Friday, November 14, 2008

Terkini : Berani Berubah !!!!

Untuk makluman kepada pemuda/belia RB berumur 18-30 tahun, dengan syarat minimum memiliki SPM. Rebutlah peluang untuk saudara memiliki Sijil dan Diploma dalam bidang kemahiran.

Saudara dijemput hadir ke Temuduga Terbuka kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) pada 25hb Nov 2008.

Antara faedah yang diberikan oleh KBS adalah elaun bulanan sehingga RM300 sebulan, Makan-minum ditanggung sepanjang pembelajaran dan tiada yuran asrama dikenakan.

Antara kursus yang ditawarkan adalah :-
1. Penyenggaraan Kereta
2. Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan
3. Penyeggaran Jentera Berat
4. Penyemburan Cat
5. Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal PW2 dan 3 Fasa PW4
6. Penjaga Jentera Elektrik A1 (E)
7. Pemesin AM ( Larik & Kisar )
8. Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik
9. Elektronik Audio dan Video
10.Kimpalan
11. Pembuat Acuan dan Perkakasan
12. Pembuat Perabot
13. Landskap Pembinaan
14. Penyenggaraan Industri

BERMINAT !!! sila hubungi Sdr Aidil (KP), Sdr Hailmey (s/u) @ Sdr Amziry ( Pengerusi Biro Pendidikan ) untuk mendapatkan borang temuduga.

Sekian. Terima Kasih.

"BERANI BERUBAH"


Unit IT pemudaRB

3 comments:

Anonymous said...

nak jadi kontraktor cam mana

Anonymous said...

menyatakan kebenaran itu adalah pemimpin.tidak konsisten saudara dalam menyatakan pendirian menggambarkan siapa saudara. bagaimana hendak menjadi pemimpin kalau tidak bijak membuat keputusan.komen-komen saudara banyak retoriknya. bagaimana nak berani berubah!

Anonymous said...

ape kau cite pasal politik ni.ni pasal nk sambung belajar,bkn nak cite pasal kepimpinan.tgk tpt die yg betul.jgn suka-suka nak post je.ko punya ayat mcm tak kenal je sapa.