Sunday, February 22, 2009

Mesej Buat Calon KP Malaysia


3 Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan sidang Debat anjuran TV9 baru-baru ini. Masing - Masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bagi kami dari Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB ,sesiapa pun yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan Mac ini akan melakukan sesuatu untuk menarik lebih ramai golongan muda.

Melalui analisis keputusan PRU 12 Mac lepas, golongan muda merupakan golongan yang teramai sekali mengundi pembangkang dan menyebabkan beberapa negeri di rampas pembangkang. Ini merupakan cabaran utama Pemuda UMNO dalam mengembalikan keyakinan mereka terhadap golongan ini.

Apa yang diharapkan, Datuk Mukhriz, Dato' Dr. Khir Toyo mahupun Khairy mampu bekerjasama dengan lebih baik bagi menyelesaikan masalah ini. Ini merupakan impian kami. Jangan jadikan pertandingan ini sebagai medan untuk mendapat publisiti murahan. Jadikan ia sebagai pertandingan sihat yang dapat menyatupadukan Pemuda UMNO.

Kita sedia maklum ketiga-tiga calon ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namun, untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia, ia bukanlah semudah yang di sangka.Pemimpin muda dari PKR, PAS mahupun DAP akan sentiasa bergerak pantas mendekati golongan muda. Kita mampu bergerak lebih pantas dari mereka.

Kita perlu bersatu. Bersatu menentang kuasa Pemuda Pembangkang. Apa yang perlu hanyalah semangat,kerjasama dan bersatu padu dalam merealisasikan impian ini. Jangan leka berkempen untuk kemenangan individu tetapi lupa akan perjuangan Pemuda UMNO.

Kita sedia maklum Pemuda UMNO suatu ketika dulu digelar 'singa' dalam arena politik tanah air sehinggakan digeruni pihak lawan. Kini kembalikan semula sakti itu.

Bangunlah wahai Pemuda UMNO. Bangkit dari lena. Angkatan Muda Keadilan?, Dewan Pemuda PAS?, atau Pemuda Sosialis DAP?, hanya kanak-kanak yang kerdil tetapi lincah memasuki gelanggang pemuda.

Kita tahu kita lebih kental.... Berani Berubah !!!!



Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO
Cawangan Tmn RB, Melaka.

5 comments:

Anonymous said...

Khairy langsung tidak mendapat tepukan daripada penonton. daripada pemerhatian saya semasa forum Hujah di TV 9 yang di pengerusikan oleh Prof Agus ternyata Khairy paling kurang mendapat sokongan daripada tetamu yang hadir yang ingin melihat bakal ketua Pemuda Umno Malaysia yang akan di pilih semasa persidangan Umno bulan Mac nanti.

berdasarkan hujah dan fakta serta pandangan yang dilontarkan juga menunjukkan bahawa pandangan Khairy adalah tidak popular dan sering tersasar daripada menjawab soalan daripada Prof Agus.

Pada pusingan yang pertama seolah-olah dapat dilihat bahawa Dato Khir dan Mukhriz sependapat dan menghentam Khairy. ini dapat dilihat apabila soalan yang di tanya berkenaan punya kelemahan Umno mutakhir ini. mukhriz dan Khir sependapat ia nya berpunca daripada kepimpinan tertinggi Umno sekarang sama ada sengaja atau pun tidak pandangan tersebut memang di tujukan kepada Pak Lah.

Khairy dengan penampilan yang agak serabai dengan rambut tidak berapa terurus dan sekali sekala hanya mampu tersengeh apabila terkena hujah sinis lagi pedas daripada Khir dan Mukhriz

kalau di tengok daripada kesungguhan untuk menyertai debat umum telah maklum bahawa khairy pernah melontarkan pandangan agar calon ketua pemuda Umno mengadakan debat secara terbuka bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih siapa pemimpin yang paling layak untuk dipilih sebagai ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac nanti

secara keseluruhannya berdasarkan pemerhatian boleh dikatakan khir lebih terkedepan dalam memberikan pandangan, dan Mukhriz agak tengelam sedikit namun Khairy paling tidak memuaskan dan kurang mendapat sambutan.

Anonymous said...

Jangan cakap macam tu pada KJ, nanti penjilat Kj iaitu SUKJ akan meroyan nanti...

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan cawangan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog. Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami

pemuda RB said...

salam sdr dr caw gombak selatan,

tkasih atas sokongan sdr. sama-sama kita meneruskan agenda kita. Insya Allah, UMNO akan terus releven.

Sedia Gempur said...

Undilah demi bangsa...

Berani Berubah !!!