Saturday, January 2, 2010

Salam Tahun Baru 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tahun 2010 yang bakal menjelma merupakan tahun yang penuh ranjau dan cabaran bagi semua parti di Malaysia. Dijangkakan ini lah tahun yang akan menentukan siapakah yang akan dapat memikat hati rakyat.

Sebagai orang UMNO, sudah tentu cabaran ini akan kami hadapi dengan penuh rasa rendah diri agar kami semua tidak ALPA dengan kestabilan Negara yang kita sendiri tidak tahu apakah sebenarnya yang bakal akan terjadi.

Tahun 2010 merupakan Tahun UMNO Juara Rakyat, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Dengan slogan ini, marilah kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT agar perancangan program yang bakal dilakukan sepanjang tahun depan berjalan dengan baik dan sempurna.

Salam Tahun Baru 2010

Thursday, October 8, 2009

Pertandingan Bowling Rakan Muda 1Belia 1Malaysia Taman Rumpun Bahagia 2009

Dimaklumkan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Tmn Rumpun Bahagia dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Tmn Rumpun Bahagia menjalankan Pertandingan Bowling Rakan Muda 1Belia 1Malaysia Taman Rumpun Bahagia 2009 seperti berikut :-

Tarikh : 18hb Oktober 2009
Masa : 11 pagi hingga 4 petang
Tempat : MIBC, Ayer Keroh, Melaka.

Jika berminat, Sila Hubungi Sdr Azzumar, Sdr Hailmey dan Yatie untuk pendaftaran peserta...

Yuran Penyertaan hanya RM5.00 sahaja.... kenapa tak percaya kaa...???

Hadiah Lumayan menanti anda.... Setiap peserta akan dibekalkan T-Shirt Berkolar, Sijil Penyertaan dan Makanan....

Salam 1Malaysia....

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum wbt.


Di penghujung Ramadhan, saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia.

Kami berharap hari lebaran esok akan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran atas limpah kurnia Allah swt kepada negara kita.

Khusus kepada pembaca blog saya, serta sesiapa yang mengikuti perkembangan politik saya melalui platform yang lain, saya menyusun jari memohon ampun maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang diperlakukan atau terserlah mana-mana kekurangan saya selaku hamba Allah yang biasa.


Semoga Syawal ini akan membawa kepada perpaduan di antara kita rakyat 1Malaysia - memperkasakan ummah demi kesejahteraan semua.

Khairy Jamaluddin