Monday, March 9, 2009

Salam Maulidul Rasul....

video

Pemuda Belia 4B RB ingin menyeru kepada semua umat Islam memberi penghormatan kepada junjungan Nabi kita, Rasullullah saw bersempena dengan tarikh kelahiran Nabi kita.

Sambutlah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan.Kepimpinan Rasullullah dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat pemimpin-pemimpin pada masa kini. Baginda amat bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam seterusnya memperkasakan Agama tanpa batasan.

Baginda juga sentiasa memastikan agar setiap umatnya pada ketika itu hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.Sama-sama kita berarak sambil berselawat ke atasnya tanda rasa cinta padanya.

Salam Maulidul Rasul buat umat Islam dan semua ahli pemuda belia 4B RB.


Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO bersama Gerakan Belia 4B
Caw Tmn Rumpun Bahagia, Melaka.

No comments: