Saturday, October 4, 2008

Salam Lebaran AidilFitri

Asalammu’alaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli keluarga UMNO.

Saya dan seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tmn Rumpun Bahagia turut mengambil kesempatan sempena Ramadhan al-Mubarak dan Syawal yang Mulia ini untuk memohon ampun dan maaf.

Kami berdoa semoga kita semua mendapat maghfirah, berkat dan kemenangan besar dengan amalan baik sepanjang hayat, khususnya pada Ramadhan dan Syawal ini.

Sesungguhnya ibadah dan khidmat kita semua adalah untuk kebaikan seisi alam. Biar di peringkat mana atau kawasan mana kita berjuang, amalan kita pastinya memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelbagai pihak.

Namun demi melaksanakan amanah yang diperjuangkan nenek moyang kita, khususnya yang telah menjadi resolusi Pemuda UMNO selama ini.

Kita akan meneruskan resolusi kita itu dengan memfokuskan kepada isu-isu belia, soal kebajikan dan isu keganasan yang berlaku sejak beberapa kebelakangan ini, telah menjadi hal kritikal kepada kepentingan kita.

Akhir sekali, sempena Syawal yang mulia ini, perkukuhkanlah silaturahim sesama kita, sebagaimana kita mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, demikianlah silaturahim kita eratkan demi kebaikan bersama di dalam parti, sesama warga yang menikmati keamanan dan kemakmuran Malaysia.

Salam Hari Raya Aidlfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Salam Perjuangan daripada,

Ketua Pemuda UMNO dan Ajk Pemuda UMNO Cawangan Tmn RB.

4 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya long.. satay bila lagik.. heheh..

Anonymous said...

selamat hari raya kepada semua golongan pemuda taman rumpun bahagia

Anonymous said...

selamat hari raya.. Semua

Anonymous said...

salam aidilfitri buat KP bersama ajk pemuda rb.. semoga perjuangan saudara semua diberkati oleh Allah. Insya Allah..