Sunday, April 19, 2009

1Malaysia ‘Check Mate’ Anwar!



Blog ini pernah memberikan komen bagaimana Anwar sebenarnya tidak mempunyai modal untuk menyerang kabinet baru yang ada. Anwar cuba - bukannya tidak cuba, untuk mengadakan mesyuarat ‘inner circle’ untuk mencari loopholes di dalam kabinet Najib. Sayangnya, kebanyakan mereka yang memberi komen gagal mencari ’substance’ buruk yang boleh dijadikan modal untuk menidakkan kabinet yang ada.

Justeru, ini memberikan bukti bahawa pilihan yang dibuat Najib Razak adalah depat.Sukar sebenarnya, untuk melihat individu yang penuh dengan sifat kesumat dendam seperti Anwar untuk bersikap senyap (elegant silence?) kepada kabinet yang ada. Anwar cuba juga cari kelemahan. Nak pertikaikan integriti apanya apabila individu seperti Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Husni Hanadzlah, Saifuddin Abdullah ada di situ?

Apatah lagi, apabila ‘Tok Pa’ yang dikenali sebagai seorang yang sangat halus pekerti dan akal budi; turut sama berada di dalam barisan. Anwar lemah lutut. Nak cari ruang macamana lagi?Lebih daripada itu, Anwar juga dikatakan amat risau dengan kemungkinan ‘buy in’ rakyat Malaysia terhadap konsep ‘1 Malaysia’ yang dibawa oleh Najib Razak.

Anwar risau kerana ini adalah konsep yang ada ‘appeal’ dan mampu menarik semula rakyat kepada parameter ‘langkau politik’ yang berbahaya kepada kelangsungan politik Anwar. Kenapa Anwar tidak mahu ulas kemungkinan ‘1 Malaysia’ itu ‘Malaysian Malaysia’?Hebatnya slogan 1 Malaysia adalah ianya memulangkan interpretasi kepada rakyat.

Jika mereka melihat daripada tingkap pandang ‘racism’ dan perkauman - maka ianya sekaligus membayangkan sikap ‘perkauman’ yang tebal dalam diri si pendefinisi. Kalau Anwar ulas 1 Malaysia, maka Anwar akan membuat ‘kesilapan intelektual’ yang maksimum.Umum perlu tahu, bahawa proponent kepada konsep ‘Malaysian Malaysia’ di dalam sejarah moden Malaysia adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Dialah yang memulakan kononnya selama ini warga Malaysia, berketurunan bukan Melayu sebenarnya ‘penumpang’ di bumi Malaysia. Anwar yang membenihkan nilai kebencian dan prasangka ini. Anwar yang mahukan semuanya menjadi ‘equal’ dan samarata. Tidak perlu ada pendekatan ‘affirmative action’ walaupun secara jelas dan nyata - ada yang tidak tepat di dalam strata masyarakat.

1Malaysia ini adalah suatu gerakan ‘check mate’ kepada Anwar. Bayangkan, sehingga hari ini - tidak ada satu baris ayat pun yang memberikan pandangan Anwar terhadap konsep ini. Anwar bagaikan ‘King of Chess’ yang tidak mampu bergerak waima satu langkah pun! Tidak ada ‘pawn’ yang boleh Anwar kehadapankan dalam berhadapan dengan konsep 1 Malaysia.

Cukup tragis!Anwar selalu, baik di Bukit Selambau mahupun di Bukit Gantang - membayangkan suasana Malaysia yang sangat rentas kaum. Ironinya, di dalam PKR sendiri - dominasi Melayu bagaikan terang lagi bersuluh. Perjuangan DAP adalah sangat keCinaan. PAS masih lagi membawa rentak sebagai parti ‘Melayu Islam’ of choice - kononnya kepada seluruh bangsa Melayu. Apakah ini bukannya garis perkauman.Jika Anwar sebenar-benarnya memperjuangkan kesamarataan, kita ingin melihat parti lain dibubar - dan kesemuanya diletakkan di dalam satu ‘banner’ perjuangan PKR.

Anwar akan menjadi sangat hebat dan mahsyur sekiranya ini dapat dilaksanakan. Mengapa tidak? Bukankah PKR itu memperjuangkan Malaysia yang dimiliki oleh orang Malaysia - Malaysian Malaysia.Anwar jangan jadi seorang politikus yang tidak bertanggungjawab. Cakap lain, buat lain.

Cakap mesti serupa bikin. Anwar mesti menawarkan sesuatu yang lebih ‘Malaysia’ daripada konsep ‘1 Malaysia’ - barulah kredibilitinya tidak diragui dan dipertikaikan. Anwar boleh dan wajar berfikir ke arah ini.p/s: Anwar yang bawa Malaysian Malaysia dalam suasana baru….tak ubah macam Harry Lee Kuan Yew.

Hebat anak Pak Brahim…

sumber - gelagat anwar

No comments: