Wednesday, September 3, 2008

Majlis Jamuan Ambang Merdeka 2008



Satu majlis makan malam sempena Ambang Merdeka telah diadakan di Restoran Barkat, Klebang, Melaka. Turut hadir beberapa AJK Umno cawangan untuk bersama memeriahkan lagi majlis ini. Hasil majlis ini, pemuda umno telah berbincang dengan Umno Cawangan bagi menjalankan aktiviti pada bulan ramadhan adalah mengadakan program "pemuda RB prihatin" di mana pemuda akan memberi sumbangan keperluan bagi 3-5 buah keluarga yang terpilih di kalangan keluarga yang tidak bernasib baik. Pemuda akan turut menjemput Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Saudara Karim Bin Yaakob bersama Saudara Sapian Bin Abu Sop selaku Penyelaras Pemuda Umno Dun Bachang untuk menyampaikan sumbangan bagi pihak pemuda RB. Pemuda yakin dan percaya dengan hasil sumbangan yang diberikan akan memberikan imej yang baik kepada barisan kepimpinan pemuda umno tmn RB. Oleh itu, amat perlu sokongan daripada kalangan pemuda tmn rb akan terus memberi sumbangan yang terbaik kepada masyarakat setempat. Tahniah barisan pemuda RB!!

4 comments:

Anonymous said...

bila nak makan lagi..

Anonymous said...

usha kedai lain la bro..conform xpuas mkn punya kalau buka pose kat sana..

Anonymous said...

jelous ker? sekarang pemuda RB dah ada perubahan,blog ada.. aktiviti siap bergambar.. sekarang ketua pemuda dah join program dengan pemuda umno NEGERI.. tahniah la.. teruskan perjuangan.. walaupun saya duk luar malaysia .. saya mendoakan perjuangan pemuda RB senantiasa..khas buat sahabat baik (along) "perdulikan apa orang nak cakap,yang penting perjuangan mesti teruskan".. minggu ini saya balik dari Europe.. saya dah beli iphone 3g utk ketua pemuda saya.. nati kita jumpa.. boleh buka puasa bersama.. tq la lantik saya kembali selaku ajk pemuda cawangan walaupun tidak pernah datang mesyuarat.. Hidup along !!! bila nak pakai BMW ??? rajin-rajin la berkhidmat untuk masyarakat.. boleh saya tolong adjust pingat dari agung.. :) ker aiman tak kisah..

Anonymous said...

ko ni ingat nak makan je.puasa genap x......from P.K