Satu rencana dari THE NEW STARITS TIMES oleh ZUBAIDAH ABU BAKAR tentang 6 juta pengundi muda dan baru menjelang PILIHAN RAYA UMUM pada tahun 2013 menarik perhatian kami.
Pemimpin-pemimpin parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain parti dalam BARISAN NASIONAL patut membaca dan memahami kandungan artikel di bawah ini.
Bahagian PEMUDA dan PUTERI parti dalam BN khasnya dan pemimpin-pemimpin veteran BN juga perlu merancang dan bertindak dari sekarang sekiranya mereka mahu memperoleh keyakinan, kepercayaan pengundi-pengundi muda ini.
Mereka juga perlu merancang dan bertindak bagaimana cara untuk menentukan mereka semua berminat untuk datang mengundi pada hari Pilihan Raya diadakan.
Manusia merancang. tuhan menentukan.
Sepatutnya semua pemimpin parti komponen BN sedar akan fakta ini. PRU 13 nanti akan menyaksikan medan PERTEMPURAN untuk menarik sokongan golongan muda.
Golongan muda ini lebih bersifat mahukan perubahan drastik yang melibatkan REVOLUSI. Mereka gemar memberontak jika HAK mereka disisihkan dan kemahuan mereka tidak diendahkan.
Kalau kerajaan UMNO/BN tidak mahu melayan tuntutan mereka, sudah tentu mereka AKAN CARI pihak lain yang mahu berbuat demikian. Mereka tidak gemar mendapatkan maklumat dari saluran formal seperti surat khabar dan TV, sebaliknya banyak menghabiskan masa di alam maya.
Ini menyebabkan mereka terdedah dan terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang tidak henti-henti mengutuk dan memfitnah kerajaan. Sifat semulajadi golongan remaja yang suka memberontak menyebabkan mereka alpa dengan semua usaha kerajaan untuk membantu mereka, sejak dari darjah satu hingga menjejakkan kaki ke menara Gading.
Kerajaan juga berusaha membuka peluang pekerjaan untuk mereka, sama ada dalam sektor awam atau swasta (dengan menarik golongan pelabur asing dan pakej ransangan ekonomi).
KITA TIDAK BOLEH SALAHKAN ANAK-ANAK DAN ADIK-ADIK KITA, dah sifat semula jadi orang muda sebegitu rupa.Sudah tiba masanya UMNO mengambil inisiatif untuk mendekati golongan ini.
Sudah tiba masanya UMNO menjadi suara bagi generasi muda Melayu di negara kita. Sayap Putera dan Puteri UMNO tidak lagi boleh dipandang remeh, hanya kerana mereka 'budak-budak' lagi.
Kedua sayap itu sepatutnya diberi platform yang lebih tinggi supaya keduanya dapat beroperasi dengan lebih mantap, serta dapat menjadi satu suara YANG DIHORMATI. SUARA YANG MEWAKILI GENERASI MUDA MALAYSIA.
Kalau boleh biar sayap putera dan puteri SETARAF dengan sayap pemuda dan wanita.Dan dari generasi 'lama' pula MESTI BERANI BERUBAH, dan tunjukan CONTOH yang baik kepada adik-adik kita.
Kalau adik-adik kita merungut dan merenget, kita harus pasang telinga dan dengar apa rungutan dan rengetan mereka.
Dan semuanya bermula dengan golongan remaja yang paling dekat dengan kita semua...
UMNO MESTI BERANI BERUBAH,
UMNO MESTI BANGKIT SEMULA.
Unit IT pemudaRB
No comments:
Post a Comment