Sunday, August 31, 2008

Salam Merdeka ke 51 Tahun!!

Bergambar bersama AJK pemuda UMNO Negeri Melaka



Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan

51 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara

Kini 51 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 51 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 51 tahun dahulu?

51 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 51 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka..

Nurkilan Sdr Aidil '08

Thursday, August 28, 2008

Cadangan Menurap Semula Jalan Di TRB




Hasil perbincangan bersama diantara MT Pemuda dan Ketua Cawangan UMNO TRB, maka cadangan untuk menurap semula sebahagian daripada jalan di Taman Rumpun Bahagia telah dibuat. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh wakil Biro Latihan Sdr. Abas Azman dan wakil Putera UMNO Sdr. Burger serta diketuai oleh Ketua Pemuda dan S/U Pemuda cawangan, terdapat beberapa kerosakan jalan yang telah dikenalpasti. Diharap penduduk di TRB amnya dan Ahli UMNO cawangan khasnya, dapat membantu mengenalpasti kerosakan-kerosakan jalan yang berlaku dan aduan boleh dikemukakan di dalam Blog ini atau berurusan terus kepada Ketua Cawangan dan Pemuda TRB. Diharap usaha murni ini berjaya dijalankan dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak.

Monday, August 25, 2008

Sekalung Tahniah!!!



kami bagi pihak Unit IT bersama pihak pengurusan pemuda Umno RB ingin merakam ucapan TAHNIAH kepada Sdr. Mohd Hailmey Bin Mustafa yang juga merangkap Setiausaha pemuda Umno Cawangan kerana telah berjaya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Awam sempena majlis Konvokesyen di Universiti Tun Hussein Onn pada 25hb Ogos 2008. Dengan anugerah ini, akan menjadi pemangkin atau semangat bagi semua pemuda RB khasnya untuk mencapai impian ini. Pemuda Umno cawangan berharap ahli pemuda menjadikan kecemerlangan ilmu sebagai satu wardah memartabatkan bangsa agar lebih bermaruah dan juga percaya dengan ilmu juga akan menjadi pemikiran melayu kelas pertama. Tanpa ilmu? tepuk dada, tanya selera..Tahniah saudara Hailmey!!
"pemuda warisan perjuangan"

Friday, August 22, 2008

Aktiviti Futsal Mingguan



Pada mesyuarat ke 2 telah membuat ketetapan dimana aktiviti Futsal akan dijalankan pada setiap hari Jumaat di Arena Sport, Klebang, Melaka. Kami berharap dengan ada aktiviti ini akan melahirkan belia dan pemuda yang aktif dan di samping itu akan mengeratkan silaturahim antara belia dan pemuda cawangan. Mesyuarat juga mengatakan aktiviti akan dijalankan dalam masa terdekat adalah seperti :-

1. mengalakkan pemuda & belia mengerjakan sembahyang berjemaah di surau RB bagi mendekatkan pemuda dengan masyarakat lebih-lebih dalam bulan Ramadhan.

2. mengadakan aktiviti memasang bendera Malaysia sempena Hari Merdeka ke 51 di kawasan Balairaya Tmn RB.

3. menjalankan program kebajikan bagi bantuan sumbangan pemuda kepada 3-5 keluarga yang susah atau miskin pada bulan Ramadhan.

4. menjalankan program berbuka puasa bersama pemuda dan belia. Tempat dan masa akan ditentukan kemudian.

5. menjalankan program "Hari Raya Pemuda" selepas bulan Ramadhan. Tempat dan masa akan ditentukan pada mesyuarat akan datang.


" Belia Sihat Tanpa Dadah "

AJK Pemuda UMNO RB 08/11


Ketua Pemuda
Sdr. Mohd Aidhil Bin Hj Md Sani

Naib Ketua
Sdr. Feisol Asymi Bin Osman

Setiausaha
Sdr. Mohd Hailmey Bin Mustafa

Bendahari
Sdr. Mohd Hadri Bin Dr Hj Md Khalid

Ketua Penerangan
Sdr. Sulaiman Bin Harun

AJK Pemuda UMNO
Sdr. Azlan Shah Bin Ismail ( Biro Belia dan Sukan )
Sdr. Mohd Zaki Bin Razif ( Biro Ekonomi )
Sdr. Ahmad Azzumar Bin Abdullah ( Biro Keahlian )
Sdr. Mohamad Amziry Bin Hj Roslan ( Biro Pendidikan )
Sdr. Mohd Shahrizan Bin Hj Johal ( Biro IT )
Sdr. Mohd Taufiq Bin Tarmizi ( Biro Gerak Gempur )
Sdr. Mohamad Khairul Bin Azali ( Biro Putera UMNO )
Sdr. Abas Azman Bin Ahmad ( Biro Latihan )
Sdr. Mohd Shahrani Bin Hj Johal ( Biro Usahawan )
Sdr. Razali Bin Mohamad ( Biro Kebajikan )
Sdr. Mohd Fairuz Bin Abdul Sahat ( Biro Agama )
Sdr. Ahmad Ibrahim Bin Mohamad ( Biro NGO )
Sdr. Mohamad Hasif Bin Hj Mohd Nahar ( Biro Antarabangsa )
Sdr. Zaki Bin Azmi ( Biro Tugas-Tugas Khas )


Pasukan Futsal Belia 4B RB.




Gerakan Belia 4B Cawangan Tmn Rumpun Bahagia telah menubuhkan pasukan Futsal 4B bawah 18 tahun yang diketuai oleh Pengerusi Ramaja 4B cawangan iaitu sdr. Abu Zaid Bin Abu Kasim bersama Pengerusi Biro Putera UMNO cawangan iaitu sdr Mohamad Khairul Bin Azali. Pasukan telah bertanding pada Pertandingan Futsal bawah 18 tahun Terbuka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka baru-baru ini. Namun begitu pasukan ini tewas pada peringkat separuh akhir kepada pasukan Juara bertahan dari Gerakan Belia 4B Musai dengan keputusan 0-2. Dengan semangat ditunjukkan oleh pasukan ini amat kami hargai. Insya Allah, dengan semangat dan kesungguhan dari pasukan Futsal Belia 4B RB akan berjaya hendaknya. Kami bagi pihak pengurusan tertinggi senantiasa menyokong penglibatan pasukan ini agar berjaya. Tahniah!!!