Thursday, May 28, 2009

Bila Calon ''Endorgan'' Bersuara...


Sah! Jawatan Timbalan Presiden PAS akan ditandingi secara tiga penjuru diantara Husam Musa, Nasharuddin Mat Isa dan Mat Sabu, setelah dua lagi calon untuk jawatan itu menarik diri. Calon-calon yang menarik diri ialah Azizan Razak dan Ust. Haron Din.

Husam semalam di dalam kenyataan akhbarnya mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Menariknya, Husam yang di"label" sebagai "endorgan" yang kuat menyokong Anwar, sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan "pedas" terhadap penyandang jawatan tersebut iaitu Ust. Nasharuddin.

Husam dilaporkan berkata bahawa dia sememangnya menghormati Ust. Nasharudin yang lebih baik darinya. Dia juga menganggap bahawa Nasharuddin adalah seorang yang liberal. Namun, Husam tidak "merestui" usaha Ust. Nasharuddin yang lebih liberal terhadap UMNO! Mungkinkah Husam melihat adalah lebih "afdhal" jika PAS lebih liberal terhadap DAP berbanding UMNO saudara seagamanya?

Nasharuddin sememangnya banyak berusaha ke arah "muqabalah" yang dianjurkan sebelum ini oleh Presiden PAS, Hadi Awang. Dia dilihat sebagai tokoh pro-kepimpinan ulama' yang sealiran dengan Hadi dan ramai tokoh-tokoh ulama PAS yang lain seperti Ust. Harun Din dan Azizan Razak. Mungkin tepat bagi PAS untuk berusaha ke arah "perpaduan" bersama UMNO setelah "dinodai" berkali-kali oleh DAP dan PKR.

Mungkin Nasharuddin melihat adalah lebih baik bersatu dengan saudara seIslam sendiri dalam kepimpinan negeri dan negara berbanding dengan DAP yang terang-terangan menolak Malaysia sebagai negara Islam dan PKR tak ubah seperti "sesumpah" yang boleh bertukar-tukar pendirian. Mungkin baginya PAS sudah tidak tahan "dibuli". Dan kiranya PAS bersatu dengan UMNO mungkin natijahnya akan menjadi lebih baik.

Usaha-usaha Nasharuddin dan Hadi ini ditentang oleh Husam. Sebagai insan yang dilihat lebih "endorgan" bersama Anwar, dia mendakwa bahawa kononnya dia disokong Nik Aziz, pemimpin "spiritual" PAS. Namun secara politiknya, kenyataan Nik Aziz itu tidak lebih dari menyerahkan kepada ahli-ahli PAS untuk menentukannya. Tidak pula dinyatakan sokongan secara terang-terangan. Nik Aziz mungkin mempunyai satu undi, namun masih ramai lagi perwakilan yang memberikan pencalonan 60% kepada kepimpinan Nasharuddin!

Hakikatnya disini, kita tahu siapa yang lebih rasional dalam memilih "rakan" atau "lawan". Siapa yang lebih mesra sesama saudara Islam dan bertegas kepada "kuffar". Kita diberikan gambaran, bahawa siapa "kawan" dan "lawan" UMNO di dalam kepimpinan PAS. Siapa yang "mendengar" firman Allah di dalam Al-Quran dan mengamalkannya, dan siapa yang hanya sekadar mendengar dan membaca Al-Quran, tetapi lebih percayakan Anwar dan DAP! Terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk memilih. Bila terpilihnya Timbalan Presiden PAS nanti, kita tahulah siapakah PAS di zaman moden ini!





1 comment:

Anonymous said...

pas semua sama.. ulama dah terbalik