Sunday, May 31, 2009

Zaid Ibrahim komen pasai Chin Peng

(The Malaysian Insider) - Former communist leader Chin Peng laid down arms 20 years ago, and on April 30, he lost his final bid in the Federal Court to return to Malaysia, but in recent weeks UMNO leaders and media controlled by the party have turned him once again into the country’s “Public Enemy No. 1”.

Datuk Zaid Ibrahim, a former UMNO Cabinet minister, expressed concern today over the racial overtones of the campaign to prevent Chin Peng from coming home.

“According to Rais Yatim and Ahmad Zahid Hamidi there is a new enemy — the group that wants to revive communism. The ministers may have come to this conclusion because there are a few Chinese who want Chin Peng to be allowed home,” the former de facto law minister wrote on his blog today.

Rais, the information minister, and Ahmad Zahid, the defence minister, both claimed this week there were moves to revive communism.

Utusan Malaysia and Berita Harian have also been running anti-Chin Peng stories on a daily basis in what appears to be a campaign to whip up a sense of nationalism among readers.

Former security forces veterans are also being interviewed to rail against the “evils of communism”.

Rais also said this week that RTM would start airing documentaries on the “cruelty” of the communists.

Writing in his weekly column in Berita Harian, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, a former MP and a media advisor in the Najib administration, claimed that the principles of freedom of speech and democracy were fronts to revive communism.

He added that the tendency of the opposition to speak of a class struggle by using specific terms such as "ruling elite", "UMNO elite", "UMNO" and "marginalised groups" reflected the same pattern.

The anti-communist campaign so far suggests an attempt to paint a picture of the Chinese community as sympathisers.

It also appears to include the portrayal of Malay Pakatan Rakyat (PR) leaders such as ousted Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin as a communist sympathiser because of his close ties with the Chinese-dominated DAP.

Zaid, who was sacked from UMNO and who is expected to join a PR party, defended those who have pleaded for Chin Peng to return to Malaysia.

“Many are sympathetic to Chin Peng’s aspiration to return home and die. This does not mean they want to revive communism.”

He pointed out also that even the Chinese in China were now practising free market capitalism as are the Chinese community in Malaysia.

“So what is the motive of UMNO in making a big issue of communism? Don’t cause friction among the people by creating a new enemy.

“I wonder if Chin Peng were a Malay, would our stand and emotions be the same?”

Zaid noted that Utusan Malaysia was campaigning aggressively against Chin Peng, and while he agreed that the former communist leader was “cruel,” he pointed out the “cruel” communists included former fighters such as Rashid Maidin and Shamsiah Fakeh who were allowed to return home to Malaysia.


sumber-
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/27973-zaid-attacks-racial-overtones-in-anti-chin-peng-campaign


* kalau zaid masih jadi menteri...tentu chin peng dapat exgratia....kengkurang 10 juta.....
:)

Friday, May 29, 2009

Kejap Cakap Tak Rasuah, Sekarang Mengaku Pula?


Dah pecah tembelang! Dah terbukti! Sudah terjawab cabaran. Kak Min sudah berjaya menjawab cabaran PKR untuk membuktikan bahawa beliau ada dikunjungi oleh "orang-orang kuat" PKR membawa "sogokan" jawatan dan wang ringgit. Menjawab segala "herdikan" dan "cemuhan" Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, Kak Min telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama sama buktinya yang merupakan sekeping CD dan rakaman telefon bimbit. Maka gundah gulanalah puak-puak PKR sekalian. Mereka di ambang tuduhan rasuah!

Ketika mengalami tuduhan itu, maka muncullah seorang yang pernah menjawat jawatan "pakar strategi" PKR untuk menjawab keributan ini bagi pihak PKR. Saifudin Nasution muncul untuk "memperbaiki" keadaan. Saifudin dengan bangganya "mengaku" bahawa sememangnya "benar" ada beberapa individu dari PKR yang pergi berjumpa dengan Kak Min menawarkan "sedekah" kepadanya! Namun, Saifudin menafikan bahawa PKR telah menghantar individu-individu terbabit dan itu bukanlah tindakan "rasmi" dari PKR. Dia juga mendakwa bahawa Kak Min mempunyai hunbungan rapat dengan individu tersebut sebelum ini dan Kak Min sendiri adalah merupakan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Itulah ulasan si Saifudin. "Hero spin" la katakan...

Sambil tersenyum sumbing, saya mencebik seraya berkata "hari tu cabar Kak Min, kata macam-macam kat dia, sekarang??? Hari tu kata Kak Min tipu, dah bawa bukti pi report kat SPR baru gelabah biawak!" Rasa macam nak "meletup" pula mendengar Si Saifudin ni!

Sekarang sudah terbukti. Kak Min punya bukti dan sudah diserahkan kepada SPR dan SPRM. Kini barulah jelas, siapa yang menipu dan siapa yang benar. Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang sudah terduduk! Kelu lidah! Telah kalah ego lelaki mereka apabila herdikan mereka sebelum ini telah "dikalahkan" sebelum pilihanraya lagi. Mana hendak disorokkan muka? Jika mereka berdua punya maruah, mesti mereka akan rasa malu dan "segan" nak tunjuk muka pada masyarakat! Tapi kalau dah tak tahu malu tu, entahlah...apakah mereka masih punya "malu" lagi???

Setelah satu persatu dibukakan Allah keaiban PKR. Bermula dengan peristiwa tak jadi "16 September" dan sehinggalah cerita "Kak Min", sudah banyak Allah bukakan aib PKR untuk dipertontonkan kepada Rakyat. Kes-kes seperti "16 September", Eli Wong, Fairus, Raja Petra Kamarudin dan peristiwa Kak Min adalah beberapa kes terkini perdedahan "kekarutan" PKR. Itu belum lagi diungkit semua "kudis", "kurap" dan "panau" PKR dan De Factonya!

Sesungguhnya kini Allah telah mengangkat yang benar dengan "mengangkat" Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan "membuka pekung" PKR yang selama ini hidup sebagai "pemfitnah" dengan mendedahkan pelbagai perkara karut marut PKR Anwar, walaupun Anwar suatu masa dahulu adalah amat hampir kepada jawatan Perdana Menteri itu sendiri. Alhamdulillah, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil. Dikurniakan "kuasa" kepada yang berhak dan ditarikNya kuasa dari manusia yang durjana!

Hakikatnya, kalau ketuanya perasuah itu, maka parti yang diketuainya pastilah "suka"kan rasuah. "Apabila kepala itu busuk, maka badan hingga ke ekornya pastilah busuk!". Apabila "bapak rasuah" yang pernah dipenjarakan di atas tuduhan rasuah itu menjadi "ketua", pasti anak-anak buahnya akan mencontohinya. Kini terbukti, dan buktinya di dedahkan secara nyata oleh "bekas" Ketua Wanita PKR Pulau Pinang sendiri! Sudahlah PKR, tarik dirilah! Biarlah Kak Min menang, mungkin dia tak kebulur jawatan TKM I, tapi dia sudah sedar dan tahu bahawa PKR memang "putar alam" suka menipu!

duke of monte cristo

Thursday, May 28, 2009

DIALOG BERSAMA PPR COCHRANE.


Baru baru ini Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO Malaysia yang di Pengerusikan Exco Pemuda UMNO Malaysia Sdr Tengku Azman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang mengadakan Majlis Dialog bersama penduduk PPR Cochrane bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama belia di sana. Kami berharap Sekretariat pemuda ini akan bergerak seluruh negeri bagi membantu kerajaan untuk mengenal pasti segala masalah rakyat menerusi majlis dialog ini. Sebelum ini, Sekretariat ini telah mengadakan lawatan di Puduraya bagi mendengar masalah peniaga di sana. Tahniah Tengku Azman ...

Bila Calon ''Endorgan'' Bersuara...


