hadir.

Sekian. Terima kasih.

Unit IT pemudaRB

Wednesday, November 5, 2008

Program Senamrobik & Aerodance

Dimaklumkan Persatuan Juralatih Junior Aerobik Negeri Melaka ( MAJIA ) dengan kerjasama UMNO Cawangan Tmn Rumpun Bahagia akan mengadakan program riadah Senamrobik dan Aerodance bagi penduduk Tmn RB khasnya. Aktiviti pertama akan dijalankan pada 5hb November 2008 di Balairaya Tmn RB jam 9.30 malam. Yuran pendaftaran ahli sebanyak RM20 dan RM15 bagi yuran bulanan termasuk menerima sehelai T-Shirt persatuan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Setiausaha MAJIA, Pn Ani Husin ( 012-6104444 ).

Sekian. Terima Kasih.

Unit IT pemudaRB.

Saturday, November 1, 2008

Seminar Peluang Perniagaan Tani Belia

Dimaklumkan pada 2hb November 2008 diadakan Seminar Peluang Perniagaan Tani Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di Hotel Seri Malaysia jam 8 pagi. Setakat ini, Unit IT telah dimaklumkan seramai 8 peserta dari pemuda RB telah berdaftar bagi mengikuti program tersebut dan Unit IT juga ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berminat dan masih boleh berdaftar bolehlah hubungi Setiausaha pemuda RB Sdr. Mohd Hailmey Mustafa untuk pendaftaran peserta seminar tersebut.
Sekian. Terima Kasih.


"Belia Sihat Tanpa Dadah"

Unit IT pemuda RB

Monday, October 20, 2008

Pemuda RB hadir rumah terbuka Datuk Mukhriz Tun Mahathir



pemuda RB bersama rombongan pemuda Ayer Molek hadir bersama ke rumah terbuka Datuk Mukhriz Tun Mahathir di The Mines Resort atas jemputan Sdr Anas Fahmy Mustafa, Pegawai Khas Datuk Mukhriz. Pemuda RB sempat bertemu Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Sdr Rosli Hasan dari pemuda UMNO Bukit Katil, Melaka. Kami juga tidak melepaskan peluang bertemu bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar ini merupakan kenangan peribadi pemuda RB bersama Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Hidup Datuk Mukhriz !! Berani Berubah !!
Unit IT pemuda RB

Jailani mendapat mandat dari perwakilan pemuda bahagian Bukit Katil


Sdr Jailani Khamis telah menang bertanding dalam rebutan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil bagi seisi 2008 / 2011. Sdr Jailani mendapat undi sebanyak 132 undi manakala Sdr Rosli Hasan mendapat 83 undi. Ketua Pemuda RB juga bertanding dalam jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil buat kali pertama, hanya mendapat 100 undi daripada 67 cawangan. Ini keputusan penuh bagi senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil seisi 2008 - 2011.

Pengerusi Tetap
Ali Kasmin

Tim Pengerusi Tetap
Azman Ramli

Ketua Pemuda
Karim Yaakob

Naib Ketua
Jailani Khamis

Ajk
Azizi Abdullah
Mutalib Kharis
Razman Karim
Zamri Fakir
Hairul Yusof
Rohaizam Bakar
Noorazman Ali
Rozan
Azman Abu Chik
Norazman Senin
Ahmad Jaamat
Azmir Md Nor
Zakaria Mohamad
Nizam Yusof

Friday, October 10, 2008

Keputusan Terkini Percalonan Exco Pemuda UMNO Malaysia Seisi 2009 - 2011

Sehingga 9 November 2008, 5 bahagian tangguhkan persidangan: Tenom, Larut, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Seremban.

CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

1. Percalonan Datuk Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir ( Kedah ) = 74
2. Percalonan Sdr Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar ( N9 ) = 52
3. Percalonan Datuk Seri Dr Khir Bin Toyo ( Selangor ) = 62


CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

1. Percalonan Datuk Razali Bin Ibrahim ( Johor ) = 99
2. Percalonan Datuk Reezal Merican Naina Merican ( P.Pinang ) = 81

Wednesday, October 8, 2008

Terkini :Pak Lah tidak pertahan jawatan Presiden UMNO


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden Jumaat ini.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan pada Jumaat ini sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac ini.
Beliau berkata, langkah itu adalah susulan daripada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini untuk tidak mempertahankan jawatan presiden parti.
Beliau berkata, tindakan Abdullah adalah satu pengorbanan dan menghormati kehendak parti. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Terkini dari Unit IT pemuda RB

PERUTUSAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL, MELAKA 2008


Bismilahi Rahmani Rahim,

Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, sesungguhnya dengan izin, limpah dan kurnia Nya, kita dapat terus mengecapi nikmat keamanan dan kemakmuran berkat kesatuan dan semangat perpaduan di kalangan kita.

Saya amat bersyukur kerana sepanjang diberikan amanah besar menerajui Pergerakan Pemuda, Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk, hidayah, keberanian dan kekuatan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan di dalam melalui pasang surut, pahit getir dan cabaran perjuangan. Walaupun ada ketikanya kita diuji hingga ke satu sudut, diejek, dimaki, diperlekehkan dan diminta membuat pilihan, namun dengan petunjuk dan hidayah Allah SWT, kita kembali pada landasan perjuangan sebenar dan berpegang teguh dengannya, tanpa meletakkan kepentingan-kepentingan lain.

Hanya demi masa depan anak bangsa; demi kemakmuran negara; dan demi kesucian syiar agama. Alhamdulillah Pergerakan Pemuda terus kukuh dan kuat berkat kesepakatan dan sokongan di akar umbi.

Kita berjaya menempuhi cabaran dan tidak mudah dirapuhkan oleh sebarang kegoyahan atau leka.

Terima kasih, atas segala sokongan padu, kematangan dan kerjasama setiap peringkat Pemuda, dari akar umbi hingga kepimpinan bahagian dan negeri, banyak agenda bangsa dapat diperjuangkan, banyak sejarah telah dicipta oleh Pemuda sama ada di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan.

Kini Pemuda sudah berada pada tahap yang cukup mantap. Justeru saya telah umumkan, bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan ini.

Saya berharap kepimpinan baru dengan kepimpinan yang lebih muda akan lebih memahami golongan muda dan terus membuat perubahan. Sesungguhnya usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO begitu penting.

Semangat setia kawan, Pemuda berani dan sifat berani berubah akan menjadi elemen dan pemangkin dalam gerakan memperkukuh Pemuda pada masa hadapan.

Insya Allah selagi kita berpegang kepada asas dan prinsip perjuangan; memahami realiti di akar umbi; meletakkan kepentingan Parti lebih utama dari segala-galanya; maka saya akan berbangga untuk melihat Pemuda akan lebih kuat dari zaman saya.

Pemuda yang bakal menjadi pemacu kepada kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang, insya Allah.

Akhirnya, saya dan seluruh Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh warga Pemuda. Semoga perjalanan mesyuarat saudara berjalan dengan lancar dan Parti kita akan terus kuat dan relevan.

Salam Perjuangan dan Selamat Bersidang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahilham.


BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT



DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN


*Note Unit IT pemuda RB.

Untuk makluman Mesyuarat Agung Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka akan berlangsung pada 17hb Oktober 2008 di MITC, Melaka jam 9.00 malam. Perwakilan pemuda RB akan dihadiri oleh Setiausaha pemuda Sdr Hailmey Bin Mustafa, Pengerusi Biro Belia dan Sukan Sdr Azlan Shah Bin Ismail dan Penyandang Ketua Pemuda RB Sdr Mohd Aidhil Bin Hj Md Sani yang juga akan bertanding jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil buat kali pertama bagi seisi 2009-2011. Sdr Mohd Aidhil Bin Hj Md Sani menjadi Calon No 1 dalam senarai 28 wakil pemuda yang akan bertanding dalam jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil kali ini. Sdr Karim Bin Yaakob kekal selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil manakala jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Sdr Jailani Khamis dengan Sdr Rosli Hasan. Bagi merebut 2 wakil perwakilan pemuda ke mesyuarat Agung Pemuda Malaysia menyaksikan 6 calon telah melepasi kouta percalonan iaitu Sdr Shamsul Izani, Sdr Razak ( kenit ) , Sdr Rosli Hasan, Sdr Esrul Efendi, Sdr Razak Abu Hasan dan Sdr Latif Dorani. Diharap para perwakilan pemuda RB memilih calon pemimpin yang mempunyai moral diri yang baik, bersih serta boleh membantu Ketua Pemuda UMNO Bahagian dalam merealisasikan agenda pemuda UMNO serta menjadi role model kepada generasi pemuda akan datang.

