Saturday, April 25, 2009

Tahniah YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Tahniah YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilantik selaku Majlis Tertinggi UMNO Pusat dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

Kami dari peringkat pemuda UMNO Cawangan mengalu-alukan perlantikan YAB Datuk Seri bagi menerajui terus kerajaan negeri Melaka. Ini telah jelas di mana Melaka begitu cemerlang dan tidak terlibat tsunami politik tanahair malah negeri Pertama menubuhkan kerajaan pada PRU yang lepas.

Diharap dengan perlantikan ini, YAB Datuk Seri akan bekerja lebih kuat dan bertenaga bagi memastikan negeri Melaka bebas daripada parti pembangkang.

Tahniah Datuk Seri Mohd Ali Rustam....


Ikhlas
Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO
Caw Tmn Rumpun Bahagia.

Sukarelawan Sukma Melaka 2010

Ingin menjadi sukarelawan Sukma Melaka 2010. Segala kemudahan seperti elaun, makan minum dan insuran semua di sediakan bagi memastikan sukarelawan Sukma Melaka 2010 dalam keadaan yang terbaik.

Borang pendaftaran Sukarelawan Sukma 2010 boleh di dapati daripada Setiausaha Pemuda Cawangan, Sdr Hailmey Mustafa.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30hb April 2009 ini.

Harap pemuda belia RB turut serta bagi merealisasikan kejohanan Sukma Melaka 2010 berjalan lancar dan terbaik.

Unit IT pemudaRB

Friday, April 24, 2009

Unit ASM: Cina sapu habis, India 53 juta, Melayu 7 juta...

Berbeza dengan kaum Cina, kesemua 999 juta unit-unit dana ASM yang diperuntukkan pada mereka dan mula dijual kelmarin habis dilanggan sepenuhnya. Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja yang berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.

Aku sedih juga melihat situasi ini...bukan saja fasal saham ni, byk lagi peluang2 lain yang diberi kerajaan melayu x ambil peluang. Bangsa Cina yang mula2 datang ke negara kita sehelai sepinggang, kini menjadi tuan kita.

Bukan salah org lain jika akhir2 ini kita lihat bangsa kita semakin dipijak.. Sudah lah melayu x bersatu, kesedaran untuk memajukan diri pun kurang. Kalau ada duit lebih, apa yg difikirkan kereta baru, hp baru dan buat benda2 yg x berfaedah.

Anak2 x pernah diajar utk menyimpan, sebaliknya diajar benda2 yang tak berfaedah...ketika anak2 bangsa lain sibuk belajar di rumah, di universiti, anak2 melayu diajar menentang kerajaan, berdemonstrasi.

Inilah kesannya, generasi Melayu yang akan datang x ada kualiti... Ketika kita sibuk memepertikai tindakan kerajaan meliberalisasi 27 sektor, peluang yang ada depan mata kita buat tak tahu. Betullah kata2 sesuatu itu hanya akan nampak bernilai setelah kita kehilangannya.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Fikirkanlah wahai melayu...

Sunday, April 19, 2009

1Malaysia ‘Check Mate’ Anwar!



Blog ini pernah memberikan komen bagaimana Anwar sebenarnya tidak mempunyai modal untuk menyerang kabinet baru yang ada. Anwar cuba - bukannya tidak cuba, untuk mengadakan mesyuarat ‘inner circle’ untuk mencari loopholes di dalam kabinet Najib. Sayangnya, kebanyakan mereka yang memberi komen gagal mencari ’substance’ buruk yang boleh dijadikan modal untuk menidakkan kabinet yang ada.

Justeru, ini memberikan bukti bahawa pilihan yang dibuat Najib Razak adalah depat.Sukar sebenarnya, untuk melihat individu yang penuh dengan sifat kesumat dendam seperti Anwar untuk bersikap senyap (elegant silence?) kepada kabinet yang ada. Anwar cuba juga cari kelemahan. Nak pertikaikan integriti apanya apabila individu seperti Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Husni Hanadzlah, Saifuddin Abdullah ada di situ?

Apatah lagi, apabila ‘Tok Pa’ yang dikenali sebagai seorang yang sangat halus pekerti dan akal budi; turut sama berada di dalam barisan. Anwar lemah lutut. Nak cari ruang macamana lagi?Lebih daripada itu, Anwar juga dikatakan amat risau dengan kemungkinan ‘buy in’ rakyat Malaysia terhadap konsep ‘1 Malaysia’ yang dibawa oleh Najib Razak.

Anwar risau kerana ini adalah konsep yang ada ‘appeal’ dan mampu menarik semula rakyat kepada parameter ‘langkau politik’ yang berbahaya kepada kelangsungan politik Anwar. Kenapa Anwar tidak mahu ulas kemungkinan ‘1 Malaysia’ itu ‘Malaysian Malaysia’?Hebatnya slogan 1 Malaysia adalah ianya memulangkan interpretasi kepada rakyat.

Jika mereka melihat daripada tingkap pandang ‘racism’ dan perkauman - maka ianya sekaligus membayangkan sikap ‘perkauman’ yang tebal dalam diri si pendefinisi. Kalau Anwar ulas 1 Malaysia, maka Anwar akan membuat ‘kesilapan intelektual’ yang maksimum.Umum perlu tahu, bahawa proponent kepada konsep ‘Malaysian Malaysia’ di dalam sejarah moden Malaysia adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Dialah yang memulakan kononnya selama ini warga Malaysia, berketurunan bukan Melayu sebenarnya ‘penumpang’ di bumi Malaysia. Anwar yang membenihkan nilai kebencian dan prasangka ini. Anwar yang mahukan semuanya menjadi ‘equal’ dan samarata. Tidak perlu ada pendekatan ‘affirmative action’ walaupun secara jelas dan nyata - ada yang tidak tepat di dalam strata masyarakat.

1Malaysia ini adalah suatu gerakan ‘check mate’ kepada Anwar. Bayangkan, sehingga hari ini - tidak ada satu baris ayat pun yang memberikan pandangan Anwar terhadap konsep ini. Anwar bagaikan ‘King of Chess’ yang tidak mampu bergerak waima satu langkah pun! Tidak ada ‘pawn’ yang boleh Anwar kehadapankan dalam berhadapan dengan konsep 1 Malaysia.

Cukup tragis!Anwar selalu, baik di Bukit Selambau mahupun di Bukit Gantang - membayangkan suasana Malaysia yang sangat rentas kaum. Ironinya, di dalam PKR sendiri - dominasi Melayu bagaikan terang lagi bersuluh. Perjuangan DAP adalah sangat keCinaan. PAS masih lagi membawa rentak sebagai parti ‘Melayu Islam’ of choice - kononnya kepada seluruh bangsa Melayu. Apakah ini bukannya garis perkauman.Jika Anwar sebenar-benarnya memperjuangkan kesamarataan, kita ingin melihat parti lain dibubar - dan kesemuanya diletakkan di dalam satu ‘banner’ perjuangan PKR.

Anwar akan menjadi sangat hebat dan mahsyur sekiranya ini dapat dilaksanakan. Mengapa tidak? Bukankah PKR itu memperjuangkan Malaysia yang dimiliki oleh orang Malaysia - Malaysian Malaysia.Anwar jangan jadi seorang politikus yang tidak bertanggungjawab. Cakap lain, buat lain.

Cakap mesti serupa bikin. Anwar mesti menawarkan sesuatu yang lebih ‘Malaysia’ daripada konsep ‘1 Malaysia’ - barulah kredibilitinya tidak diragui dan dipertikaikan. Anwar boleh dan wajar berfikir ke arah ini.p/s: Anwar yang bawa Malaysian Malaysia dalam suasana baru….tak ubah macam Harry Lee Kuan Yew.

Hebat anak Pak Brahim…

sumber - gelagat anwar

Saturday, April 18, 2009

Cadangan untuk memantapkan komuniti bloggers UMNO

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani."

"Peranan yang dimainkan oleh para blogger dalam zaman serba It ini amat penting dan amat besar nilainya. Tidak boleh dinafikan lagi komitmen yang diberikan oleh bloggers dalam usaha menyampaikan wadah perjuangan UMNO dan membetulkan persepsi rakyat serta masyarakat terutama di kalangan pengguna internet yang mana rata-ratanya datang dari golongan muda.

Pembangkang yakni Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa saluran alternatif ini telah berjaya menarik pengaruh pengundi dan menjadi satu kaedah berkempen yang amat berkesan dan terus kepada rakyat. UMNO melalui barisan kepimpinan Pemuda yang baru dilantik harus sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh para bloggers ini. Bloggers juga boleh dianggap sebagai agen penerangan dalam usaha UMNO menyampaikan dan menerangkan dasar serta perancangan yang akan dijalankan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, bermula dengan Pemuda dan belia, beberapa langkah penting perlu dirancang dan diambil tindakan bagi membentuk barisan bloggers pro kerajaan yang lebih mantap dan berilmu. Pertama, di bawah pemantauan kepimpinan Pemuda UMNO, perlu diwujudkan sebuah komuniti bloggers yang pro UMNO dari kalangan Pemuda menjadi lebih sistematik dan tersusun. Mungkin perlu ada jawatankuasa khusus dari kepimpinan Pemuda yang menjaga barisan bloggers ini.

YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO boleh dilantik menjadi penaung bagi komuniti bloggers ini. Tidak semua para blogger menjawat sebarang jawatan dalam Pemuda samada peringkat cawangan atau bahagian. Segelintirnya hanyalah ahli biasa yang tidak berpeluang untuk dipilih untuk apa-apa jawatan namun mempunyai semangat untuk menyampaikan wadah perjuangan melalui penulisan blog. Sekurang-kurangnya dengan wujudnya komuniti ini maka golongan bloggers ini akan rasa dihargai dan berpeluang untuk lebih rapat dengan barisan kepimpinan tertinggi.

Kedua, barisan kepimpinan Pemuda UMNO mungkin perlu menganjurkan atau mengadakan aktiviti permukiman, kem bina semangat dan jati diri atau sekurang-kurangnya seminar kepada barisan bloggers ini. Ia bertujuan untuk membina semula dan memupuk rasa sayang dan cinta kepada UMNO, parti pusaka orang Melayu. Aktiviti ini boleh diadakan bersama-sama kepimpinan Pemuda peringkat negeri dan peringkat tertinggi.

Ini akan memberi ruang kepada bloggers untuk mengenali pemimpin mereka dan sekurang-kurangnya ia akan dapat merapatkan tali silaturrahim di kalangan kepimpinan Pemuda dan bloggers. Ketiga, kepimpinan tertinggi Pemuda juga perlu sentiasa mengadakan aktiviti perjumpaan di antara kepimpinan dan bloggers. Melalui perjumpaan ini maka ia boleh dijadikan tempat untuk bertukar pendapat, berbincang berkaitan perkembangan parti, isu-isu terkini dan banyak lagi perkara berfaedah yang boleh diperolehi.

Ini dapat menyumbang idea kepada para bloggers untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik dan berkualiti serta terkini. Diharap pihak kepimpinan tertinggi dapat menilai dan mengkaji baik buruk cadangan yang dikemukakan ini. Aku menyokong penuh sekiranya ada usaha-usaha dari kepimpinan tertinggi Pemuda untuk merealisasikan cadangan ini.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari jalan bagi menguatkan parti UMNO sebagi parti keramat orang Melayu dan mewujudkan semangat bersatu-padu di kalangan Pemuda."

Terima Kasih.

che_wan
Brigade Commander
Kelab Maya UMNO Pulau Pinang

Wednesday, April 15, 2009

Yang Berbogel (YB) Kekal Selaku Adun Bukit Lanjan

Pakatan Rakyat (PR) Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Elizabeth Wong menjadi mangsa kekejaman individu yang ingin menjatuhkannya. Oleh itu, beliau menyerahkan urusan ini ke pihak mahkamah dan ia tidak ada kaitan dengan jawatan yang disandang Eli.

Nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap terbuka dalam hal ini. Parti yang sentiasa menuduh pemimpin UMNO dan BN mempunyai moral yang rendah, telah mengangkat semula seorang wanita bernama Eli ini bersama barisan 'Kabinet Selangor'.

Kepada sesiapa yang mebaca artikel ini, tepuk dada, tanya hati. Dihina UMNO dan BN seperti bapak ayam dan pelacur, tetapi diangkat pula Elizabeth ini.

Siapa yang mengangkat pemimpin yang moral sebenarnya? UMNO atau PKR? BN atau PR?

Beri Peluang KJ menjadi Pemimpin Pemuda.

