Kami amat jelik dan jijik mendengar manusia yang mengggelar diri mereka pejuang bahasa. Apatah lagi jika sudah bergelar Sasterawan Negara dan Pemimpin. Tanpa niat untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa, GMP PPSMI dilihat sebagai satu senjata politik pembangkang. Buktinya, banyak lagi lapangan perjuangan yang diabaikan oleh golongan yang sayangkan Bahasa Melayu. Antaranya;
1) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu dibenarkan penggunaan didalam Dewan Tertinggi Negara dan Negeri – Dalam kes ini ramai pemimpin yang tidak menggunakan Bahasa Melayu malah ada yang tidak tahu berbahasa Melayu langsung sebagai contoh MP PR Goh Sworn Burn.
2) Memperjuangkan semua urusan rasmi Kerajaan Pusat dan Negeri WAJIB berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan hanya menggunakan Bahasa Melayu terutama Laporan Polis, SPRM, KWSP, JPN, PBT, LHDN, KASTAM, Imigresen dan lain-lain. Urusan tidak menggunakan Bahasa Melayu adalah tidak sah – Dalam kes ini penulis pernah terserempak dengan kaum India warganegara Malaysia tidak memahami Bahasa Melayu di IPD K.Selangor. Pihak polis terpaksa menggunakan Pengantara Bahasa.
3) Memperjuangkan semua urusan melibatkan undang-undang termasuk Perbicaraan Mahkamah dan Surat Perjanjian Pembelian Rumah(SNP) menggunakan 100% Bahasa Melayu – Dalam kes ini semua 100% Surat Perjanjian Pembelian Rumah(SNP) dalam Bahasa Inggeris yang sukar difahami kerana menggunakan terma Bahasa Undang-undang. Manakala Mahkamah pula menggunakan Bahasa Manglish atau Bahasa Melayu rojak.
4) Memperjuangkan semua jenis mesyuarat GLC dan urusan yang melibatkan GLC mestilah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya – Dalam kes ini tidak perlu diulas, lihatlah sendiri GLC banyak menggunakan Bahasa apa?????
5) Memperjuangkan Berita Perdana Media Elektronik menggunakan Bahasa Melayu Asli atau Baku – Dalam kes ini tontonlah Berita apa yang anda dengar dan pujian harus diberikan pada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana pernah mewajibkan semua Stesyen Televisyen menggunakan Bahasa Baku.
6) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Antarabangsa iaitu Inggeris digunakan sepenuhnya disemua Lapangan Terbang dalam bentuk Lisan dan bertulis – Ini amat penting kerana ia adalah pintu utama Malaysia dan imej Malaysia. Di banyak Negara dalam dunia hanya Bahasa Ibunda dan Bahasa Antarabangsa digunakan di Lapangan Terbang mereka.
7) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu digunakan dalam urusan Bank – Dalam kes ini Bahasa Inggeris senantiasa dan banyak mendapat tempat.
8) Memperjuangkan Bahasa Pembelajaran semua Subjek di IPTA/IPTS/Profesional Cert wajib diajar dan dipelajari dalam Bahasa Melayu dan Wajib semua peperiksaan dan ujian IPTA/IPTS/ Profesional Cert dalam Bahasa Melayu- Dalam kes ini terlalu banyak subjek IPTA/IPTS dalam Bahasa Inggeris. Profesional Cert tak usah cerita.
9) Memperjuangkan supaya semua buku yang diberi kebenaran dijual dan diedarkan di Malaysia WAJIB datang dengan dua Versi; 1) Versi Bahasa Asal; 2) Versi Bahasa Melayu – Dalam kes ini 99% buku Bahasa Asal tidak dialih Bahasa ke Bahasa Melayu terutama buku Ilmiah
Demonstrasi PPSMI pastilah digelakkan oleh dunia. Sudah pasti, Abang di Indonesia akan berkata, bodohnya orang Melayu, PPSMI diperjuangkan, yang lain-lain diabaikan (seperti 9 diatas) malah tidak diperjuangkan. Lebih-lebih lagi Gerakan PPSMI oleh golongan yang menggelar diri Pejuang Bahasa dan PAS telah menghina demokrasi. Mereka menolak demokrasi, menafikan hak orang lain (2599200 Rakyat Malaysia, kerana hanya 8000 yang hadir). Gerakan ini amat mirip kepada cara komunis memperjuangkan sesuatu.
Sehubungan itu, kami meminta Kerajaan meneruskan dasar ini dan jika ketentuanNYA memihak kepada PSSMI dikaji semula, kami minta sebarang tindakan memansuhkan PPSMI perlulah mendapat suara majority.
Ya!!Majoriti kerana bukan anak GMP PPSMI sahaja yang terlibat dan bersusah payah mempelajari PPSMI, malah anak kami pendukung PPSMI juga. Oleh itu, jika Kerajaan bertindak bodoh tunduk pada GMP PPSMI, kami golongan menyokong PPSMI tidak pandai berdemonstrasi, tetapi, tolonglah buat UNDIAN secara demokrasi keatas semua rakyat Malaysia samada PPSMI diteruskan atau tidak.
Biarlah ia ditentukan oleh majoriti rakyat Malaysia dan bukan hanya 8000 manusia hilang akal dan PAS sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Slang klate bila nak ubah, tempat ko bolela bawa tapi tempat org lain kena mengembekla jugak...Dahla tu ajar budak sekolah kat KL pun guna slanga dia..kesian budak2 KL ternganga tak faham bahasa kampung dia..yg memalukan ni masa buat perhimpunan..Ini semua ajaran PAS Kelate la nie...
Post a Comment