Sah! Jawatan Timbalan Presiden PAS akan ditandingi secara tiga penjuru diantara Husam Musa, Nasharuddin Mat Isa dan Mat Sabu, setelah dua lagi calon untuk jawatan itu menarik diri. Calon-calon yang menarik diri ialah Azizan Razak dan Ust. Haron Din.

Husam semalam di dalam kenyataan akhbarnya mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Menariknya, Husam yang di"label" sebagai "endorgan" yang kuat menyokong Anwar, sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan "pedas" terhadap penyandang jawatan tersebut iaitu Ust. Nasharuddin.

Husam dilaporkan berkata bahawa dia sememangnya menghormati Ust. Nasharudin yang lebih baik darinya. Dia juga menganggap bahawa Nasharuddin adalah seorang yang liberal. Namun, Husam tidak "merestui" usaha Ust. Nasharuddin yang lebih liberal terhadap UMNO! Mungkinkah Husam melihat adalah lebih "afdhal" jika PAS lebih liberal terhadap DAP berbanding UMNO saudara seagamanya?

Nasharuddin sememangnya banyak berusaha ke arah "muqabalah" yang dianjurkan sebelum ini oleh Presiden PAS, Hadi Awang. Dia dilihat sebagai tokoh pro-kepimpinan ulama' yang sealiran dengan Hadi dan ramai tokoh-tokoh ulama PAS yang lain seperti Ust. Harun Din dan Azizan Razak. Mungkin tepat bagi PAS untuk berusaha ke arah "perpaduan" bersama UMNO setelah "dinodai" berkali-kali oleh DAP dan PKR.

Mungkin Nasharuddin melihat adalah lebih baik bersatu dengan saudara seIslam sendiri dalam kepimpinan negeri dan negara berbanding dengan DAP yang terang-terangan menolak Malaysia sebagai negara Islam dan PKR tak ubah seperti "sesumpah" yang boleh bertukar-tukar pendirian. Mungkin baginya PAS sudah tidak tahan "dibuli". Dan kiranya PAS bersatu dengan UMNO mungkin natijahnya akan menjadi lebih baik.

Usaha-usaha Nasharuddin dan Hadi ini ditentang oleh Husam. Sebagai insan yang dilihat lebih "endorgan" bersama Anwar, dia mendakwa bahawa kononnya dia disokong Nik Aziz, pemimpin "spiritual" PAS. Namun secara politiknya, kenyataan Nik Aziz itu tidak lebih dari menyerahkan kepada ahli-ahli PAS untuk menentukannya. Tidak pula dinyatakan sokongan secara terang-terangan. Nik Aziz mungkin mempunyai satu undi, namun masih ramai lagi perwakilan yang memberikan pencalonan 60% kepada kepimpinan Nasharuddin!

Hakikatnya disini, kita tahu siapa yang lebih rasional dalam memilih "rakan" atau "lawan". Siapa yang lebih mesra sesama saudara Islam dan bertegas kepada "kuffar". Kita diberikan gambaran, bahawa siapa "kawan" dan "lawan" UMNO di dalam kepimpinan PAS. Siapa yang "mendengar" firman Allah di dalam Al-Quran dan mengamalkannya, dan siapa yang hanya sekadar mendengar dan membaca Al-Quran, tetapi lebih percayakan Anwar dan DAP! Terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk memilih. Bila terpilihnya Timbalan Presiden PAS nanti, kita tahulah siapakah PAS di zaman moden ini!





Audio PKR cuba merasuah Aminah


Tolong sebarkan.....

http://www.youtube.com/watch?v=H0sl9Rq6Jjo


1. http://g.zhubajie.com/urllink.php?id=5201705s3n1aqojh38hfr5j

2. http://www15.zippyshare.com/v/64000453/file.html

3. http://rapidshare.com/files/237759775/Pendedahan__Aminah__Abdullah_Pisau_PENANTI2009.mp3.html

4. http://www.zshare.net/audio/60580348b296fa62

5. http://www.filefactory.com/file/ag21b1h/n/Pendedahan_Aminah_Abdullah_Pisau_PENANTI2009_mp3

6. http://www.easy-share.com/1905387587/Pendedahan_%20Aminah_%20Abdullah_Pisau_PENANTI2009.mp3

Chin Peng Pejuang Kemerdekaan Kaum Cina


Isu bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng belum selesai. Seingat penulis sejak 2001 isu ini sudah dibangkitkan oleh cendekiawan dan ahli politik dari kaum Cina. Mereka mahu Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia selari dengan perjanjian damai Malaysia - PKM.