Unit IT pemuda RB

Beraya di rumah Pengerusi Biro IT pemuda RB


Selepas sehari beraya rumah ahli pemuda RB Sdr Hj Rahmat Hj Ramli, pemuda RB telah berkunjung pula ke rumah Pengerusi Biro IT merangkap AJK Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB Sdr Shahrizan Bin Hj Johal di Jasin, Melaka. Dengan ini berharap kehadiran pemuda RB dapat mengerat silaturahim antara pemuda cawangan. Sdr Shahrizan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan berharap konvoi beraya di rumah ahli pemuda RB dapat diteruskan.

Monday, October 6, 2008

Pemuda RB Kunjungi Rumah Terbuka KJ


Pada hari Ahad bersamaan 5 hb Oktober 2008, pemuda RB telah berkunjung ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar. Pada majlis tersebut pemuda RB sempat bertemu beberapa Exco Pemuda UMNO Malaysia seperti YB Datuk Ir Idris Bin Haron dan Sdr. Anis Hisham Bin Abd Aziz. Pemuda RB berharap dengan kunjungan Rumah Terbuka ini dapat memberi kesan perhubungan peringkat pemuda akar umbi dan selain itu dapat mengenali barisan kepimpinan pemuda bahagian pusat dari jarak dekat. Pada 18hb ini, pemuda RB telah dijemput oleh Sdr Anas Fahmy Bin Hj Mustafa selaku Pegawai Khas Datuk Mukhriz dan kami merancang ke Rumah Terbuka Exco Pemuda UMNO Malaysia YB Datuk Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir di kediaman beliau. Untuk makluman, pemuda RB akan berkunjung ke rumah-rumah ahli pemuda cawangan Tmn RB bermula pada hari Isnin, 6hb Oktober ini. Untuk permulaan, pemuda RB akan berkunjung ke rumah Sdr. Hj Rahmat Bin Hj Ramli.



Unit IT Pemuda RB

Saturday, October 4, 2008

Salam Lebaran AidilFitri

Asalammu’alaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli keluarga UMNO.

Saya dan seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tmn Rumpun Bahagia turut mengambil kesempatan sempena Ramadhan al-Mubarak dan Syawal yang Mulia ini untuk memohon ampun dan maaf.

Kami berdoa semoga kita semua mendapat maghfirah, berkat dan kemenangan besar dengan amalan baik sepanjang hayat, khususnya pada Ramadhan dan Syawal ini.

Sesungguhnya ibadah dan khidmat kita semua adalah untuk kebaikan seisi alam. Biar di peringkat mana atau kawasan mana kita berjuang, amalan kita pastinya memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelbagai pihak.

Namun demi melaksanakan amanah yang diperjuangkan nenek moyang kita, khususnya yang telah menjadi resolusi Pemuda UMNO selama ini.

Kita akan meneruskan resolusi kita itu dengan memfokuskan kepada isu-isu belia, soal kebajikan dan isu keganasan yang berlaku sejak beberapa kebelakangan ini, telah menjadi hal kritikal kepada kepentingan kita.

Akhir sekali, sempena Syawal yang mulia ini, perkukuhkanlah silaturahim sesama kita, sebagaimana kita mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, demikianlah silaturahim kita eratkan demi kebaikan bersama di dalam parti, sesama warga yang menikmati keamanan dan kemakmuran Malaysia.

Salam Hari Raya Aidlfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Salam Perjuangan daripada,

Ketua Pemuda UMNO dan Ajk Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB.

Saturday, September 27, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri

Untuk makluman sahabat-sahabat seperjuangan di jemput hadir ke majlis rumah terbuka Hari Raya AidilFitri buat orang-orang kenamaan (VVIP) adalah seperti berikut :-

1. Hari Raya Pertama ( 1 Syawal )

YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam ( Ketua Menteri Melaka )
Seri Bendahara ( Rumah Ketua Menteri ), Ayer Keroh, Melaka
Jam 10.00 pagi - 3.00 petang

2. Hari Raya Kedua ( 2 Syawal )

YB Datuk Othman Bin Mohamad ( Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka )
Taman Ayer Molek , Ayer Molek, Melaka
Jam 10.00 pagi - 3.00 petang