Kami ingin mengucapkan Tahniah kepada Kabinet baru yang di pilih oleh YAB DS Najib. Jawatan di sandang bukanlah untuk bermegah-megah tetapi apa lebih penting sumbangan dan keringat amat diperlukan untuk diterjemaahkan bagi membantu rakyat Malaysia. Walaupun di kalangan Kabinet, anak Melaka hanya di wakili oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusof merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah yang di lantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Apa yang lebih penting, kita perlu memberi sokongan padu kepada kepimpinan yang baru.
Dalam Mesyuarat Pemilihan Pemuda yang lalu, sdr KJ telah dipilih oleh 304 perwakilan pemuda untuk di tabalkan selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Keputusan sudah dibuat dan harus kita hormati. Kita sebagai ahli parti perlu bersama-sama kepimpinan parti untuk membantu meyakinkan semula rakyat. Tiada masa kita bertelagah hanya menyokong seseorang pemimpin. Marilah kita bersama-sama kepimpinan parti agar UMNO terus releven. Ini telah di buktikan selama lebih 50 tahun UMNO memerintah, kepentingan Melayu terus di bela. Jadikan rakyat melayu Singapura satu pengajaran untuk kita semua.
"Bersatu La Bangsaku"
"Berani Berubah"
"Pemuda Berani"

Tepuk dada, Tanya Selera...

Muka Baru Bakal Terajui Pemuda UMNO Negeri

Seremban -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin memberitahu senarai Ketua Pemuda UMNO negeri yang akan diumumkan hujung bulan ini bakal diisi muka-muka baru di kalangan Ketua Pemuda UMNO bahagian.

Jelas beliau hasil perbincangan dengan semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, pihaknya akan melantik calon Ketua Pemuda UMNO bahagian yang berwibawa dan berkemampuan.

"Pemilihan mereka dibuat setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Ketua Badan Perhubungan Negeri masing-masing.

"Walaupun terdapat beberapa negeri yang masih dalam perbincangan, insyaAllah, senarai penuh Ketua Pemuda UMNO bagi setiap negeri akan diumumkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, di sini, Selasa.

Beliau yang juga anggota Parlimen Rembau berkata secara keseluruhannya mereka yang bakal dilantik untuk menerajui kepimpinan golongan muda terdiri daripada muka-muka baru yang berwibawa penuh dan mampu menggerakkan jentera Pemuda UMNO negeri untuk menambat hati rakyat terhadap UMNO.

"Bukan kita mengabaikan calon lama, tetapi adalah penting keputusan yang bakal kita buat adalah hasil perbincangan bersama dengan Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan juga ahli-ahli yang mahukan perubahan ke arah memantapkan perjuangan Pemuda UMNO," ujarnya.

Isnin lalu beliau mengumumkan barisan jawatankuasa pengurusan Pemuda UMNO yang baru bagi mengisi jawatan Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan Setiausaha Kerja.

Mereka yang dilantik ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

sumber Utusan

Tuesday, April 14, 2009

Khairy Umum Empat Pegawai Lantikan Baru

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.

Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.

Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.

"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.

"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.

Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.

Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.

"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.

Sumber Utusan

Sunday, April 12, 2009

Bila ahli DAP diislamkan cara PAS


Islam Pas tidak sama seperti ajaran Islam yang sebenar. Orang lain tak boleh melaungkan takbir, Allahuakbar. Mereka (orang Pas) sahajalah yang berhak melaungkan takbir sedemikian. Bila orang Umno bertakbir sedemikian rupa, puak - puak Pas tertawa dan mempertikaikan perlakuan orang - orang Umno.

Apa kena dengan puak - puak Pas? Mereka tak sedar kot, manusia yang berada didalam Umno tersebut semuanya orang Melayu beragama Islam. Tak macam Pas, bila takbir je, orang Cina dan India yang Kafir Harbi pun turut bertakbir. Apa kes?

Nga Kor Ming boleh mempergunakan ayat Quran untuk tujuan politik PKR - PAS - DAP dan Mursyidur Am mereka memberi "green light" kepada puak DAP dan PR kafir harbi menggunakan ayat Quran untuk berkempen politik.

Buktinya, klik sini

Kami tak kisah kalau si Nga tu orang Cina Muslim ataupun dah memeluk agama Islam. Kalau dah bergelar muslim, tak kisah dia nak guna sepotong ke, dua potong ke, satu al - Quran ke untuk berkempen, tapi dia tu Cina yang tak potong kulup, tak mengucap dua kalimah shahadah dan tak tahu dia makan yang baik atau yang buruk, tut tut senang - senang saja nak guna Quran dan berhujjah hentam sana sini.

P/s : Eloklah si Lim Kit Siang dan Nga Sunat terlebih dahulu. Nanti, kalau depa dua tu dah masuk Islam ke, tercapailah impian Tok Garu nak menjadi PM ke - 7 lepas Najib nanti. Tak pun lepas PRU13. Kalau la Tok Garu larat lagi.

LKS - Timbalan Perdana Menteri 1

Karpal Singh - Timbalan Perdana Menteri 2

Saturday, April 11, 2009

Siapakah remaja Melayu Malaysia hari ini? Suatu Fakta!






Mari bicara di luar kotak garisan politik kepartian!


1. Kumpulan remaja yang akademiknya teruk, malas bersekolah, hisap ais/syabu, tolak barang, naik moto berempit dan bila ada mana-mana pilihanraya bawa bendera PAS dan PKR merata-rata. Kenapa mereka bawa bendera PAS dan PKR? Sebab mak bapak mereka orang PAS dan PKR.

2. Remaja perempuan yang dikategorikan sebagai "bole angkut" dan "bole pakai", diangkut dan dipakai oleh para pemimipin tempatan dan pemimipin tempatan itu ialah Pemuda PAS dan Pemuda PKR. Ini realiti!


3. Pemimpin kampungan PKR dan PAS ramai yang suka pergi ke Thailand. Ini hakikat. Tak percaya? Buatlah kaji selidik kepada sahabat anda yang sibuk nak memimpin PAS dan PKR... memang depa kaki. Buat hanya sekali-sekala pergi... Tapi sebanarnya KAKI!


4.Ini banyak dalam PKR.... Golongan peminat sejenis yang terdiri daripada barisan maknyah, pondan, bapok, gay, lesbo, pengkid dan tomboy. Ada juga yang menyelinap dalam PAS.


5. PAS telah menipu rakyat Malaysia dengan idea dan konsep Negara Islam kerana semuanya itu hanyalah politik PAS.


Tiada langsung usaha dakwah dan tarbiah dalam PAS. Semuanya hipokrit belaka.

Tuesday, April 7, 2009

Muhasabah BN: Kuasai Media Baru, Didik Pengundi Melayu

1. Tahniah kepada semua pihak, yang menang dan yang kalah, kerana telah bertungkus lumus untuk menghidupkan demokrasi di Malaysia.

2. Tahniah kepada rakyat yang keluar mengundi.

3. Kepada yang menang, selamat bekerja. Ingatlah bahawa yang dimenangi bukan sekadar hadiah, tetapi tanggungjawab dan tugas.

Kuasai Media Baru

4. Keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 jelas membuktikan bahawa kemenangan DAP/PKR/PAS ialah hasil daripada penguasaan mereka terhadap media baru.

5. Rata-rata akhbar media baru dan wartawan-wartawannya, forum online serta laman-laman blog banyak berpaksikan kepada DAP/PKR/PAS, terutamanya yang bukan berbahasa Melayu. Contohnya yang berbahasa Inggeris dan Cina.

6. Saya lihat BN memiliki 2 entiti media baru: jentera rasmi yang berpotensi besar namun seolah-olah tidak langsung digerakkan, dan jentera tidak rasmi yang tiada strategi bersepadu.

7. Kemenangan DAP/PKR/PAS pada pilihanraya kecil hari ini seharusnya menjadi wake up call kepada sleeping giant iaitu jentera rasmi media baru BN. Bernaung di bawah pentadbiran baru, sudah tiba masanya untuk melancarkan serang balas.

8. Jentera tidak rasmi pula berkelakuan seakan-akan Mesir, Jordan dan Syria ketika Perang Enam Hari.

9. Sudah tiba masanya untuk merapatkan saf, bertindak dengan hikmah (kebijaksanaaan) dan melancarkan serangan bersepadu yang boleh membawa kesan bukan sahaja kepada entiti dalam BN, malah kepada DAP/PKR/PAS.

Didik Pengundi Melayu

10. Adalah fitrah manusia untuk menyokong dan mendahulukan individu yang memiliki persamaan dengannya: contohnya bangsa sendiri.

11. Ia fitrah semua tidak kiralah Bumiputra, Cina dan India.

12. Apa-apa yang menguntungkan bangsa sendiri akan didahulukan: tidak kiralah samada ia tindakan yang akan merugikan bangsa lain.

13. Menyokong Anwar Ibrahim, dan maskot-maskotnya seperti Nizar Jamaluddin, jelas menguntungkan bukan Melayu, dan merugikan Melayu.

14. Apa jasa Anwar Ibrahim dan maskot-maskotnya kepada bangsa dan agama?

15. Serangan-serangan kepada ketuanan Melayu dan Islam sejak PRU ke-12 bukan sekadar kebetulan. Ia adalah natijah terus daripada kemerosotan kuasa Melayu.

16. Namun ramai Melayu yang lebih mengutamakan hiburan anti-establishment daripada melakukan perkara yang menguntungkan bangsa dan agamanya.

17. Melayu sukakan hiburan. ( gila karok )

18. Sudah tiba masanya jentera media baru BN difokuskan untuk mendidik bangsa Melayu.

19. Senjata-senjata media baru BN patut ditala (tuned) untuk menyedarkan dan menyatukan bangsa Melayu dahulu.

20. Apa yang menyatukan bangsa Melayu?

Terkini PRK : 2 Bukit ( PR ) - 1 Batang ( BN )

Keputusan Penuh PRK

Parlimen Bukit Gantang - Pas Menang Majoriti 2789 undi
Adun Bukit Selambau - PKR Menang Majoriti 2403 undi
Adun Batang Ai - BN Menang Majoriti 1879 undi

Keputusan semua sudah diketahui, semua parti yang berjaya mengekalkan kerusi masing-masing. Pengundi telah menjalankan tugas dan tanggungjawap.

Berharap janji-janji semasa PRK dapat ditunaikan.. Kita tunggu di Adun Bukit Lanjan la pulak...

Harap Maklum..

Unit IT pemudaRB

Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad- Part 3

Monday, April 6, 2009

Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Gantang- Part 1

Nga Kor Ming Sengaja Mempersendakan Ayat Al-Quran

Buku foto bogel Elizabeth diedar di Bukit Gantang

Buku kecil mengenai kontroversi gambar intim exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini diedarkan di Bukit Gantang.

Salinan buku kecil itu ditemui di markas Pemuda BN di Simpang dan sewaktu majlis ceramah bekas pemimpin PKR, Lokman Adam di Taman Kaya, Simpang yang dibatalkan malam tadi.Buku kecil itu tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penerbitnya.

Dari muka pertamanya, buku itu memaparkan Elizabeth sebagai seorang wanita tidak bermoral tetapi masih menerima sokongan daripada PAS, yang meletakkan Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Buku itu mendakwa, Elizabeth tidak dianiayai tetapi dia sendiri yang menjadi puncanya dan mengadakan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.Sehubungan itu, ia bertanya sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam tafsiran PAS mengenai Islam.

Muka surat 3 buku tersebut mendakwa Elizabeth juga mempunyai hubungan intim dengan ketua penerangan PKR, Tian Chua, terutama apabila mereka berdua berada di Taiwan tahun lalu, untuk memujuk ahli Parlimen BN melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Artikel kelima dan artikel yang terakhir dalam buku itu memaparkan rencana Utusan Malaysia pada 1985 yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai berkata parti itu akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika ia berkuasa.Pada 16 Februari lalu, dua akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan berita mengenai gambar-gambar intim Elizabeth yang diedarkan kepada umum. Berikutan itu, Elizabeth menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Sementara itu, khabar angin tersebar bahawa wang diedarkan kepada pengundi, mengakibatkan orang ramai menyerbu pusat operasi Parti Progresif Rakyat (PPP) di Taman Kota Jaya, Simpang semalam.Apabila Malaysiakini tiba di situ, kumpulan orang lelaki dan wanita kelihatan keluar masuk tempat tersebut. Di dalamnya, mereka dilihat menyerahkan kad pengenalan kepada dua lelaki yang menyalin butiran di atas sekeping keras kosong.

Mereka yang ditemui berkata, mereka mencuba nasib ekoran tersebarnya khabar angin bahawa ramai pengundi telah menerima wang tunia RM100 sejak tiga hari lalu untuk mengundi sebuah parti tertentu.Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

"Saya diberitahu jika 'bos' datang esok, kami boleh mendapatkan wang tersebut," kata seorang wanita Cina yang sudah berusia.

Friday, April 3, 2009

Sah dan lengkaplah teori R.A.H.M.A.N

Dato Seri Najib Tun Razak sah perdana menteri malaysia ke 6 dalam majlis angkat sumpah di istana negara pagi tadi ..

Alhamdullilah dan bagi lah peluang untuk dia mentadbir negara tercinta ini ..

Turut hadir Ayahanda Ybhg Tun Dr Mahathir Mohamad bersama barisan kabinet.



Unit IT pemudaRB