Sunday, June 21, 2009

Pemuda RB sertai Pertandingan Futsal Piala Ketua Menteri Melaka


Pada 20hb yang lalu, pemuda RB telah menyertai Pertandingan Futsal Piala Ketua Menteri Melaka anjuran Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil. Lebih 54 pasukan telah menyertai pertandingan ini.

Pemuda RB telah terkandas pada peringkat Suku Akhir apabila tewas kepada Pemuda UMNO Bukit Pulau 0-3. Pada peringkat kumpulan Pemuda RB bermain cemerlang dan menjadi Johan Kumpulan hasil menang dengan Pemuda UMNO Cempaka Jaya 1-0 dan menang dengan Pemuda UMNO Ayer Molek Darat keputusan 3-2.

Pertandingan Piala Ketua Menteri telah dimenangi oleh Pemuda UMNO Pantai Peringgit manakala Pemuda UMNO Kampung Tun Razak selaku Naib Johan. Tempat ke 3 adalah pasukan Pemuda UMNO Musai dan ke 4 adalah pasukan daripada Pemuda UMNO Bukit Pulau. Majlis Penyampian Hadiah disampaikan oleh Sdr Karim Bin Yaakob selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka. Turut hadir Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil Sdr Shafrie Bin Abdullah. Sdr Karim Yaakob turut mengumumkan Pertandingan Futsal ini akan dijalankan setiap 6 bulan sekali. Pemuda RB menyahut cadangan yang dibuat oleh Sdr Karim Yaakob dan akan membuat persiapan yang lebih rapi lagi.

Pemuda RB juga akan menyertai Pertandingan Bolasepak Dun Bachang pada 4hb ini. Kami juga menghantar wakil pasukan Bola Tampar dan Sepak Takraw.

Semoga pemuda RB akan terus aktif dan menjadikan pemuda RB bebas daripada masalah sosial.

Tahniah kepada semua yang terlibat...

Unit IT pemuda RB

Monday, June 8, 2009

Dialog bersama YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir

Dialog bersama YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir - Timbalan Menteri Perdagangan & Industri.






Tarikh : 10 Jun 2009
Masa : 11 pagi hingga 1 petang
Tempat : Tingkat 15, Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, 50622, Kuala Lumpur.


Tempat adalah terhad, bagi sesiapa yang mempunyai agenda/perkara untuk dibawa ke Dialog ini, diharap berhubung dengan Koordinat Dewan Muda ( Sdra Norhisham Saidon). Sdra Sham akan menyelarasakan tajuk-tajuk yang akan dibawa.

Dialog ini adalah susulan dari Kunjung Hormat ke pejabat YB Timb Menteri pada 21 Mei 2009.

Dengan ini Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor menjemput anda untuk mengambil peluang bersama-sama kami mengutarakan perkara-perkara yang dianggap penting dan perlu disampaikan kepada YB Timbalan Menteri di Majlis Dialog ini.

Saturday, June 6, 2009

Padat Dengan Hujah Bernas

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Melontarkan Hujahnya Berhubung Langkah Kerajaan Dalam Menangani Krisis Ekonomi Semasa Dunia Yang Turut Dirasai Di Negara Malaysia Hari Ini Pada Public Dialogue World, Economic Crisis, Is Malaysia Better Equipped To Face The Challenges Ahead Di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Semalam. Forum Berkenaan Yang Dipengerusikan Prof Mohamed Aslam Haneef Turut Menampilkan ADUN PKR Daripada Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad Dan Nani Abdul Rahman Dari Harvard School.

Friday, June 5, 2009

UMNO di Rahmati ALLAH, Ubah Strategi



Iklim politik sudah berubah sekarang setelah 22 tahun era Tun Dr M berubah kepada Tun Abdullah dan kini DS Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Pastinya ia juga pertukaran Pemimpin baik UMNO atau Negara akan menukarkan Perubahan Sistem, Strategi dan paling penting pihak lawan juga akan menukar taktik untuk menyerang UMNO dan Kerajaan

Pembangkang terutama Ketuanya Anwar dari PKR telah mengubah Iklim atau suasana Politik Malaysia menjadi Medan Peperangan, mungkin lebih hebat dari Medan Peperangan Sebenar kerana Medan Peperangan Sebenar bersenjata di hujani peluru tetapi Medan peperangan politik di hujani FITNAH

Faktor “Gelombang Biru” yang menjadi Kejayaan BN pada 2004 hampir musnah di serang oleh “Gelombang Fitnah” atau “tsunami politik” Pertubuhan Haram “pakatan rakyat” 4 tahun kemudian 2008, BN terpaksa menerima hakikat melepaskan Anwar dari penjara ibarat melepaskan Sekumpulan Serigala Menyerang seorang kanak-kanak Tadika (usia Era Pak Lah 5 tahun), PRU 12 BN terima padah akibat Percaya pada “lakonan” Anwar yang bijak Sandiwara

UMNO kehilangan Pejuang di akar umbi malah di peringkat atasan di penuhi oleh Ahli Politik “cari makan” atau “politik cari kekayaan”, Pejuang-pejuang UMNO di Peringkat Akar Umbi hingga Atasan tidak dapat Pembelaan Sewajarnya daripada Serangan-serangan Fitnah yang di lancarkan Anwar melalui “hamba-hambanya” daripada PKR dan PAS walaupun DAP menjadi Pemerhati yang sedang ketawa melihan Umat Islam Bangsa Melayu Bergaduh sesama sendiri

Dalam keadaan lemah di serang Fitnah pembangkang UMNO masih belum mampu untuk bangun, UMNO tak menyerang atau bertahan malah membiarkan sahaja pembangkang membuat onar fitnah dan kezaliman keatas Rakyat terutama UMNO dan Pejuangnya, Nilai Perjuangan UMNO akar Umbi ialah Berjuang untuk Kekayaan Peribadi Pemimpin Atasan dan Kroni

Setelah di kaji UMNO bukan sahaja Hilang Strategi tapi tidak Mempunyai Strategi

Ketika dahulu Pemimpin UMNO bukan sahaja mampu Berjuang Berhujah Menangkis berbagai serangan Fitnah Pembangkang membela Rakyat dan Pejuang UMNO yang menjadi Mangsa Fitnah pembangkang terutama PAS malah Pejuang Akar Umbi UMNO juga mampu untuk Berjuang berhujah mengalahkan pemimpin pembangkang !!!

Dahulu Rakyat terutama Pejuang UMNO mendapat Pembelaan sewajarnya dari Serangan Fitnah PAS tetapi kini tidak lagi, 5 tahun kebelakangan ini Pemimpin UMNO peringkat tertinggi hanya mahukan Kekayaan sahaja Perjuangan UMNO telah di lupakan Pejuang Akar Umbi di pinggirkan, Projek Jutaan ringgit di kaut oleh perseorangan yang tak pernah Berjuang untuk UMNO dan Rakyat malah Pembangkang juga mengaut Keuntungan yang lebih daripada Pemimpin UMNO sendiri

Ramai Pejuang Akar Umbi UMNO menjauhkan diri daripada UMNO di sebabkan kecil hati kerana Jasa Pejuang Akar Umbi tidak Di hargai, Pejuang Akar Umbi UMNO Berjuang untuk Rakyat dan Parti tetapi Pemimpin Atasan UMNO Berjuang untuk diri sendiri dan Kroni

Pejuang Akar Umbi UMNO Berjuang Kerana ALLAH SWT, tetapi Pejuang Akar Umbi UMNO menderita di Fitnah Pembangkang sebagai “cari makan” dalam berhujah Membela Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia kononnya Pejuang UMNO ialah Penulis Upahan yang dapat habuan, tetapi yang mendapat untung ialah Pemimpin Atasan UMNO dan Kroni mereka hasil titik peluh Perjuangan Akar Umbi UMNO

Buktinya Sejak Anwar Ibrahim di dalam UMNO lagi budaya ini Bermaharajalela di dalam UMNO, sejak 5 tahun lepas budaya ini kembali ke dalam UMNO hasil strategi licik Anwar, Hasilnya kita dapat lihat apabila Krisi dalaman Komponen BN PPP dan UMNO sendiri di Negeri Perlis dan Negeri Terangganu, Sekarang dapat di lihat Dato Zaid Ibrahim berada di atas pentas Pembangkang PKR untuk Menghentam UMNO setelah Berjuta Ringgit Beliau dapatkan hasil daripada bersama UMNO melalui Firma Guamannya

Dalam Kes “membebaskan” Manohara Odelia Pinot isteri Tengku Temenggung Kelantan, Rakyat Malaysia yang terlibat dalam konspirasi itu ialah Dato Qadarsyah seorang Jutawan Penyokong Keadilan menurut video youtube ini


Dato Qadarsyah seorang Jutawan Melayu di Malaysia, tetapi Akhirnya apa yang di buatnya setelah kekayaan besar di kaut beliau ialah Mengkhianati Negara dengan Kenyataan Angkuhnya dalam video youtube diatas, Beliau mempunyai Banglow di dalam Kelab Golf Sultan Abdul Aziz dan begitu banyak motosikal titan yang harganya Rm200k paling minima seperti yang pernah di gunakan penyanyi Awie, Paling Menyakitkan Hati ialah Kenyataannya yang Angkuh di dalam Video Youtube ini, Penghinaan yang cukup besar kepada Pejuang yang Berjasa Kepada Agama, Bangsa dan Negara, seperti Tentera dan Polis yang hidup susah dan merana semata-mata nak bagi mereka jadi Kaya Raya

Pernahkah Dato Qadarsyah ini Berjuang Untuk Rakyat dan Negara atau UMNO sekalipun ? …… mustahil

Jadi apa ertinya PERJUANGAN setelah Kita Bersusah Payah Memerah Otak, Menghabiskan Masa dan Tenaga akhirnya Pengkhianat juga yang mendapat untung

Tragedi Bumbung Stadium yang Runtuh di K.Terangganu bagaikan menyatakan Fitnah yang di lontar pembangkang benar belaka dan menjerut leher UMNO dan BN, Begitu juga PKFZ yang kerugian berbillion ringgit memungkinkan Fitnah pembangkang adalah benar samasekali, Bagaimana dengan “Komisyen” kapalaselam yang sejumlah RM530 Juta ? mungkin ia adat Berniaga pastinya ada Untungnya masaalahnya apa yang Pejuang UMNO dapat di dalam Penat Lelah Berjuang di Fitnah di Maki Pembangkang ?

Adakah mereka Pengkhianat mengambil peluang “berlakon” Berjuang di dalam UMNO untuk mendapatkan Projek yang Untung Banyak sahaja ?

Hakikatnya UMNO adalah Perjuangan Islam Yang Di Redhai ALLAH SWT, berbanding PAS yang Nama sahaja “Parti Islam” tetapi Perjuangan PAS jauh Menyimpang dari Islam seperti Nabi Muhammad Rasullullah SAW, sebabnya Nabi SAW tidakpun Menubuhkan “Parti Islam” dan Mengadakan Pilihanraya, PKR pula hanya Berjuang untuk Anwar sahaja yang menjadi Dewa kepada Pejuang PKR Berbagai Bangsa yang sanggup “menyembah” Anwar dewata mereka

Logiknya sekiranya PAS ialah Parti yang Benar-benar Islam pastinya PAS dah Memerintah Malaysia dan PAS Memerdekakan Malaysia sejak di tubuhkan lagi pada 1951, Kemenangan UMNO dalam Pilihanraya di sebabkan Rahmat ALLAH yang sentiasa Bersama UMNO sepertimana Maksud Hadis Nabi SAW ini GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Ertinya:

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari

Manakala PAS Menepati Hadis Nabi SAW ini :

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Daripada Ali bin Abi Talib RA Berkata: Telah Bersabda RASULLULLAH SAW ; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya , Masjid-masjid mereka terseragam indah , tetapi ia kosong daripada hidayah ,Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah naugan langit ,dari mereka berpunca fitnah ,dan kepada mereka fitnah itu akan kembali”

Hadis Riwayat Al Baihaqi

Malangnya kini UMNO kehilangan Pejuang dengan Banyak sekali terutama di peringkat Akar Umbi, Semuanya kerana Perjuangan tidak di Hargai, Perjuangan di ketepi kerana kekayaan yang di cari tak ada Backup daripada mana-mana Pihak terutama pihak atasan UMNO sendiri

Apa yang berlaku kepada Dato Seri Khir Toyo di Selangor dan dato Nozula di Kelantan adalah Pengajaran kepada UMNO, tiada langsung Backup atau Bantuan daripada Pihak Atasan dan lain lain yang berkenaan menyebabkan Pejuang UMNO semakin Tertekan

Contohnya Dato Nozula Mat Diah semalam telah menyatakan Mohon Maaf kepada Husam (Bakal Timbalan Presiden PAS) Team Erdogan kerana kononnya telah “memfitnah” Husam “erdogan”
http://siasahdaily.blogspot.com/2009/06/norzula-mohon-maaf-secara-terbuka.html

Adun Paloh membawa Isu yang agak besar yang boleh mendedahkan Penipuan PAS sebagai “Parti islam” tetapi tiada langkah susulan, sokongan dan bantuan oleh UMNO Pusat dalam Proses Politik maka hasilnya Adun Paloh yang pernah mengamuk didalam DUN Kelantan kerana di keji di hina oleh orang PAS yang terkenal dengan Jahat Mulut dan suka Mengeji mengumpat terpaksa berbuat demikian, kenapa isunya di diamkan oleh UMNO ?

Sejak Artikel saya yang Pertama “PAS bertopengkan Islam” dan Lepas Kedah, Perak dan Selangor pula saya dapati UMNO banyak Mendapat Peluang daripada ALLAH SWT untuk Kembali Bangun Berjuang mengalahkan Pembangkang malangnya apa yang di Fikirkan itu bukannya strategi tetapi ianya lebih Besar lagi iaitu Rahmat ALLAH SWT, Malangnya ia tidak di Gunakan sama sekali

UMNO manjadi ”ELITIS” dengan berbagai Kejayaan yang di rintis oleh Pejuang UMNO, Kekayaan yang di peroleh membuatkan UMNO lalai dengan keseronokan hinggakan Perjuangan dan Pejuang itu sendiri dilupakan, Kebanyakkan Pejuang lebih suka Menyendiri melakukan Hal masing-masing akan menyebabkan UMNO tersungkur juga nanti, kekayaan yang di perolehi akan jadi kenangan di musnahkan akibat diri sendiri

UMNO perlu Berubah dengan Mengubah Strategi, Keadaan sudah Berubah, UMNO bukan lagi di bawah Era Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah, UMNO kini di bawah Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mampu untuk menjawab Semua Fitnah yang di lemparkan Pembangkang ianya Berbeza di sewaktu di Era Tun Abdullah tetapi akibat tidak di Ubah Strategi masih meneruskan Strategi Tun maka Pengaruh Anwar Berputik kembali di dalam UMNO hingga Kini

Di Era Datuk Seri Najib ini UMNO perlu Mengubah Strategi, Datuk Seri Najib Seorang Pekerja dengan Baik dengan idea-idea bernas untuk Memjukan Negara Malaysia di buktikan dengan Pengalaman Beliau 33 tahun Berkerja dan Berjasa kepada Negara, Akhlak Beliau juga boleh di Kagumkan kerana Tidak Memfitnah dan Mengata seperti Tun Abdullah dan ini Berbeza dengan Tun Mahathir yang Lantang dan Tegas terutamanya keatas musuh yang suka Memfitnah dan Menghasut seperti Anwar

Di sebabkan pembangkang di ketuai Anwar telah mengubah medan politik menjadi Zon Perang dengan Menghujani UMNO dan BN dengan peluru Fitnah maka UMNO juga Perlu Mengubah Strategi dengan Berada pada Suasana Perang atau Mode Perang,

UMNO perlu mengadakan Jabatan Khusus Perang Saraf dan Unit Tempur yang mampu Menanggani dan Bertahan daripada Serangan Fitnah pembangkang malah Serangan Balas juga Perlu di lakukan bagi Memusnahkan pembangkang yang asyik menyerang dengan Fitnah

Pejuang Akar Umbi UMNO perlu di beri Perhatian sewajarnya, ini kerana 99% daripada Ahli UMNO adalah Akar Umbi, Wujudkan Sistem Ekonomi untuk kami 3.4 Juta orang Ahli UMNO, Kongsi lah Bersama kami sedikit sahja daripada Kekayaan yang di perolehi supaya Kekayaan UMNO hasil Perjuangan dapat di Kongsi Bersama

Akhir sekali Naik Taraf MyKMU sebagai Sistem Pertahanan Awal dan Serangan Balas EWCS (Early Warning And Control Systems) UMNO kerana MyKMU ketika ini di lihat sebagai Pejuang Swasta dalam UMNO sahaja tetapi Jasa MyKMU kepada UMNO dan Negara Amat Besar ini perlu di Hargai oleh UMNO

Pemimpin UMNO perlu sedar Pertempuran Politik sekarang yang di sambung oleh Anak dan Cucu dan Cicit Anda sedang berlangsung di Alam Siber bukannya di luar sana, Kemenangan di Alam Siber adalah penentu Kemenangan di luar

Dunia Dah Berubah, Politik Dah Berubah oleh itu Berubahlah UMNO Berjuanglah Kerana ALLAH SWT, Ubah Strategi sebagaimana kata-kata Saidina Ali Karamallah Wajhah RA

“Lupakanlah Semalam Yang Telah Berlalu, Besok Yang Belum tentu, Fikirkah Mengenai sekarang yang Sedang Berlaku”

Yang Baik Dari ALLAH SWT, Yang Buruk dari Saya, Semoga ALLAH Bersama Anda Saudaraku yang Di Kasihi Sekelian

motobot myKMU

Wednesday, June 3, 2009

Azizan Razak: Babi Lebih Utama Dari Manusia!


Sedang seluruh dunia sedang kecoh dengan influenza A H1N1 atau lebih dikenali dengan "selsema babi", sumber risikan utara melaporkan pula tentang perihal "babi" dan minatnya Kerajaan PAS Negeri Kedah terhadap haiwan tersebut. Dilaporkan hari ini bahawa Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah menandatangani surat penangguhan merobohkan kandang babi yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.

Hakikatnya, kawasan penternakan babi tersebut terletak sangat berhampiran dengan kawasan perkampungan Melayu. Penduduk kampung tersebut telah banyak mengusulkan aduan tentang bau busuk sisa kumbahan kandang babi tersebut kepada pihak berkuasa, dan pihak berkuasa tempatan telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah diajukan dengan desakan tersebut, pihak berkuasa tempatan telah bersetuju untuk menutup kandang tersebut.

Namun di atas aduan tersebut, pihak "tauke" kandang tersebut telah memohon untuk menangguhkan tindakan merobohkan kandang babi itu. Dan hasilnya, Azizan Razak hari ini menandatangani surat rayuan dan meluluskan untuk menangguhkan tindakan merobohkan premis penternakan babi di Kampung Berjaya tersebut!

Di Kampung Tok Bidan lain pula ceritanya. Kampung itu telah diluluskan untuk dirobohkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Khabarnya kampung Tok Bidan akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan setempat. Penduduk-penduduk kampung yang yang dhaif itu bertindak membuat rayuan kepada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk menangguhkan tindakan untuk merobohkan rumah mereka untuk sementara waktu. Ini adalah untuk memberi mereka masa untuk mencari rumah sebagai tempat berlindung yang baru. Namun, rayuan penduduk Kampung Tok Bidan telah ditolak walaupun ramai penduduk meraung merayu agar rumah mereka tidak dirobohkan. Namun, Azizan Razak tidak pula meluluskan rayuan penangguhan untuk merobohkan rumah mereka. Maka, robohlah sudah rumah-rumah penduduk Kampung Tok Bidan!

Anda semua jangan terkejut! Ini adalah dasar baru Kerajaan PAS Negeri Kedah. Inilah "Kedah Sejahtera"! Robohkan rumah penduduk kampung, tangguh dulu agenda merobohkan kandang babi! Babi lebih mulia berbanding manusia! Tak percaya? Tanyalah Ustaz Azizan Razak! Nanti adalah "belit"nya menegakkan benang yang basah! Itulah Pakatan Rakyat yang kononnya "pembela rakyat". Mereka kini lebih selesa jika digelar "pembela babi dan tauke babi"!

Monday, June 1, 2009

PKR menang sorak tetapi undi terbarai di Penanti…


Terpulang apa sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain nak bercakap mengenai kemenangan PKR di Dewan Undangan Negeri Penanti.

Tiada apa nak dibanggakan kerana awal-awal lagi bila Barisan Nasional buat keputusan tidak letak calon dalam pilihan raya kecil itu, calon PKR Dr Mansor Othman sudah boleh tempah bush jaket dan tidur dengan mimpi sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata, Anwar, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang boleh ketawa terbahak-bahak sebab calon PKR dapat majoriti 5,558 undi manakala tiga lagi calon Bebas hilang wang deposit.

Paling banyak cakap nanti pastinya Anwar. Entah apa lagi nak dihamburkan kepada BN atau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kemenangan ‘orang kuat’ beliau yang sebelum ini sudah beberapa tiga kali kecundang dalam pilihan raya.

Biarkanlah Ketua Pembangkang itu nak merapu apapun. Ianya akan jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi.

Kalau hendak diberi peribahasa baru, barangkali bunyinya begini: PKR menang sorak tapi undi terbarai di Penanti…

Ini kerana walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Dr Mansor cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12).

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehinya merosot 1,294 undi.

Tak tahulah kemana pergi undi tersebut tetapi yang pasti semua ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP di Penanti keluar mengundi bagi memastikan Dr Mansor menang.

Berdasarkan trend beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jumlah undi diperolehi calon BN dan parti lawan tidak banyak berubah daripada kepultusan PRU -12.

Mengambil kira hakikat ini dan jumlah 5,127 undi calon BN dahulu boleh dikatakan jumlah diperolehi Dr Mansor merosot kerana ada pengundi yang memilih Fairus sebelum ini sudah memberikan undi kepada calon Bebas.

Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942.

Sebab itulah boleh dikatakan PKR menang sorak tapi undi terbarai kerana sudah mulai ada tanda-tanda mereka yang menyokong pembangkang mula bosan sama ada dengan tindak tanduk PKR, DAP mahupun PAS atau sudah penat berdepan karenah pilihan raya kecil yang sengaja diadakan tanpa sebab kukuh.

Berdasarkan situasi ini, maruah Anwar dan PKR tidak mustahil tercalar andainya BN membuat keputusan bertanding di Penanti.

Jika tidak menangpun, majoriti calon PKR tentu lebih rendah.

Apapun, sama ada momentum ini berterusan, pilihan raya DUN Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai nanti akan memberi petunjuk baru.

Andainya sudah ada rakyat mula menolak PKR, pasti selepas ini ada yang akan menolak PAS pula. Cuma yang belum teruji pengaruhnya adalah DAP


www.agendadaily.com