Wednesday, September 10, 2008

Amanat dari pemudaRB


Membincangkan hala tuju memperkasakan pemuda,
ini menunjukkan kematangan pemuda dengan menolak
fahaman politik. Turut disertai dua calon Naib Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Bukit Katil, Sdr Shafrie Abdullah bersama
Sdr. Jailani Khamis


Assalamualaikum WBT.

Saudaraku yang Berbangsa Melayu, Keadaan orang Islam berbangsa Melayu sudah genting sekarang di Malaysia. Orang Islam berbangsa Melayu di Malaysia yang amat dibanggakan oleh orang Arab di negara2 Arab kerana the only negara Islam yang maju, hanya tinggal 55 peratus sahaja, itu kalau orang Islam berbangsa Melayu bersatu.
Kini orang Islam berbangsa Melayu telah terbahagi kepada 4 kumpulan:
1. PAS
2. UMNO
3. PKR
4. Atau atas pagar untuk semua di atas atau tidak apa attitude.

Sah sudah orang kafir akan menjadi kuat dan boleh mengambil alih sebuah negara Islam hak orang Islam berbangsa Melayu. Selama ini orang Islam berbangsa Melayu yang selama ini menjaga kepentingan orang Islam Berbangsa Melayu. Sanggupkah saudara lihat orang islam Berbangsa Melayu ini tidak lagi bersatu dan akibatnya kita akan jadi sebuah negara seperti Singapura????

Marilah kita sama-sama tinggal kan kepentingan politik, marilah semua orang Islam berbangsa Melayu bersatu seperti dalam surah ALI' Imran Ayat 103. Tolong lah hayati ayat tersebut demi kepentingan orang Islam berbangsa Melayu, demi anak-anak yang berlari keriangan di taska/tadika, demi anak-anak yang masih tidur dalam buai, demi anak-anak yang baru sahaja melihat dunianya demi anak cucu kita yang beragama Islam berbangsa Melayu.

Firman Allah swt melalui Surah Ali Imran, ayat 103 yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).

Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya." Tolong jangan lah lagi kita orang Islam Berbangsa Melayu bergaduh sesama sendiri. Tiada masa lagi untuk kita bercerai berai. Tinggallah dan lupakanlah apa yang berlaku semalam antara kita sesama Islam berbangsa Melayu. Marilah kita bersama bersatu demi kepentingan anak-anak cucu kita. Percayalah keadaan kita orang Islam berbangsa Melayu AMAT genting sekarang.

Kalau kita SEKARANG sebagai orang Islam berbangsa Melayu tidak merubah keadaan ini.....siapa lagi??? anak cucu kita warisan kita???

Ikhlas dari Unit IT pemudaRB

20 comments:

Anonymous said...

sebab bangsa sendiri la yang membuatkan semuanya berpecah & tidak bersatu...kalau hati dah busuk, busuk la jgk...

Anonymous said...

setiausaha lama feisol.tu talam dua muka.setiausaha x jalan kerja

Anonymous said...

renungan :
sesungguhnya wang itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak...
fikir-fikirlah.....

Anonymous said...

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepadaNya kamu berserah"
(Al-Baqarah: 172)

Anonymous said...

ape lah korang nie....nak perang la ape la.nie melayu...eh setakat bangsa hinggusan mcm kita nie senang2 bangsa lain nak tindas kita.pikir la kalau korang x bersatu padu hancur la.mcm zaman sahabat nabi.bermulanya pergaduhan kecil maka islam yang dulunya gah dengan kekuatan perangnya,ilmu cendiakawannya hancur lebur disebabkan salahpaham antara sahabat.pikir la sejenak.kita nie yang belum penuh dgn pahala berani nak berperang..hmm kalau melawan kaum zionis or kafir yang menggancam kita lain la ini seagama dengan kita....eee malu la.ALLAH S.W.T pun murka la.ingat juga asal usul kita.kita ini hanya debu2 jalanan.hmm dpn geng2 kita,kita gangster la cuba kita sorang2 and then orang yang kita buli 2 dgn geng2 dia.ape perasaan kita mesti takutkan.kita nie bukan ade keajaipan.pikir la sejenak..kalau nak perang bukan di rb.tapi pergi la dimana terjadinya pergaduhan.seperti di thailand.pergi kalau kita betul taiko...aku mengharap tiada pergaduhan kaum..... ang bin hoi/ang pek lok

Anonymous said...

apa boleh buat... kerja jer pejabat agama tapi perangai macam yahudi.. maki ustaz.. sedarlah sikit.. dapat kerja atas ikhsan orang.. bukan atas kelayakan dia pun.. taraf dia jual pokok kat pasar aja... jangan emosi...

Anonymous said...

kpd semua penduduk tmn rb .cermin diri dulu la sdra..........klu nak mengata biar bertempat.jangan main boh je.x baik mengata org yg dah lama pergi.berdosa tau.

Anonymous said...

budak langsi pkai putra 2 mcm hanjing....blagak mcm bgus sgt padahal dpt keje pun org yg tlng..lu mana simpang...simpang renggam kew.da la mcm org bodoh g maki ustaz...

Anonymous said...

please la..
korang kan dah menang.. tapi macam korang plak yg kalah..
ngutuk² orang...
sampai biler nak macam nie...
dah tak seronok la dok taman kalo sorang² tarik muka..
kita dah berkawan dr kecik..
sbnr nya dari tulisan korang jer dah tau sape penulis..
so hentikan la..

Luv member RB said...

menang dan kalah adat pertandingan.. tapi hendak menjatuhkan maruah orang dengan cara tikam belakang adalah sifat paling kotor sekali.. bawalah dalam mesyuarat dan kita boleh berbincang, apa yang tidak puas hati?? jawatan bukan seumur hidup.. yang berpotensi kita boleh bagi peluang.. menjadi pemimpin perlu mempunyai 2 perkara asas.. yang pertama mempunyai ilmu dan ke 2 taat dengan ajaran Allah swt sebab pemimpin menjadi role model kepada masyarakat.. bukan setakat boleh cari game bola, berkareoke bersama pastu layak jadi pemimpin. Menjadi pembangkang memang mudah tetapi cermin diri kita sendiri.. apa sumbangan yang anda berikan.. dan akhirnya inilah terjadi.. kita berpecah.. sempena bulan ramadhan ini, marilah kita kembali dan bermaafan bersama.. tiada guna kita bermusuh sesama kita.. jadikan budaya tegur menegur dengan ikhlas dalam persahabatan kita.. Insya Allah, setiap apa yang kita buat akan dirahmati oleh Allah swt.. sekian..

Anonymous said...

kepada rakan2 semua hari raya bakal menjelma....marilah kita bermaafan.........sesama kita lupakn kisah lama.kita teruskan yg baru........kita bersatu balik....warga PEMUDA TAMAN RB JGN LAH BERMASAM MUKA LAGI.SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.......

Anonymous said...

tul ar...bagus idea tu..mcm ni pun sampai bila kita semua x kemana..rugi kita sesama kita mcm ni..sempena bulan baik ni,marilah kita sama2 lupakan sengketa lalu..sudah lah k.

Anonymous said...

kau x yah lyn la budak2 bangang ni feisol...x de faedahnya...ni blog dorang biar dorang tulis ape yg mak bapak dorang ajar...hehehe Hidup PEMUDA WESTSIDE....Ape kata kita buat ape yg kt rancang jumpa CM keluar UMNO yg Kuno ni..

Anonymous said...

M Nasir

Biarkan Luncai Terjun

Kita, kita bukanlah mereka
Mereka, mereka bukanlah kita
Haruskah kita jadi mereka
Mereka jadi kita
Revolusi atau hanya nafsi-nafsi

Kita kata kita melamun
Kita kata kita jakun
Kuno pasif dan irihati
Malas pula boleh dibeli
Suka berpolitik

Kau dan aku, kita
Berdiri di persimpangan
Kau di di persimpangan
Kau dan aku, kita
Dalam kemelut dan kekalutan

Biarkan luncai terjun
Dengan labu-labunya
Biarkan biarkan

Mabuk, amuk dan merajuk
Itulah cogankata kita
Dan diwarisi dari Pak Tua
Dari Pak Tua

Anonymous said...

feisol pun memang sokong PKR.. apa ada heran.. budak macam dia.. sokong BN ada kepentingan.. kalau berani berhenti kerja la.. jual pokok kat pasar...

Anonymous said...

korang nak keluar UMNO lantak korang la.ada faedah ke?lu pikir la sendiri..

Anonymous said...

woi barua apa main mak bapak ni.ko betul kurang ajar.........website korang suma lbh.aku cabar korang jumpa cm.nk kuar parti.......aku tahu korang dari golongan pkr.sila lah kuar dari parti umno x terima org mcm korang.......sila lah budak website x sedar diri.....mak bapak website mana reti ajar anak.asyik nk bekap anak isap dadah n kuar masuk balai.mentang2 keluarga ko ada ppolis tu pun org taman tlg....

Anonymous said...

ape la bangang WESTSIDE la means "SEBELAH BARAT"...
WEBSIDE means "sebelah WEB" atau direct translation sebelah labah-labah

Anonymous said...

dahla...dahla...pening aku tengok korang ni.jangan buat contoh tak baik dengan budak2 kecik tmn kita.

gemuk pendek said...

dah kalah baru pikir kawan dari kecik n nak ajak berbuat baik lak.. dulu tak mau pikir.. lain kali belajar politik dulu.. jadi gukha politik.. baru boleh nak bertanding.. mintak kerja pun ikhsan orang.. cehh podahh..