Friday, February 27, 2009

Pemuda Selangor Gempur Karpal... !!!


Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.
Sumber Utusan
TKasih KP Bahagian Gombak... Mungkin anda Pejuang Pemuda Melayu Yang Terakhir Abad Ini... Semoga perjuangan saudara terus diberkati Allah SWT.

Thursday, February 26, 2009

CD Program Aktiviti Pemuda Belia 4B Tmn RB Siri 1

Dapatkan CD aktiviti bergambar program Pemuda UMNO dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Caw Taman Rumpun Bahagia siri 1. CD percuma ini akan diedarkan dalam masa terdekat dan akan diuruskan oleh Pengerusi Biro Gerak Gempur RB, Sdr Taufiq Bin Tarmizi.

CD siri 2 dan seterusnya akan dimaklumkan melalui blog pemuda ini.

Sekian. Dimaklumkan.

Unit IT pemudaRB

Wednesday, February 25, 2009

Tahniah Sdr Hasif.......... !!!

Salah seorang AJK pemuda UMNO Caw Tmn RB yang juga merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa, Sdr Mohamad Hasif Bin Nahar bersama pasangannya Azizatul Saniah Bte Dato` Abdullah selamat mendapat cahayamata puteri sulung seberat 3.1kg mereka pada 23hb yang lalu jam 1.32 petang di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Kami bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB ingin mengucapkan tahniah kepada beliau.

Diharap dengan kehadiran cahayamata yang sulung akan lebih berbahagia dan dilimpahi rezeki kehendaknya serta menjadi bapa yang cemerlang dalam mendidik anak. Insya Allah dengan didikan awal yang baik diberikan akan lahir insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Kami yakin dan percaya dengan didikan sempurna dari keluarga sejak awal lagi akan menjadikan masalah sosial negara terus berkurang.


Unit IT pemudaRB

Senarai Utama Vote Pilihan.....

Calon Timbalan Presiden UMNO No 2 ( YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam )

Calon Naib Presiden UMNO No 8 ( YAB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein )
Calon Naib Presiden UMNO No 7 ( YBhg Tan Sri Rahim Bin Tamby Chik )

Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO No 13 ( YB Datuk Ir Idris Bin Hj Haron )
Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO No 48 ( YB Dato` Seri Ismail Sabri Bin Yaakob )
Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO No 20 ( YB Datuk Mohd Puad Bin Zarkashi )
Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO No 41 ( YB Datuk Noraini Binti Ahmad )
Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO No 15 ( Datuk Wira Syed Ali Bin Abbas Alhabshee )
Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO No 31 ( YB Datuk Bung Mokhtar Bin Radin )

Calon Ketua Wanita UMNO No 2 ( YBhg Dato’ Seri Shahrizhat Binti Abdul Jalil )

Exco Wanita UMNO No 26 ( Hajah Hasnah Binti Salam )
Exco Wanita UMNO No 42 ( YB Latipah Binti Omar )

Calon Pengerusi Tetap Pemuda UMNO No 2 ( Datuk Abdul Fattah Bin Abdullah )

Calon Tim Pengerusi Tetap UMNO No 4 ( Sdr Jaigani Bin Jaafar )

Calon Ketua Pemuda UMNO No 1 ( YB Datuk Mukhriz Mahathir )

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO No 1 ( YB Datuk Razali Bin Ibrahim )

Calon Exco Pemuda UMNO No 37 ( Sdr Rosli Bin Hasan )
Calon Exco Pemuda UMNO No 12 ( Tun Faisal Ismail Bin Aziz )
Calon Exco Pemuda UMNO No 51 ( Sdr Mohamad Nazim Bin A Samad )
Calon Exco Pemuda UMNO No 8 ( Dr Novandri Bin Hasan Basri )
Calon Exco Pemuda UMNO No 26 ( Sdr Azizul Nizam Bin Bidin )
Calon Ecxo Pemuda UMNO No 48 ( Sdr Mohd Anis Hisham Bin Abd Aziz )
Calon Exco Pemuda UMNO No 29 ( Sdr Mohd Najib Bin Tan Sri Mohd Isa )
Calon Exco Pemuda UMNO No 27 ( Ustaz Mohd Afandi Bin Yusoff )

Sunday, February 22, 2009

Mesej Buat Calon KP Malaysia


3 Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan sidang Debat anjuran TV9 baru-baru ini. Masing - Masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bagi kami dari Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB ,sesiapa pun yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan Mac ini akan melakukan sesuatu untuk menarik lebih ramai golongan muda.

Melalui analisis keputusan PRU 12 Mac lepas, golongan muda merupakan golongan yang teramai sekali mengundi pembangkang dan menyebabkan beberapa negeri di rampas pembangkang. Ini merupakan cabaran utama Pemuda UMNO dalam mengembalikan keyakinan mereka terhadap golongan ini.

Apa yang diharapkan, Datuk Mukhriz, Dato' Dr. Khir Toyo mahupun Khairy mampu bekerjasama dengan lebih baik bagi menyelesaikan masalah ini. Ini merupakan impian kami. Jangan jadikan pertandingan ini sebagai medan untuk mendapat publisiti murahan. Jadikan ia sebagai pertandingan sihat yang dapat menyatupadukan Pemuda UMNO.

Kita sedia maklum ketiga-tiga calon ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namun, untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia, ia bukanlah semudah yang di sangka.Pemimpin muda dari PKR, PAS mahupun DAP akan sentiasa bergerak pantas mendekati golongan muda. Kita mampu bergerak lebih pantas dari mereka.

Kita perlu bersatu. Bersatu menentang kuasa Pemuda Pembangkang. Apa yang perlu hanyalah semangat,kerjasama dan bersatu padu dalam merealisasikan impian ini. Jangan leka berkempen untuk kemenangan individu tetapi lupa akan perjuangan Pemuda UMNO.

Kita sedia maklum Pemuda UMNO suatu ketika dulu digelar 'singa' dalam arena politik tanah air sehinggakan digeruni pihak lawan. Kini kembalikan semula sakti itu.

Bangunlah wahai Pemuda UMNO. Bangkit dari lena. Angkatan Muda Keadilan?, Dewan Pemuda PAS?, atau Pemuda Sosialis DAP?, hanya kanak-kanak yang kerdil tetapi lincah memasuki gelanggang pemuda.

Kita tahu kita lebih kental.... Berani Berubah !!!!



Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO
Cawangan Tmn RB, Melaka.

Wednesday, February 18, 2009

Isu Bogel : Dalang atau Boy Friend ?








Tidur laa sayanggg........ Muahhhh... khalid ibrahim dan seluruh ADUN PR bersedia untuk ditelanjangkan !