Monday, March 16, 2009

Datuk Mukhriz Mahathir Pilihan Pemuda Akar Umbi Dan Rakyat

Jelas dan terang, ramai pemuda dan belia akar umbi menyokong Calon Ketua Pemuda No 1 UMNO Malaysia bagi memikul tanggungjawap mengantikan YAB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Survey yang dilakukan oleh Merdeka Center dengan kerjasama UIA jelas menunjukkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mendapat sokongan padu dari segenap generasi pemuda dan belia di negara ini.

Jika kita melihat dari pencalonan dalam mesyuarat pemuda dari 191 bahagian. Jelas menunjukkan Datuk Mukhriz Mahathir mendapat percalonan hasil kemenangan dan sokongan pemuda akar umbi. Ini menunjukkan bahawa ahli Pemuda UMNO mahu perubahan besar bagi mengerakkan hala tuju pemuda. Sudah sampai masa, pemuda menjadi kumpulan pendesak dan menjadi suara rakyat serta bukan menjadi tunggangan pemimpin atasan. Yang ini kita mahu.

Kini terpulang kepada Perwakilan Pemuda yang akan mesyuarat pada 25hb March ini membawa mandat dari 191 bahagian. Undi ditangan anda. Undi lah pemimpin yang mahu perubahan agar UMNO terus releven pada masa akan datang.


Barisan Kepimpinan Pemuda RB

No comments: