Saturday, September 13, 2008

Dua Qari Belia RB Sertai Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia 4B Peringkat Parlimen Bukit Katil




Unit IT bersama pengurusan pemuda Umno Cawangan ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 wakil belia RB menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia 4B Peringkat Bukit Katil, Melaka. 2 wakil tersebut adalah Saudara Ahmad Faris Bin Anuar bersama Mohamad Zakwan Bin Madzin. Ini penyertaan yang pertama kali bagi wakil belia RB. Walaubagaimana pun 2 wakil kita tidak mencapai kemenangan tetapi atas semangat dan komitmen untuk membawa nama belia RB amat kami hargai. Diharap dengan kehadiran 2 wakil belia RB menyertai pertandingan ini akan menjadi pemangkin bagi kejayaan yang akan datang. Antara VVIP yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut adalah YB Datuk Hj Yunos Husin (Adun Ayer Molek wakil kepada YAB Ketua Menteri Melaka ), YB Hasan Rahman ( Adun Sungai Rambai ) dan Sdr Nizam Omar ( Pengarah Sahabat Belia JKM ).


"Belia RB Benci Dadah"

8 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada burger dan keras..penyertaan yg baik..

ahli pemuda said...

saya ingin mencadangkan agar pertandingan membaca al-quran,kita menghantar peserta setiap tahun.. kalau boleh kita hantar qariah sekali.. ajk yang terlibat boleh mencari bakat-bakat terpendam di kalangan belia-belia taman kita.. akhir kata saya.. saya menyokong program ini untuk kita sertai.. tahniah ajk terlibat..

Anonymous said...

kalau aku x nk masuk pun boleh.kite leh suruh kite punya ketua pemuda masuk sekali.baru ada semangat.........huhuhuhuhu

yun said...

askum semua pemuda rb..pe kabo? lama x dngar berita kengkawan.dpt tau pun dr blog ni.amacam ada ape2 projek ker pemuda semua?

Anonymous said...

Projek mintak ketua la Bro...heheh yun ape cter...Ape pandangan kau pasal blog rb ni...

Anonymous said...

lantak diaorgla nak ade team lain ke x..tak guna layan diaorg ni.yang dah menang,teruskan usaha.simpan budak2 yang lebih memberontak buat apa?bukan ada usaha pun.

yun said...

dah ler tu.jgn dok kate sape2 lagi.buat cam biasa jerk ler.yg lepas tu biarkan.bile nak kumpul kat cik bee ni?nanti pas raya kita lepak ar kdai dia.semua skali.amacam?ada berani?hehehe...bagus gak ada blog ni at least bole ler luahkan ape yang terbuku kat dlm ati..tp ayat tu kalau boleh pakai yang sopan sket ler.nt klu org luar bkak blog ni x sdap ler plak.malu siot.tak kira ler eastside ker westside ker yang penting kite semua UNDER ONE ROOF!!!HIDUP RB!!!.ape-ape hal aku ucap slmat ari raye ler kat sume kawan2 aku kt rb tu.tanpe kengkawan sape ler aku.......yang emosi@jiwa kacau....kikikikikiki

Anonymous said...

respek BRO yun....
terus senyap BLOG nie..
semoga menjadi kenyataan...
menyatukan warga RB semula..
buang yg keruh amik yg jernih