Mereka tidak pernah menjelaskan kepada umum bahawa syarat perjanjian yang membenarkan ahli PKM pulang ke Malaysia bersyarat yang antara lain perlu mendapat kelulusan kerajaan Malaysia dan perlu menjalani proses pemulihan.

Memang benar beliau rakyat Malaysia tetapi apakah kerana beliau rakyat Malaysia maka kekejaman beliau harus dimaafkan begitu sahaja? Setiap orang berhak memohon kemaafan dan kita pun perlu memaafkan mereka yang insaf. Namun memaafkan Chin Peng tidak sama dengan membenarkan beliau pulang ke Malaysia.

Sudah tidak terkira jumlah kekejaman Komunis Malaya terutamanya sekitar Darurat 1960. Berapa ramai yang terbunuh, cacat dan hilang keluarga kerana Chin Peng mahu Malaya merdeka mengikut jalan negara ibundanya China iaitu melalui ideologi komunis.

Chin Peng mungkin lahir di Tanah Melayu namun beliau bukan rakyat Malaysia. Beliau tidak mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Beliau melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas negara ini. Ini bermakna beliau menolak persetujuan antara kaum ketika itu mengenai hak kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.

Mengapa Chin Peng ingin pulang ke Malaysia ketika sebahagian besar generasi yang terseksa dengan ancaman komunis sehingga tahun 1980-an masih mengingati kekejaman kumpulannya?

Chin Peng hanya ingin memenuhi agenda yang belum terlaksana iaitu meletakkan peranan besar MPAJ (Malayan People Anti Japanese) dan PKM sebagai salah satu tunjang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pemimpin kaum Cina yang begitu ghairah mahu Chin Peng dibenarkan pulang juga ingin mengambil kesempatan mengiktiraf perjuangan Chin Peng untuk membenarkan dakwaan bahawa orang Cina juga memainkan peranan besar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Orang Cina di negara ini ingin menulis semula sejarah. Mereka tercari-cari ikon untuk menjustifikasikan sumbangan mereka dalam kemerdekaan negara bagi menolak peruntukan-peruntukan Perlembagaan semasa merdeka mengenai kedudukan orang Melayu, bumiputera, agama Islam dan raja-raja Melayu.

Selama ini mereka terpaksa menerima fasal-fasal dalam Perlembagaan tersebut kerana sejarah dengan jelas bahawa orang Melayu sahaja yang banyak mengorbankan jiwa raga menuntut kemerdekaan negara ini. Mereka tiada pilihan kerana semasa Tanah Melayu akan merdeka mereka masih dianggap kaum pendatang di bawah tanggungjawab dan kerakyatan British.

Justeru mereka mahu Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan. Beliau hanya memperjuangkan nasib kaum Cina di Tanah Melayu. Malah agenda Chin Peng lebih besar ialah meluaskan pengaruh Tanah Besar China di rantau Asia.

Anehnya, sudah ada Melayu generasi muda yang percaya manusia seperti Chin Peng ini pejuang kemerdekaan negara.

Chin Peng menentang Jepun bukan kerana penjajahan ke atas Tanah Melayu tetapi kerana jepun menyeksa orang Cina. Lebih besar agendanya ialah beliau menentang Jepun juga kerana Jepun adalah musuh Tanah Besar China. Kiblat Chin Peng dan Parti Komunis Malaya sentiasa ke Tanah Besar China.

Apabila tanah air ini merdeka, Chin Peng menolak kemerdekaan ini kerana beliau tidak mahu berketuakan orang Melayu. Beliau mahu Tanah Melayu merdeka mengikut acuan Tanah Besar China. Beliau bukan memperjuangan kemerdekaan tetapi memperjuangkan ideologi komunis untuk bertapak di negara ini. Lebih besar lagi beliau memperjuangkan kepentingan negara China.

Ideologi komunis ini juga beliau perjuangkan bukan kerana beliau percaya kepadanya tetapi kerana inilah ideologi Tanah Besar China, kiblat utama beliau. Jika di tanah nenek moyangnya ketika itu membawa Islam nescaya Chin Peng akan membawa perjuangan Islam.

Rundingan damai diadakan setelah Chin Peng sendiri melihat dalam dunia moden, Tanah Besar China sendiri sudah berubah dan tiada lagi sekutu-sekutu kuat seperti dahulu. Dengan kata lain, China sendiri tidak lagi mengamalkan sistem negara-negara sekutu seperti zaman Perang Dingin dahulu. Jadi tiada lagi kepentingan Tanah Besar China di Malaysia.

Apakah ini kita panggil rakyat Malaysia?

Mahkamah membuat keputusan tepat menolak permohonan pulang Ching Peng. Anehnya mengapa orang melayu seperti Raja Aziz Adruse sanggup menjadi Peguamnya dan Amir Muhammad dengan filem-filem mengangkat Komunis secara tersirat dan tersurat?

Kita boleh berkata Melayu seperti Rashid Maideen dan Abdullah CD terkeliru dengan perjuangan komunis malaya ketika itu dengan perjuangan menuntut kemerdekaan. Tapi bagi orang seperti Raja Aziz dan Amir Muhammad, sukar kita tafsirkan agenda mereka.

Jika orang Cina bersungguh-sungguh memperjuangkan isu Chin Peng kerana mencari ikon pejuang kemerdekaan negara, kita tertanya-tanya apa yang dicari oleh Raja Aziz dan Amir Muhammad? Wang, populariti dan kebencian kepada agenda perjuangan Melayu?


Wednesday, May 20, 2009

Belia berwawasan bantu jayakan konsep 1Malaysia

BELIA adalah aset terpenting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan, bergantung kepada peranan dimainkan golongan ini. Tentunya kita sudah biasa mendengar ungkapan itu.

Justeru, sebagai menghargai sokongan serta sumbangan penting golongan ini kepada negara sejak lebih 51 tahun lalu, maka setiap tahun kerajaan meraikan mereka menerusi sambutan Hari dan Minggu Belia Negara yang tetapkan pada setiap 15 Mei, seperti pada hari ini.

Tahun ini, sambutan perhimpunan berpusat di Melaka, negeri yang kaya dengan sejarah dan paling aktif dengan aktiviti belia. Sambutan awal program ini sebenarnya sudah dilancarkan di Stadium Utama Kangar pada 3 Mei lalu. Bagaimanapun sempena perhimpunan hari ini, acara di Melaka bermula sejak 13 Mei lalu dan berakhir Ahad ini.

Sambutan yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka itu, menyaksikan penganjuran pelbagai acara menarik. Antaranya Karnival Remaja, Festival Rekreasi dan Sukan Belia Kebangsaan serta Konvensyen Belia Kebangsaan.

Kemuncak sambutan tentunya, perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh. Perhimpunan kali ini bertemakan `Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan'.

Dianggarkan kira-kira 20,000 pemimpin dan wakil pelbagai pertubuhan belia dari seluruh negara hadir pada majlis ini. Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Perhimpunan Belia Sedunia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dijangka hadir.

Pada awalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan dan sekali gus menyampaikan amanat penting pada majlis ini. Namun beliau terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) di Menado, Sulawesi Utara, Indonesia. Tahun lalu, perhimpunan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil yang dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia, mewakili pelbagai pertubuhan atau persatuan dari seluruh negara. Perasmian program bertemakan `Belia Cemerlang, Negara Terbilang' itu disempurnakan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebagai imbasan, antara lain, dalam amanahnya yang terakhir sebagai Perdana Menteri, Abdullah mahu golongan belia di negara ini menanam sikap untuk sentiasa maju, hebat dan bersemangat tinggi agar dapat mencapai kejayaan dalam setiap bidang diceburi.

“Dengan sikap untuk sentiasa maju dan disertakan dengan ilmu atau kemahiran, belia akan mampu menghadapi saingan yang semakin mencabar. Kita tidak mahu belia tidak bekerja atau terbabit dalam kerja tidak berfaedah... kita mahu tenaga muda ini diperkasakan dan sama-sama membangunkan negara,” katanya.

Perhimpunan secara besar-besaran di Ballroom MITC, Melaka pada petang ini sememangnya sangat dinantikan pelbagai pihak, khususnya di kalangan pemimpin dan ahli belia sama ada di peringkat pusat, negeri atau daerah yang berkumpul di negeri kelahiran Hang Tuah itu sejak beberapa hari lalu.

Sejak mengambil alih kepemimpinan negara pada awal April lalu, tidak banyak diketahui mengenai hala tuju belia negara berlandaskan konsep ‘1Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri. Malah pada peringkat kementerian sendiri, dikatakan belum ada pendekatan paling tepat mengenainya.

Apa lagi dengan pelbagai kes membabitkan golongan belia hari ini yang agak membimbangkan. Misalnya, terbaru, seramai 500 mat rempit dan pelumba kereta haram ditahan di Dataran Merdeka dalam operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu lintas.

Itu tidak termasuk kes berkaitan penyalahgunaan dadah, ragut, pecah rumah, curi kenderaan, gangsterisme, seks rambang atau sumbang mahram termasuk membabitkan remaja di peringkat sekolah yang kebelakangan ini banyak disiarkan media. Kes sebegini tentunya amat membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia.

Ahmad Shabery sebelum ini ada menyentuh konsep 1Malaysia ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri melancarkan sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 di Kangar. Selepas majlis itu, beliau mengumumkan mengenai konsep ‘Satu Belia’.

Antara lain, beliau berkata, kejayaan konsep 1Malaysia sukar untuk dijayakan jika belia yang kini berjumlah kira-kira 12 juta, tidak bersatu. Bagi menjayakan konsep 1Malaysia, katanya, cara berfikir golongan muda juga perlu ditukar dan ia sepatutnya dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi.

“Belia seharusnya bersatu dan berfikir sebagai satu. Mereka mempunyai tanggungjawab lebih besar sebagai pelapis kepemimpinan negara pada masa depan. Kita patut mengajar mereka supaya menjadi warganegara yang mencintai dan mengasihi negara sebab mereka adalah mewakili masa depan.

“Sebab itu, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan akan menjadi realiti, malah mampu dicapai dengan cepat jika belia bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika ditemui pada satu majlis di Melaka baru-baru ini berkata, amanat yang bakal disampaikan Muhyiddin pada petang ini sangat penting terutama kepada belia, bagi memahami apa yang ingin dibawakan pucuk pimpinan menerusi konsep 1Malaysia.

Katanya, ini adalah amanat sulung pucuk pimpinan negara kepada belia dalam satu acara yang menghimpunkan semua pemimpin belia, sejak kepemimpinan baru mengambil alih.

“Sebab itu, saya berharap, perhimpunan ini bakal menjadi titik pertemuan kepada seluruh kepemimpinan belia seluruh negara untuk memahami konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri. Amanat ini penting untuk mengajak belia bergerak atas satu nada dan lebih penting, atas satu pemahaman.

“Selepas daripada itu, apabila mereka kembali ke tempat atau kawasan masing-masing, pemimpin atau wakil belia yang hadir ini akan membawa satu suara yang sama dan bukan lagi atas andaian serta pemahaman berbeza-beza. Belia perlu sepakat mencari jalan untuk sama-sama menjayakan konsep 1Malaysia ini,” katanya.

Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Nizam Omar berkata, pertubuhan itu sememangnya menantikan amanat yang bakal disampaikan Timbalan Perdana Menteri terutama berkaitan konsep 1Malaysia.

“Kita berharap akan ada satu perkhabaran gembira disampaikan dalam amanat Timbalan Perdana Menteri nanti, sama ada untuk belia di kampung atau di bandar,” katanya.


Sumber Ketua Biro Berita Harian, Melaka

Tuesday, May 19, 2009

Nik Aziz : Duit kita ambil!



Sana sini heboh mengatakan bahawa PAS kini mengamalkan "rasuah politik". Ramai yang mencemuh, ramai yang mengutuk, ramai yang mengata. Dari sebermulanya "pendedahan berani" Ust. Mohammad Daud Iraqi memaklumkan kepada dunia politik bahawa PAS sudah korup, maka ramai yang melatah, termasuklah beberapa pemimpin tertinggi PAS.

Sekali lagi, Nik Aziz Nik Mat telah memberikan kenyataan konstroversinya. Nik Aziz dilaporkan berkata...

“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan PAS, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan)."

Nik Aziz menyeru supaya tolak pemimpin rasuah. Saya bersetuju. Nik Aziz suruh ambil duit rasuah tu, itu saya tak bersetuju! Itulah yang konstroversinya. Dia suruh ambil duit rasuah? Biar betul? Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud bahawa "perasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka tempatnya"? Tak tahulah pulak jika perasuah sahaja yang dipersalahkan di dalam Islam.

Agak menghairankan bila mursyidul am PAS itu "suruh ambil" duit rasuah itu. Tidak haramkah duit itu? Malah jika dibelanja makan manggunakan duit itu, tidak haramkah tindakan itu? Tidak menjadi darah daging haramkah implikasi dari memakan hasil duit rasuah itu? Tidak syubhahkah? Saya bukanlah Mufti Besar, apatah lagi saya bukanlah Imam Besar seperti As-Shafie atau Al-Ghazali yang mampu memberikan fatwa dan sebagainya. Tapi saya amat takut kepada rasuah yang difatwakan haram. Apatah lagi memakan hasil rasuah tersebut. Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkerja untuk mendapat upah atau gaji untuk sumber rezeki saya.

Mungkin inilah jadinya PAS bila memakan duit hasil dari sumber US atau yahudi. Mungkin inilah jadinya bila bersahabat dengan "syaitan". Mungkin inilah jadinya bila "mengkafirkan" saudara seIslam sendiri. Mungkin "syaitan" itu telah menyebabkan Nik Aziz semakin "sesat" di dalam mempertahankan politiknya berbanding mempertahankan Islam sebenar sebagai pegangannya. Maklumlah...Ulama akhir zaman sememangnya begitu...!

Siapa Anwar Ibrahim???

Monday, May 18, 2009

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Bil 03/09

Dimaklumkan mesyuarat khas AJK Pemuda UMNO Cawangan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 21/05/2009
Masa : 9 malam
Tempat : Restoran Gazebo, Jalan Hang Tuah, Melaka.

semua AJK dijemput hadir.

Terima kasih.

Saturday, May 2, 2009

Tahniah Sdr Karim Yaakob...

kami ingin mengucapkan Tahniah kepada 2 wakil pemuda dari Melaka iaitu Sdr Karim Bin Yaakob dan Sdr Razak Bin Abdul Rahman kerana telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Apa yang lebih penting Sdr Karim Bin Yaakob adalah datang dari Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil yang juga merupakan Ketua Pemuda bahagian kami dan berharap dengan perlantikan Sdr Karim Yaakob amatlah tepat kerana sumbangan dan perjuangan Sdr Karim Yaakob dalam pemuda dalam bahagian Bukit Katil tidak boleh dinafikan lagi.

Kami percaya dan yakin dengan perlantikan Sdr Karim Yaakob, pergerakkan pemuda UMNO Negeri Melaka akan terus releven dan Insya Allah...