Tuesday, December 9, 2008

Program 'Jom Tunaikan Korban' disambut baik penduduk taman RB





Program "Jom Tunaikan Korban" anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Tmn RB dengan kerjasama wanita, pemuda, puteri dan UMNO cawangan Tmn RB dan Gerakan Belia 4B Tmn RB di sambut baik baik oleh penduduk taman. Ini terbukti lebih 100 orang penduduk Islam taman rb keluar beramai-ramai hadir menunaikan program tersebut termasuk juga warganegara Bangladesh dan India yang beragama Islam turut serta membantu ibadah ini. Pengerusi Program, Uztaz Mupit Ahmad berkata sambutan tahun ini adalah paling meriah dengan 4 ekor lembu dikorbankan berbanding tahun-tahun yang lepas. Menurut katanya lagi " Yang penting semangat silaturahim antara penduduk taman adalah dituntut oleh agama Islam dengan mengajak penduduk taman bersedia berjuang demi bangsa, agama dan negara". Kami diperingkat pemuda/belia senantiasa bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Tmn RB dalam segala program yang dirancang.

"Pemuda Wardah Perjuangan"

"Belia RB Benci Dadah"


Ikhlas Unit IT pemudaRB

2 comments:

Anonymous said...

perpaduan tmn rb nampak semakin kukuh..

Anonymous said...

sape kata kukuh...
selagi geng² yang korang katakan kaki hisap (pemuda westside) korang tak dapat satu kan korang still belum berjaya sebagai seorang pemimpin..


sampai Bila??