Sunday, February 8, 2009

Lembu DAP Gila Jawatan !!!


Walaupun setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak, bekas Menteri Besarnya, Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi satu-satunya bekas pemimpin kerajaan negeri itu yang masih belum memulangkan kenderaan rasmi, Toyota Camry 2.4 bernombor plat AGS 10.

Arahan itu sudah dipatuhi oleh 10 bekas Exco Pakatan Rakyat (PR) yang telah memulangkan kenderaan mereka melainkan Mohammad Nizar seorang. Cukup hebat! Nampaknya beliau benar-benar tidak ketentuan kerana masih mendakwa diri sendiri sebagai Menteri Besar yang sah.

Di mana letaknya sifat segan dan malu seorang yang menganggap dirinya Menteri Besar ini?

Beliau bertekad untuk terus menggunakan kenderaan rasmi dan duduk di kediaman rasmi Menteri Besar sehingga beliau menghantar surat rasmi peletakan jawatan atau hilang majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Malah sanggup berkongsi pejabat dengan MB Perak yang baru Datuk Dr. Zambry. Menteri jenis apakah ini? Apa sudah jadi kepada politik negara kita sekarang? Nampaknya Nizar hendak menunjukkan dirinya lebih berkuasa daripada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak. Atas kapasiti apa?

Apakah kerana beliau merasa cukup hebat didokong oleh perusuh-perusuh PR yang kebanyakkannya orang luar?

No comments: