Friday, August 22, 2008

Aktiviti Futsal Mingguan



Pada mesyuarat ke 2 telah membuat ketetapan dimana aktiviti Futsal akan dijalankan pada setiap hari Jumaat di Arena Sport, Klebang, Melaka. Kami berharap dengan ada aktiviti ini akan melahirkan belia dan pemuda yang aktif dan di samping itu akan mengeratkan silaturahim antara belia dan pemuda cawangan. Mesyuarat juga mengatakan aktiviti akan dijalankan dalam masa terdekat adalah seperti :-

1. mengalakkan pemuda & belia mengerjakan sembahyang berjemaah di surau RB bagi mendekatkan pemuda dengan masyarakat lebih-lebih dalam bulan Ramadhan.

2. mengadakan aktiviti memasang bendera Malaysia sempena Hari Merdeka ke 51 di kawasan Balairaya Tmn RB.

3. menjalankan program kebajikan bagi bantuan sumbangan pemuda kepada 3-5 keluarga yang susah atau miskin pada bulan Ramadhan.

4. menjalankan program berbuka puasa bersama pemuda dan belia. Tempat dan masa akan ditentukan kemudian.

5. menjalankan program "Hari Raya Pemuda" selepas bulan Ramadhan. Tempat dan masa akan ditentukan pada mesyuarat akan datang.


" Belia Sihat Tanpa Dadah "

4 comments:

Anonymous said...

macam ini baru best.. Hidup pemuda RB !!

parameswara said...

aku cadangkan kite buat majlis berbuka puasa tu dgn item bubur lambuk ok x?aku dgr ade cawangan lain pun buat aktiviti bubur lambuk..juz untuk pengetahuan bos..

Anonymous said...

eh kenapa buang msg dari hantu raya....takut ker ayat tu salah...bagus arr korang ade Dr. fazilah kamsah boleh bagi nasihat...aku puji lu bro tp baik lu nasihatkan n betulkan ajk2 lu arr sbb kalo diorg boleh lak ckp keburukan org dan tuduh2 org...lagi satu aku xsuka ayat korang kat depan "Belia Sihat Tanpa Dadah"...moto ni mmg dilaungkan oleh kerajaan..tp ko ckp seolah olah kitorg sumer skali lak yg buat benda tu..."DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER" utk pengetahuan koran BENDAHARI baru ko tu baik sgt ke bkn sebelum nie ade kes ker....harap maklum.

Anonymous said...

kalah tetap kalah.. terima la hakikat.. Jangan la emosi, bila kalah... macam BUDAK-BUDAK.. yang menang teruskan perjuangan.. jumpa tahun 2011.. :)