YB Datuk Hj Yunos Bin Husin ( Adun Ayer Molek )
Ayer Molek, Melaka
Jam 10.00 pagi - 5 petang

YB Datuk Md Sirat Bin Abu ( Ahli Parlimen Bukit Katil )
Melaka Perdana Resort , Melaka
Jam 11 pagi - 5 petang

3. Pada 5hb, Oktober 2008 ( Ahad )

YBhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
Seri Kembangan, Bangi , Kuala Lumpur
10.00 pagi - 5.00 petang

YB Khairy Jamaluddin Bin Datuk Abu Bakar ( Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia )
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rembau, Kg Gadong, Negeri Sembilan
11.00 pagi - 4 petang

4. Pada 11hb, Oktober 2008 ( Sabtu )

YBhg Datuk As`ari Ibrahim ( Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka )
Ayer Molek , Melaka.
10.00 pagi - 3 petang

5. Pada 18hb, Oktober 2008 ( Sabtu )

YB Datuk Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir ( Exco Pemuda UMNO Malaysia )
The Mines, Kuala Lumpur
Jam 2 petang - 6 petang

6. Pada 26hb, Oktober 2008 ( Ahad )

YB Datuk Ir Idris Bin Haron ( Exco Pemuda UMNO Malaysia )
Taman Pokok Mangga, Melaka
Jam 11 pagi - 5 petang

Ini sebahagian sahaja jemputan Hari Raya AidilFitri dan akan dimaklumkan kemudian, jika pihak Unit IT pemuda RB menerima jemputan tetamu yang lain. Untuk sahabat-sahabat yang ingin pergi bersama rumah-rumah Terbuka di atas , boleh lah hubungi Sdr Aidil ( Ketua Pemuda ) 019-6679666 dan Sdr Hailmey ( Setiausaha Pemuda ) 012-6340305 untuk urusan pengangkutan. Terima Kasih.

Unit IT Pemuda RB

Tuesday, September 23, 2008

Program Majlis Berbuka Puasa bersama pemuda RB.




Majlis Berbuka Puasa bersama pemuda RB telah berlangsung pada hari Ahad, 21hb September 2008 di Restoran TomYam, Bachang selepas program konvoi memberi sumbangan. Wakil Umno cawangan turut serta ialah Hj Razif, bagi memeriahkan majlis ini. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ashraf Anuar dan di hadiri hampir 30 orang pemuda dan belia RB. Majlis ini juga memberikan satu perkembangan yang positif bagi mengeratkan silaturahim antara pemuda dan belia bersama ajk pemuda cawangan. Di samping itu juga dapat membincangkan perkara-parkara yang perlu diperjelaskan bagi menyelesaikan segala masalah dalaman pemuda RB demi menjaga maruah pemuda RB itu sendiri. Pihak pengurusan pemuda RB ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran pemuda RB demi mengeratkan silaturahim antara pemuda RB. Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin.

Unit IT pemuda RB.

pemuda RB salur sumbangan pada bulan Ramadhan Al- Mubarak




Pada hari Ahad, 21hb September 2008 yang lalu pemuda RB telah mengadakan program konvoi "pemuda RB prihatin" dengan menyalurkan sumbangan berbentuk kerusi roda dan barangan keperluan bagi meringankan beban 7 keluarga yang dipilih oleh ajk pemuda umno cawangan. Keluarga yang dipilih ialah keluarga Ismail Rantai, keluarga Yusof, keluarga Rahman, keluarga Cikgu Zaid, keluarga Arwah Ahmad, keluarga Hj Lajis dan keluarga Hj Kassim. Turut serta dalam konvoi tersebut beberapa ajk UMNO cawangan dan golongan belia. Pemuda RB berharap dengan program konvoi ini mempunyai niat yang ikhlas dan murni, memberi satu anjakan imej pemuda RB itu sendiri. Pemuda RB juga ingin menjadikan program ini satu program tahunan demi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan ingin memperjelaskan golongan pemuda juga mampu memperjuangkan dan membantu nasib bangsa kita sendiri. Pemuda RB juga berharap pada akan datang, mana-mana ahli yang mempunyai kemampuan akan turut serta dalam program ini demi memartabatkan perjuangan pemuda.

Unit IT pemuda RB.

Tuesday, September 16, 2008

Takzirah Subuh: Menghormati Orang Tua dan Pemimpin.



Ketika kita mempelajari perintah mengenai menghormati orang tua,kita akan melihat bahawa ini adalah ringkasan bagaimana Allah menginginkan kita bersikap terhadap semua orang,bukan hanya orang tua kita.Selama kita membesar,kita menemukan beberapa jenis otoritas lain yang juga harus kita hormati.Pada mulanya,semua manusia dimaksudkan untuk gentar kepada Allah.Dia adalah Pencipta dan Raja atas segala sesuatu dan kita harus memberi hormat dan taat secara penuh kepadaNya.Para orang tua memelihara dan melindungi anak-anak mereka.Para suami memelihara dan melindungi isteri mereka.Para raja atau penguasa memelihara dan melindungi rakyat,dan juga para pendeta dan penatua memelihara dan melindungi gereja.Orang-orang ini tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan Allah kepada mereka apabila mereka terus-menerus berdebat dengan orang-orang yang berada dibawah otoritas mereka untuk menentukan apa yang terbaik.Jadi Allah telah memberikan otoritas kepada mereka.Orang-orang yang mereka pimpin harus menghormati dan mentaati mereka.Memang orang-orang yang berkuasa tidak selalu benar.Namun selama mereka tidak memerintahkan kita untuk tidak taat kepada Allah,kita harus menghargai dan menaati mereka.Apabila kita tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin,itu berarti kita tidak menghormati Allah, yang telah menetapkan mereka menjadi pemimpin kita.

Takzirah subuh untuk renungan bersama. Akhirnya sempurna... bak kata malique al-kudus

Ikhlas dari Unit IT pemudaRB.

Saturday, September 13, 2008

Dua Qari Belia RB Sertai Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia 4B Peringkat Parlimen Bukit Katil




Unit IT bersama pengurusan pemuda Umno Cawangan ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 wakil belia RB menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia 4B Peringkat Bukit Katil, Melaka. 2 wakil tersebut adalah Saudara Ahmad Faris Bin Anuar bersama Mohamad Zakwan Bin Madzin. Ini penyertaan yang pertama kali bagi wakil belia RB. Walaubagaimana pun 2 wakil kita tidak mencapai kemenangan tetapi atas semangat dan komitmen untuk membawa nama belia RB amat kami hargai. Diharap dengan kehadiran 2 wakil belia RB menyertai pertandingan ini akan menjadi pemangkin bagi kejayaan yang akan datang. Antara VVIP yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut adalah YB Datuk Hj Yunos Husin (Adun Ayer Molek wakil kepada YAB Ketua Menteri Melaka ), YB Hasan Rahman ( Adun Sungai Rambai ) dan Sdr Nizam Omar ( Pengarah Sahabat Belia JKM ).


"Belia RB Benci Dadah"

Wednesday, September 10, 2008

Amanat dari pemudaRB


Membincangkan hala tuju memperkasakan pemuda,
ini menunjukkan kematangan pemuda dengan menolak
fahaman politik. Turut disertai dua calon Naib Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Bukit Katil, Sdr Shafrie Abdullah bersama
Sdr. Jailani Khamis


Assalamualaikum WBT.

Saudaraku yang Berbangsa Melayu, Keadaan orang Islam berbangsa Melayu sudah genting sekarang di Malaysia. Orang Islam berbangsa Melayu di Malaysia yang amat dibanggakan oleh orang Arab di negara2 Arab kerana the only negara Islam yang maju, hanya tinggal 55 peratus sahaja, itu kalau orang Islam berbangsa Melayu bersatu.
Kini orang Islam berbangsa Melayu telah terbahagi kepada 4 kumpulan:
1. PAS
2. UMNO
3. PKR
4. Atau atas pagar untuk semua di atas atau tidak apa attitude.

Sah sudah orang kafir akan menjadi kuat dan boleh mengambil alih sebuah negara Islam hak orang Islam berbangsa Melayu. Selama ini orang Islam berbangsa Melayu yang selama ini menjaga kepentingan orang Islam Berbangsa Melayu. Sanggupkah saudara lihat orang islam Berbangsa Melayu ini tidak lagi bersatu dan akibatnya kita akan jadi sebuah negara seperti Singapura????

Marilah kita sama-sama tinggal kan kepentingan politik, marilah semua orang Islam berbangsa Melayu bersatu seperti dalam surah ALI' Imran Ayat 103. Tolong lah hayati ayat tersebut demi kepentingan orang Islam berbangsa Melayu, demi anak-anak yang berlari keriangan di taska/tadika, demi anak-anak yang masih tidur dalam buai, demi anak-anak yang baru sahaja melihat dunianya demi anak cucu kita yang beragama Islam berbangsa Melayu.

Firman Allah swt melalui Surah Ali Imran, ayat 103 yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).

Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya." Tolong jangan lah lagi kita orang Islam Berbangsa Melayu bergaduh sesama sendiri. Tiada masa lagi untuk kita bercerai berai. Tinggallah dan lupakanlah apa yang berlaku semalam antara kita sesama Islam berbangsa Melayu. Marilah kita bersama bersatu demi kepentingan anak-anak cucu kita. Percayalah keadaan kita orang Islam berbangsa Melayu AMAT genting sekarang.

Kalau kita SEKARANG sebagai orang Islam berbangsa Melayu tidak merubah keadaan ini.....siapa lagi??? anak cucu kita warisan kita???

Ikhlas dari Unit IT pemudaRB

Wednesday, September 3, 2008

Majlis Jamuan Ambang Merdeka 2008



Satu majlis makan malam sempena Ambang Merdeka telah diadakan di Restoran Barkat, Klebang, Melaka. Turut hadir beberapa AJK Umno cawangan untuk bersama memeriahkan lagi majlis ini. Hasil majlis ini, pemuda umno telah berbincang dengan Umno Cawangan bagi menjalankan aktiviti pada bulan ramadhan adalah mengadakan program "pemuda RB prihatin" di mana pemuda akan memberi sumbangan keperluan bagi 3-5 buah keluarga yang terpilih di kalangan keluarga yang tidak bernasib baik. Pemuda akan turut menjemput Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Saudara Karim Bin Yaakob bersama Saudara Sapian Bin Abu Sop selaku Penyelaras Pemuda Umno Dun Bachang untuk menyampaikan sumbangan bagi pihak pemuda RB. Pemuda yakin dan percaya dengan hasil sumbangan yang diberikan akan memberikan imej yang baik kepada barisan kepimpinan pemuda umno tmn RB. Oleh itu, amat perlu sokongan daripada kalangan pemuda tmn rb akan terus memberi sumbangan yang terbaik kepada masyarakat setempat. Tahniah barisan pemuda RB!!

Sunday, August 31, 2008

Salam Merdeka ke 51 Tahun!!

Bergambar bersama AJK pemuda UMNO Negeri Melaka



Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan

51 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara

Kini 51 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 51 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 51 tahun dahulu?

51 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 51 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka..

Nurkilan Sdr Aidil '08

Thursday, August 28, 2008

Cadangan Menurap Semula Jalan Di TRB




Hasil perbincangan bersama diantara MT Pemuda dan Ketua Cawangan UMNO TRB, maka cadangan untuk menurap semula sebahagian daripada jalan di Taman Rumpun Bahagia telah dibuat. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh wakil Biro Latihan Sdr. Abas Azman dan wakil Putera UMNO Sdr. Burger serta diketuai oleh Ketua Pemuda dan S/U Pemuda cawangan, terdapat beberapa kerosakan jalan yang telah dikenalpasti. Diharap penduduk di TRB amnya dan Ahli UMNO cawangan khasnya, dapat membantu mengenalpasti kerosakan-kerosakan jalan yang berlaku dan aduan boleh dikemukakan di dalam Blog ini atau berurusan terus kepada Ketua Cawangan dan Pemuda TRB. Diharap usaha murni ini berjaya dijalankan dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak.

Monday, August 25, 2008

Sekalung Tahniah!!!



kami bagi pihak Unit IT bersama pihak pengurusan pemuda Umno RB ingin merakam ucapan TAHNIAH kepada Sdr. Mohd Hailmey Bin Mustafa yang juga merangkap Setiausaha pemuda Umno Cawangan kerana telah berjaya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Awam sempena majlis Konvokesyen di Universiti Tun Hussein Onn pada 25hb Ogos 2008. Dengan anugerah ini, akan menjadi pemangkin atau semangat bagi semua pemuda RB khasnya untuk mencapai impian ini. Pemuda Umno cawangan berharap ahli pemuda menjadikan kecemerlangan ilmu sebagai satu wardah memartabatkan bangsa agar lebih bermaruah dan juga percaya dengan ilmu juga akan menjadi pemikiran melayu kelas pertama. Tanpa ilmu? tepuk dada, tanya selera..Tahniah saudara Hailmey!!
"pemuda warisan perjuangan"

Friday, August 22, 2008

Aktiviti Futsal Mingguan



Pada mesyuarat ke 2 telah membuat ketetapan dimana aktiviti Futsal akan dijalankan pada setiap hari Jumaat di Arena Sport, Klebang, Melaka. Kami berharap dengan ada aktiviti ini akan melahirkan belia dan pemuda yang aktif dan di samping itu akan mengeratkan silaturahim antara belia dan pemuda cawangan. Mesyuarat juga mengatakan aktiviti akan dijalankan dalam masa terdekat adalah seperti :-

1. mengalakkan pemuda & belia mengerjakan sembahyang berjemaah di surau RB bagi mendekatkan pemuda dengan masyarakat lebih-lebih dalam bulan Ramadhan.

2. mengadakan aktiviti memasang bendera Malaysia sempena Hari Merdeka ke 51 di kawasan Balairaya Tmn RB.

3. menjalankan program kebajikan bagi bantuan sumbangan pemuda kepada 3-5 keluarga yang susah atau miskin pada bulan Ramadhan.

4. menjalankan program berbuka puasa bersama pemuda dan belia. Tempat dan masa akan ditentukan kemudian.

5. menjalankan program "Hari Raya Pemuda" selepas bulan Ramadhan. Tempat dan masa akan ditentukan pada mesyuarat akan datang.


" Belia Sihat Tanpa Dadah "

AJK Pemuda UMNO RB 08/11


Ketua Pemuda
Sdr. Mohd Aidhil Bin Hj Md Sani

Naib Ketua
Sdr. Feisol Asymi Bin Osman

Setiausaha
Sdr. Mohd Hailmey Bin Mustafa

Bendahari
Sdr. Mohd Hadri Bin Dr Hj Md Khalid

Ketua Penerangan
Sdr. Sulaiman Bin Harun

AJK Pemuda UMNO
Sdr. Azlan Shah Bin Ismail ( Biro Belia dan Sukan )
Sdr. Mohd Zaki Bin Razif ( Biro Ekonomi )
Sdr. Ahmad Azzumar Bin Abdullah ( Biro Keahlian )
Sdr. Mohamad Amziry Bin Hj Roslan ( Biro Pendidikan )
Sdr. Mohd Shahrizan Bin Hj Johal ( Biro IT )
Sdr. Mohd Taufiq Bin Tarmizi ( Biro Gerak Gempur )
Sdr. Mohamad Khairul Bin Azali ( Biro Putera UMNO )
Sdr. Abas Azman Bin Ahmad ( Biro Latihan )
Sdr. Mohd Shahrani Bin Hj Johal ( Biro Usahawan )
Sdr. Razali Bin Mohamad ( Biro Kebajikan )
Sdr. Mohd Fairuz Bin Abdul Sahat ( Biro Agama )
Sdr. Ahmad Ibrahim Bin Mohamad ( Biro NGO )
Sdr. Mohamad Hasif Bin Hj Mohd Nahar ( Biro Antarabangsa )
Sdr. Zaki Bin Azmi ( Biro Tugas-Tugas Khas )


Pasukan Futsal Belia 4B RB.




Gerakan Belia 4B Cawangan Tmn Rumpun Bahagia telah menubuhkan pasukan Futsal 4B bawah 18 tahun yang diketuai oleh Pengerusi Ramaja 4B cawangan iaitu sdr. Abu Zaid Bin Abu Kasim bersama Pengerusi Biro Putera UMNO cawangan iaitu sdr Mohamad Khairul Bin Azali. Pasukan telah bertanding pada Pertandingan Futsal bawah 18 tahun Terbuka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka baru-baru ini. Namun begitu pasukan ini tewas pada peringkat separuh akhir kepada pasukan Juara bertahan dari Gerakan Belia 4B Musai dengan keputusan 0-2. Dengan semangat ditunjukkan oleh pasukan ini amat kami hargai. Insya Allah, dengan semangat dan kesungguhan dari pasukan Futsal Belia 4B RB akan berjaya hendaknya. Kami bagi pihak pengurusan tertinggi senantiasa menyokong penglibatan pasukan ini agar berjaya. Tahniah!!!