Wednesday, April 15, 2009

Muka Baru Bakal Terajui Pemuda UMNO Negeri

Seremban -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin memberitahu senarai Ketua Pemuda UMNO negeri yang akan diumumkan hujung bulan ini bakal diisi muka-muka baru di kalangan Ketua Pemuda UMNO bahagian.

Jelas beliau hasil perbincangan dengan semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, pihaknya akan melantik calon Ketua Pemuda UMNO bahagian yang berwibawa dan berkemampuan.

"Pemilihan mereka dibuat setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Ketua Badan Perhubungan Negeri masing-masing.

"Walaupun terdapat beberapa negeri yang masih dalam perbincangan, insyaAllah, senarai penuh Ketua Pemuda UMNO bagi setiap negeri akan diumumkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, di sini, Selasa.

Beliau yang juga anggota Parlimen Rembau berkata secara keseluruhannya mereka yang bakal dilantik untuk menerajui kepimpinan golongan muda terdiri daripada muka-muka baru yang berwibawa penuh dan mampu menggerakkan jentera Pemuda UMNO negeri untuk menambat hati rakyat terhadap UMNO.

"Bukan kita mengabaikan calon lama, tetapi adalah penting keputusan yang bakal kita buat adalah hasil perbincangan bersama dengan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan juga ahli-ahli yang mahukan perubahan ke arah memantapkan perjuangan Pemuda UMNO," ujarnya.

Isnin lalu beliau mengumumkan barisan jawatankuasa pengurusan Pemuda UMNO yang baru bagi mengisi jawatan Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan Setiausaha Kerja.

Mereka yang dilantik ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

sumber Utusan

2 comments:

Anonymous said...

taroklah muka ape pung..emh.ko rang macam taik gak..uek .!

Anonymous said...

jgn main bontot sudah... huhuhu