Wednesday, October 8, 2008

Terkini :Pak Lah tidak pertahan jawatan Presiden UMNO


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden Jumaat ini.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan pada Jumaat ini sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac ini.
Beliau berkata, langkah itu adalah susulan daripada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini untuk tidak mempertahankan jawatan presiden parti.
Beliau berkata, tindakan Abdullah adalah satu pengorbanan dan menghormati kehendak parti. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Terkini dari Unit IT pemuda RB

5 comments:

Anonymous said...

baiklah berundur untuk kebaikan agama bangsa negara dan kedaulatan orang melayu dan raja-raja melayu sebelum kadok naik junjung menang bersorak kampung tergadai maruah tercarik fikirkan untuk generasi akan datang jangan biarkan luka bernanah kudis merabak HIDUP MELAYU HIDUP UMNO TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

dari

Rosli Harun
JB, anak melaka

kp pantai peringgit said...

apa2 pun bro umno harus kita pertahankan.melayu harus kuat,perkasa dan berkuasa ditanah air kita sendiri jgn biarkan bangsa lain sama dgn hak kita. semangat "setia kawan". ada makna tu calon no 1. jgn lupa undi calon no 8.

parameswara said...

wahh..kempen nmpk wahai calon2 ajk bahagian..

calon no 1 ajk pemuda bahagian said...

pau.. kalau ada rezeki tak ke mana.. kita warm up tahun ini.. akan datang boleh gempur lagi..

ajk taman rb said...

hidup calon no.1....berani berubah.....