Tuesday, April 7, 2009

Muhasabah BN: Kuasai Media Baru, Didik Pengundi Melayu

1. Tahniah kepada semua pihak, yang menang dan yang kalah, kerana telah bertungkus lumus untuk menghidupkan demokrasi di Malaysia.

2. Tahniah kepada rakyat yang keluar mengundi.

3. Kepada yang menang, selamat bekerja. Ingatlah bahawa yang dimenangi bukan sekadar hadiah, tetapi tanggungjawab dan tugas.

Kuasai Media Baru

4. Keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 jelas membuktikan bahawa kemenangan DAP/PKR/PAS ialah hasil daripada penguasaan mereka terhadap media baru.

5. Rata-rata akhbar media baru dan wartawan-wartawannya, forum online serta laman-laman blog banyak berpaksikan kepada DAP/PKR/PAS, terutamanya yang bukan berbahasa Melayu. Contohnya yang berbahasa Inggeris dan Cina.

6. Saya lihat BN memiliki 2 entiti media baru: jentera rasmi yang berpotensi besar namun seolah-olah tidak langsung digerakkan, dan jentera tidak rasmi yang tiada strategi bersepadu.

7. Kemenangan DAP/PKR/PAS pada pilihanraya kecil hari ini seharusnya menjadi wake up call kepada sleeping giant iaitu jentera rasmi media baru BN. Bernaung di bawah pentadbiran baru, sudah tiba masanya untuk melancarkan serang balas.

8. Jentera tidak rasmi pula berkelakuan seakan-akan Mesir, Jordan dan Syria ketika Perang Enam Hari.

9. Sudah tiba masanya untuk merapatkan saf, bertindak dengan hikmah (kebijaksanaaan) dan melancarkan serangan bersepadu yang boleh membawa kesan bukan sahaja kepada entiti dalam BN, malah kepada DAP/PKR/PAS.

Didik Pengundi Melayu

10. Adalah fitrah manusia untuk menyokong dan mendahulukan individu yang memiliki persamaan dengannya: contohnya bangsa sendiri.

11. Ia fitrah semua tidak kiralah Bumiputra, Cina dan India.

12. Apa-apa yang menguntungkan bangsa sendiri akan didahulukan: tidak kiralah samada ia tindakan yang akan merugikan bangsa lain.

13. Menyokong Anwar Ibrahim, dan maskot-maskotnya seperti Nizar Jamaluddin, jelas menguntungkan bukan Melayu, dan merugikan Melayu.

14. Apa jasa Anwar Ibrahim dan maskot-maskotnya kepada bangsa dan agama?

15. Serangan-serangan kepada ketuanan Melayu dan Islam sejak PRU ke-12 bukan sekadar kebetulan. Ia adalah natijah terus daripada kemerosotan kuasa Melayu.

16. Namun ramai Melayu yang lebih mengutamakan hiburan anti-establishment daripada melakukan perkara yang menguntungkan bangsa dan agamanya.

17. Melayu sukakan hiburan. ( gila karok )

18. Sudah tiba masanya jentera media baru BN difokuskan untuk mendidik bangsa Melayu.

19. Senjata-senjata media baru BN patut ditala (tuned) untuk menyedarkan dan menyatukan bangsa Melayu dahulu.

20. Apa yang menyatukan bangsa Melayu?

2 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

BEBASKAN MEDIA ARUS PERDANA. LAPORAN YANG KETERLALUAN MENGAMPU DAN BERAT SEBELAH MENYEBABKAN NYA TIDAK LAGI DIPERCAYAI DAN RAKYAT BANYAK MEMILIH SUMBER KEDUA DI LAMAN BLOG DAN WEB.

KETUANAN MELAYU? BANTU SEMUA MELAYU TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK. JANGAN HANYA MEMBANTU KRONI DAN MEMBIARKAN BUKAN KRONI MATI.

MANUSIA BOLEH DITARBIAHKAN JIKA BETUL CARANYA. MASIH ADA MASA PERBAIKI DIRI, BERSYUKUR SEBELUM DI KUBUR..

pemuda RB said...

berani berubah