Friday, April 24, 2009

Unit ASM: Cina sapu habis, India 53 juta, Melayu 7 juta...

Berbeza dengan kaum Cina, kesemua 999 juta unit-unit dana ASM yang diperuntukkan pada mereka dan mula dijual kelmarin habis dilanggan sepenuhnya. Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja yang berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.

Aku sedih juga melihat situasi ini...bukan saja fasal saham ni, byk lagi peluang2 lain yang diberi kerajaan melayu x ambil peluang. Bangsa Cina yang mula2 datang ke negara kita sehelai sepinggang, kini menjadi tuan kita.

Bukan salah org lain jika akhir2 ini kita lihat bangsa kita semakin dipijak.. Sudah lah melayu x bersatu, kesedaran untuk memajukan diri pun kurang. Kalau ada duit lebih, apa yg difikirkan kereta baru, hp baru dan buat benda2 yg x berfaedah.

Anak2 x pernah diajar utk menyimpan, sebaliknya diajar benda2 yang tak berfaedah...ketika anak2 bangsa lain sibuk belajar di rumah, di universiti, anak2 melayu diajar menentang kerajaan, berdemonstrasi.

Inilah kesannya, generasi Melayu yang akan datang x ada kualiti... Ketika kita sibuk memepertikai tindakan kerajaan meliberalisasi 27 sektor, peluang yang ada depan mata kita buat tak tahu. Betullah kata2 sesuatu itu hanya akan nampak bernilai setelah kita kehilangannya.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Fikirkanlah wahai melayu...

No comments: